Bismillahirrahmanirrahim.......
* Sekadar perkongsian serba ringkas dengan isi yang ringan. Bersifat peribadi tetapi mahu dikongsi, hanya buat renungan dan pedoman bagi teman-teman yang mencari ketenangan jiwa. Harap perkongsian ini tidak disalah erti dan minta dijauhkan dari fitnah. Sama-sama menjaga rahsia. InsyaAllah....
Sejak Bergelar Graduan (Unofficially)
Tamat belajar sejak bulan Januari 2012. Februari, kerja sementara di Guardian Pharmacy. Lucu rasanya, baru seminggu nak merasa bekerja, tup tup, dapat offer join GEMS di bawah kelolaan Khazanah Nasional Berhad. Pada waktu yang sama juga, tendon lutut kiri dah injured (sebab tak biasa kerja berat kan...). Tapi, masa tulis surat berhenti, bos kata "awak tulis awak berhenti sebab dapat offer GEMS, jangan tulis tendon tu sakit".... :) Bos memang TERBAIK! Sporting! Walaupun hanya seminggu, banyak benda baru yang dipelajari. Beruntung sebenarnya bila mula bekerja, dapat pula bos yang baik, ambil berat hal pekerja di bawah. Kalau pergi meeting mana-mana, bos bawa balik hadiah. Bos akan pastikan setiap seorang dapat hadiah yang dia beli. Nanti bila dah berjaya, kena belanja bos pula. Setinggi-tinggi Terima Kasih pada bos.
Berbeza
Berdasarkan pemerhatian, dunia kerja sementara dengan kerja yang betul-betul perlukan saingan sangat berbeza. Mungkin dari segi kelayakan. Kerja sementara mungkin tak perlukan pendidikan tertinggi individu, tapi majikan berkorban untuk meletakkan KEPERCAYAAN pada pekerja-pekerjanya. Sebaliknya, kerja yang tetap, melihat tahap pendidikan tertinggi individu dan majikan lebih bersifat skeptik (penuh dengan keraguan) terhadap bakal pekerjanya. Maksud saya, keraguan yang mempunyai sebab yang munasabah, bukan yang negatif.
Bukan saja dunia kerja berbeza, hidup juga secara tak langsung akan berubah mengikut peredaran masa seiring dengan pembentukan disiplin diri. Hidup saya dahulu - sekarang, jauh berbeza. Ada masanya, tertanya sendiri, "Lepasan degree ke aku ni..?". Ya. Dulu, saya seorang pelajar, yang aktif ke sana ke mari dengan program, discussion, usrah, dan sebagainya. Ada juga saya 'menyelinap' keluar dengan kawan-kawan ke majlis perkahwinan dan beraya bersama mereka, berkonvoi. Setakat itu saja. Reunion bukan keluar bersahaja, tapi ada proposalnya juga. Ada yang saya ikut, ada yang tidak.
Sekarang, hidup saya tertumpu pada rumah. Mungkin tak biasa duduk terperap di rumah, keluar jarang sekali kerana kedua-dua orang tua sibuk bekerja. Ada saja benda yang tak kena. Saya mudah rasa jemu dengan rutin yang sama hampir setiap hari. Kadang-kadang, saya membebel sendiri, "Orang dalam rumah ni tak ada disiplin ke? Minum pagi, cawan tinggal je. Kalau dah tahu tak sempat nak basuh, balik nanti waktu tengahari, basuhlah. Satu cawan je pun. Ini tidak, makin berlambak pula. Sudahlah yang pagi tak berbasuh, tambah lagi cawan yang 'shift' minum petang punya....tak basuh juga!". Itu baru satu keluhan. Banyak lagi. Cukup satu.
Jiwa Yang Memberontak: "Allah....Peritnya.."
Memberontak? Mungkin. Diuji dari segi tenaga, saya fikir, tak apalah. Diuji dari segi fizikal, pun saya fikir, tak apalah. Tapi, diuji dari segi mental, kadang-kadang saya boleh kata "tak apalah", jujurnya most of the time, "tolonglah...."...
Saya mula fikir, "Kenapa saya dilahirkan dalam keluarga macam ni?", "Kenapa saya.....?", kenapa dan kenapa (lagi). Sebagai anak, saya merasakan ibu bapa saya bersifat 'kuku besi' - nak jumpa kawan (tak boleh KECUALI kalau kawan datang rumah nak jumpa saya), nak keluar (tak boleh), nak ni (tak boleh), nak tu (tak boleh), menegur ibu bapa (tak boleh), saya merajuk pun (tak boleh). Hmm...............
Tahun-tahun saya di universiti dengan personaliti yang 'dah diasah', serta-merta jadi kelam. Saya hilang diri yang ideal. Tak mampu bersuara menyalurkan pandangan kerana saya sudah sedia maklum, tak siapa mendengar. Tak pandai berdikari. Tak itu, tak ini, pendek kata 180 darjah saya berubah sekelip mata. Kalau dulu, saya mampu berfikir secara waras dengan akal fikiran kurniaan Tuhan, tapi sekarang, saya banyak turut emosi. Kalau dulu, malu saya bertempat, tapi sekarang, malu sokmo. Kalau dulu, saya suka menegakkan hujah saya benar, tapi kalau tersilap, mohon dibetulkan. Tapi sekarang, belum pun berhujah, sudah pun ditolak mentah-mentah. Istilah psikologi, situasi begini akan berbekas dalam minda anak-anak iaitu learning helplessness. Atau dalam kata lain, 'belum cuba, dah give up'.
Stress. Saya akui pernah stress beberapa kali. Saya akui saya bukanlah seorang yang selalu kuat. Stress yang saya lalui hingga terasa seperti 50-50 antara realiti dengan fantasi. Mungkin saya patut berjumpa pakar tapi tak apalah. Bila jadi begini, baru saya sedar, mereka yang mengalami gangguan mental sebenarnya orang-orang yang hebat, yang memikirkan banyak perkara dalam satu masa (mungkin untuk keluarga, mungkin untuk agama), tak mahu menyusahkan orang dengan masalah mereka sehingga mereka tak sedar mereka terkandas dalam dunia skizofrenia. Saya mengakui, dunia realiti sekarang kurang beri perhatian pada mereka sehingga mereka ternampak 'orang lain' yang lebih setia mendengar mereka (yang datang dari dunia fantasi). Setiap kali melalui Wad Dahlia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, saya selalu beranggapan, "Mereka belum terjaga dari tidur" dan selalu berharap "Satu hari nanti awak bangun, awak akan tengok dan tegur isteri/suami, anak-anak, kawan-kawan yang selalu perhatikan awak dari jauh" (ingatan pulih dan emosi stabil). Saya juga berharap agar dunia realiti (keluarga, saudara-mara, sahabat handai, masyarakat) dapat memberi perhatian dari aspek komunikasi dan lebih bersifat mendengar.
Ada manusia yang mungkin bersifat tak meluahkan tetapi percayalah, bila 'dipaksa' dengan kata-kata menunjukkan concern, dia akan meluahkan, cuma ambil masa. Kalau dia tak pernah meluahkan, tak bermakna pula dia masih menyimpan. Berikan saja perhatian dan sentiasa sudi mendengar, itu sudah cukup. Kalau dia mendiamkan diri, dapatkan kepercayaan dia yang kita sudi jadi tempat dia berkongsi apa saja. Walaupun pada mulanya, nampak macam kita syok kat dia, tapi lama-lama dia akan faham, itu peranan sahabat. :)
Sunyi: On Purpose..
Senang cerita, saya memiliki karakter seperti di atas. Saya tak nafikan kemungkinan-kemungkinan; saya anak sulung, ego, tak boleh tunjuk saya lemah depan adik-adik, selalu nak beri yang terbaik untuk keluarga, selalu nak adik-adik contohi saya, dan sebagainya.
Pernah saya bertanya pada seorang sahabat, perlukah bercerita pada orang bila kita ada masalah? Katanya, tak perlu, tapi kalau luahkan, akan rasa lebih lega. Itulah masalahnya. Saya bukan jenis mencari teman untuk bercerita, bukan cara saya. Saya akui, ada masa, saya sangat memilih teman untuk bercerita. Tambahan, saya sangat susah percaya pada sesiapa. Kadang-kadang, saya selesa bertanya pada sahabat-sahabat dan kawan-kawan, "What's THE BEST ever happened in your life?" dgn harapan dapat semangat.
No blame towards anybody, my friends... :)
Bicara Romantis: "I Trust You..."
Bermula dari berubahnya hidup dari pelajar kepada graduan, berubahnya hidup dari persekitaran universiti kepada hidup di rumah, berubahnya cara dan emosi, ada SATU saja penyebab kepada survival ini. Ya. Allah itu memang sebab UTAMA. Allah memahami fitrah manusia, Dia kurniakan sekurang-kurangnya SATU manusia untuk mengutus SATU kata bicara romantis IBU ITU.
"I Believe You" @ "I Trust You" .
Sebagai manusia biasa, ini adalah satu benda yang sangat susah saya capai dalam hidup. Kepercayaan daripada insan lain. Saya tak sedar betapa saya perlukan 3 perkataan ini sehingga sahabat ini menyebutnya. Dia akan pastikan dia menyebut sekurang-kurangnya SATU kali untuk pendengaran saya (bila dia call). Tenang di deria dengar, tenang di minda, insyaAllah, tenang juga di hati. :')
Memori Terindah: Hadiah Konvokesyen UIAM ke-28
Hadiah daripada adik-adik; Naim, Nazmi, dan Zaki. Juga bunga daripada sepupu, Nabilah.
Tak lupa hadiah terbesar dan terkecil saya terima daripada sahabat-sahabat.
Terima kasih...
Jodoh: Jika Serius..!
Izinkan saya memetik saranan Hilal Asyraf melalui tulisan beliau dari sumber Sebelum Aku Bernikah: Berusaha Mencapai Mampu, dalam subtopik "Jodoh, Jodoh, Jodoh hingga Lembik!", m/s 71.
"Apabila kita sudah berusaha, sudah bersungguh-sungguh mencari ciri-ciri yang baik, yang sesuai dijadikan isteri ataupun suami kepada kita, maka kita percaya kepada pilihan itu. Apa yang ada di tangan, usahakan...Oleh yang demikian, saya sarankan supaya kita meneliti, menyelidik, usaha sekurang-kurangnya kenal serba sedikit dengan orang yang kita mahu jadikan bakal pasangan kita dalam rumah tangga. Ada banyak cara yang syarie dalam hal ini. Tidak perlu mengorat, tidak perlu bercouple. Perkara yang diperlukan adalah kesabaran dan keberanian.
Pergi kepada wakilnya, tanyakan perihalnya serba sedikit. Pergi kepada yang mengenalinya, tanya bagaimana dia. Hal ini juga sama buat golongan wanita, selidik. Tanya sesiapa yang kenal dengannya, gunakan peluang itu sebaiknya. Jikalau ada wakil lelaki daripada pihak anda, minta wakil lelaki anda selidiki diri lelaki itu...cari sebab yang paling ampuh...bagi menjadikan dia pasangan kita."
Hmmm.............Pada hemat saya, inilah jawapan yang saya cari selama ini. Pun begitu, saya belum pasti tentang kesahihannya yang berlaku dalam hidup saya. Hilal berkata sebagai lelaki - si pelaksana/ pembuat. Sedang saya berada di pihak satu lagi, perempuan - si 'suspek'. Tapi saya rasa saya akan jadi 'spy' nanti. :) Terima kasih atas saranannya.
Kalau benar serius, begitulah.
Hikmah: Ini yang Terbaik dalam Hidup!
Saya percaya inilah yang terbaik dalam hidup. Semua nikmat yang diberi, saya selalu berharap takkan disia-siakan. Tentang hubungan dengan keluarga, saya rasa memilih untuk damai itu lebih baik. Saya selalu percaya pada kata-kata 'it depends' yang telah dipelajari daripada seorang lecturer Psychology dulu. Beliau adalah penyumbang idea kepada segala kemungkinan. Kadang-kadang, benda yang logik pun, kita tak terfikir. Pemikiran beliau sangat jauh. Itulah Prof. Malik Badri. "It depends" membawa maksud setiap yang berlaku itu boleh jadi kerana itu dan ini berdasarkan penelitian tempat, masa, keadaan, dan sebagainya.
Sebagai contoh yang jelas. Kita keliru, tak tahu sama ada mampu atau tidak mengangkat kotak. Kita tanya A, A kata angkat! Kita tanya B, B kata, tak apa kalau tak nak angkat. "It depends" menawarkan "terpulang/ terserah" - kalau awak rasa awak kuat, angkatlah kotak itu. Kalau awak rasa awak tak kuat, tak perlu angkat, mungkin ada kaedah lain. Yang penting, kotak itu mesti beralih dari tempat asalnya. Ia satu opsyen (option) sebenarnya. Memberikan kita masa untuk berfikir sebelum bertindak, mengikut kemampuan kita.
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.... [Al-Baqarah: 286]
Kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah ada benarnya juga,
"As
salamu'alaikum shbt tersyg. Moga semuanya di rahmati Allah. Sudikan bersama
saya dlm SELAMI JIWA MUSIM 2 pd mlm ni 7.30 pm atau ulangan 10.30pm. Episod
kali ni "ORG TUA MMG TAK FAHAM" Tapi, anak2 juga tak faham org tua.Di
antara pengharapan Ibubapa yg tak terucap:1.Jgn derhaka kpd kami,2.Jaga kami
bila kami dah tua,3.Jika tak mampu nak bantu, jgn susahkan kami, 4.Tegurlah
kami dgn lembut, 5.Jgn bodohkan kami walau kami jahil, 6.Jgn heret kami ke
neraka dgn buat dosa, 7.Jgn minta yg kami tak mampu beri, 8.Jgn contohi tabiat
buruk kami, 9.Ushalah utk jadi lebih baik drp kami, 10.Jika kamu gagal, itu
tanda kami gagal, 11.Taati Allah walaupun kami dah mati, 12.Doakan kami bila
kami dah tiada, 13.Jgn sia2kan hidup kamu,14. Belajar utk bersyukur, 15. Kawal
kegunaan komputer, 16.Jgn paksa kami berpesan berulangkali, 17.Jgn malukan kel,
bangsa, agama, 18.Kami kecil hati jika anak tak bantu bila kami mohon bantuan,
19.Jadilah lebih baik drp kami, 20.Walau apa berlaku, kami ttp syg kamu.
Renungkanlah. Wassalam" - Facebook,
Sama seperti yang Hilal share dalam bukunya tadi Sebelum Aku Bernikah, kita benci ujian tapi itu yang terbaik buat kita.....
P/s: Selama ni tak tahu tentang Hilal ni. Kalau tahu peribadi dia macam ni, boleh kata, seFIKRAH......Maknanya ada orang yang sama pemikiran dan pemahaman macam kita, cuma beza dari segi perlaksanaan berdasarkan karakter dan gender. Sebab tu terbit/ wujud statement "Lain orang, lain cara", (tambah sikit) "dan setiap orang itu unik serta ada kelebihan tersendiri yang Allah dah beri"..
Teman: Maafkan Aku.....
Ada satu ketika, saya rasa diuji hebat. Memilih antara dua. Kali ini, perlu memilih prioriti; keluarga atau sahabat-sahabat.
Keluarga - Dekat memang dekat tapi ada masa berlaku perselisihan faham yang menuntut kekuatan mental dan bersikap matang untuk hadapinya.
Sahabat-sahabat - Jauh tapi selalu merindui kalian. Pernah juga terpacul kata-kata, "Ada ketika, kakak perlukan kawan-kawan untuk berkongsi cerita, dan tak semua boleh dikongsi dengan ibu abah, begitu juga tak semua boleh dikongsi dengan kawan-kawan. Ibu abah di tempat kerja ada jumpa kawan-kawan, sembang-sembang, hari-hari bertukar cerita, meeting pun berjumpa juga, tapi kakak? Kakak pun perlukan kawan-kawan kakak". Tapi sama ada percaya atau tidak, saya telah melabur hampir 70% segala macam cerita dengan sahabat-sahabat saya, manakala 30% pada keluarga. Kenapa? Kerana saya faham keadaannya; bila dan perkara apa yang perlu ditapis ketika berbicara dengan keduanya. Tujuannya supaya damai terbentuk.
Kepada teman-teman yang pernah terkilan dengan saya, saya mohon maaf....Saya berusaha bantu keluarga memahami keadaan saya, keadaan kita.
Kepada teman-teman sperjuangan yang bakal mendirikan rumahtangga......Semoga Berkekalan 'Hijrah Syurga' Kalian...-ameen-
Akhir kalam, doakan moga urusan kita sama-sama dipermudah..-ameen-
Semoga berjumpa kita nanti. Wassalam.