Showing posts with label Allah Knows Better... Show all posts
Showing posts with label Allah Knows Better... Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Ketahuilah...~


Semua pasti ingat detik bermula satu-satu kenangan
Bila, di mana, atas urusan apa
Manis kan?
Lagi manis bila kekalnya hubungan itu
Sampai satu tahap
Kau yang utama
Kau yang dipuja
Kau yang dibangga
Kau yang istimewa

Ya, bangga
Bertemankan kau dan dia
Tiap mata melirik
Tatkala melepasi khalayak
Ada juga satu rasa tak terkata
Bukan aku yang berkehendak
Tapi kau yang meminta
"Temankan aku..."
"Tolong aku..."
Itu yang selalu kau mahu
Tak pernah pula aku menolak

Hari ini dunia jadi saksi
Sekali terdetik satu ragu dalam hati kamu
Ketahuilah
Aku menjauh
Bukan kerana kesilapan itu
Tapi kerana
Kau tidak pernah kenal aku
Ya, kita mungkin pernah rasa
Erti manis satu persahabatan
yang sangat diagungkan dulu
Tapi....
Ketahuilah
Aku bukan lagi sahabatmu

Izinkan aku menjauh
Kau mungkin merasa terkilan
Tapi ketahuilah....
Sakit di hati masih belum terubat
Aku belum redha sepenuhnya

Izinkan aku menjauh
Mencari ruang di hati lain
Ketahuilah....
Aku percaya ini hikmah
Aku bahagia dengan mereka

Izinkan aku menjauh
Tak sanggup menanggung beban
Tak mampu bermuka biasa
Ketahuilah....
Tuduhan kalian amat pedih
Tak pernah aku rasa sepedih ini
Terima kasih, syukur pada Ilahi
Ujian mematangkan diri
Allah terus memberi
Memberi manis yang tak berganti
Pahit? Tak berbaki

Terima kasih, syukur dengan yang terjadi
Aku lebih berhati-hati
Mencari yang sudi
Percaya pada diri ini
Jujur pada diri ini
Setia pada diri ini

Biar tiada jumpa
Biar tiada berita
Benar sahabat kata,
"As long as the friendship lives in the heart, it remains forever"..
Ketahuilah...
Demi kebaikan diri
Izinkan aku undur diri

Pesan buat kalian
Jangan lagi cari cebisan-cebisan
Kenangan-kenangan
Kesenangan, perhatian
Yang pernah aku berikan
Jangan pernah kalian suarakan
"Di mana teman yang pernah ku kenal dulu?"
Ketahuilah....
Aku bukan sahabat kalian
Pesan buat kalian
Jangan diingat yang indah-indah itu lagi
Kerana ketahuilah....
Dalam kamus hidup ini
Semuanya sudah suram,
hampir luput, tinggal kelam
Pudar dalam ingatan

Ketahuilah....
Aku insan biasa
Punya hati dan perasaan
Tak mengharap balasan apa
Cuma di mana aku dalam hati kalian?
Siapa aku di mata kalian?
Maaf dipinta andai mengusik jiwa
Sekadar renungan bersama
Aku belajar dari mereka
Yang dekat pasti tersisih
Yang rapat pasti terpisah
Lillahi Ta'ala
Ukhuwah baru terbina
Lebih bermakna
Lebih sempurna

Jangan dekati aku kerana aku
Tapi dekatilah aku keranaNya
Dengan itu ketahuilah....
Hati mampu merasa
Satu kehadiran pemberian dariNya
Berbeza dengan yang biasa

Ketahuilah....
Aku bersyukur dengan hidup
Penuh nikmat
Terang bersuluh
Dibimbing gagah dan tabah
Sabar dan penuh hikmah



Pergilah kalian dari hidup ini
Aku minta diberi ruang
Menyembuh hati
Jangan pernah kembali lagi
Atau aku melukai...

Maaf.....

Sunday, May 29, 2011

Ayuh kira-kira kos MATI..~

Seketika tengok-tengok gambar-gambar kenangan dulu. Zaman kanak-kanak, kawan-kawan, haiwan-haiwan peliharaan satu masa dulu; ayam (katik, serama, kampung, Israel - paling sayang Cicit), burung (bayan, merbuk, nuri), kucing (Zorro, Sayang, Oren, dan Comel - paling sayang Comel)ikan (puyu, ikan-ikan akuarium ((tak ingat nama)), flowerhorn - paling sayang flowerhorn), hamster (Yelli, Pinki, Comel, Dino, Boi, Boboi, Goldie, Dottie, Ciutie, Salju....((hampir 30 ekor semuanya)) - paling sayang Yelli dan Pinki), banyak kenangan...


Setiap yang hidup, pasti akan mati. RencanaNya penuh dengan hikmah. Teringat kata seorang sahabat "Semuanya dah tertulis di atas sana", bukan hanya tentang kematian, tetapi banyak perkara yang tak tercapai dek akal manusia. Umur 15 tahun, dua kehilangan bukanlah suatu benda yang mudah diterima - pemergian datuk dan sahabat (Syukriah). Dua-dua juga tiada kesempatan bertemu walaupun hanya mencium dahi untuk kali terakhir. Teringat saat ibu menangis di tepi highway kerana pada ketika itu, van rosak. Sesampai saja di Johor, hanya tanah yang masih merah yang sempat kami tatap. Syukriah, hanya sempat kami dengarkan announcement yang dibuat di sekolah. Pilu suasana. Patutlah Syukriah tak datang sekolah.

Haiwan peliharaan, kebanyakannya mati kerana bencana alam - bah di Kuantan satu masa dulu. Mati kerana sakit berjangkit, mati kerana sampai masanya. Sayang macam manapun, semuanya dah ditentukan Allah....Redha...

Tatap gambar, teringat seorang kenalan yang pernah bertegur sapa ketika berurusan untuk tujuan menjayakan program, kalau tak silap Bro. Ikhwan namanya. Setiap kali datang untuk hantar paperwork, bila Tuan Presiden kelab tiada, dia lah yang banyak membantu. Tak siapa tahu, itu kali terakhir bersemuka. Spontan juga, teringat arwah pernah singgah solat di masjid Kampung Baru. Dia berdiri di pintu pagar sisi sambil menghubungi orang melalui telefon bimbit. Di depan saya, satu papan notis. Ada panduan menutup aurat bagi wanita, sendiri periksa diri sendiri, pemakaian.....astaghfirullahal 'azim....

Mungkin pada ketika itu, masih mengambil ringan satu notis memandangkan umur masih muda. Tapi tak dinafikan notis itu memang betul-betul menarik perhatian. 'Kos Perbelanjaan Pengurusan Jenazah', saya hanya ingat RM 180....disertakan dengan detail ke mana perginya RM 180 itu - kapur barus, kapas, kain kafan, pewangi, etc. Terkejut. Terdetik dalam hati "Mati pun perlu belanja?".

Selama ni, hanya nampak apa yang kita nampak; jenazah disembahyangkan, diusung ke kubur, dibaca talkin dan Yaasin, tanam. Titik!

Tak tahu pula semuanya itu perlukan kos. Selama ni, sepanjang pemerhatian, RM 180 tu orang gunakan untuk beli pakaian mahal-mahal, handbag dan alatan mekap bila ada sale, belanja makan yang enak-enak, pergi bersuka ria, berbelanja sana sini, tapi tak pula mereka fikir tentang persediaan 'pakaian', 'alatan mekap', amalan yang akan diperuntukkan untuk kematian. Hm, tiba-tiba saja bunyi "Mahal lah...!".

Terbaca satu perkongsian di satu laman web...

"Salam, sekadar nak berkongsi dengan rakan2. Baru2 ini aku balik kampung menziarahi kakak aku meninggal. Aku sampai di kampung (Yan, Kedah) pada jam 2.30 pagi malam selasa lalu. Setelah sampai dan selesai membaca yasin, aku pun bersembanglah dengan ayah aku. Memang beliau dalam keadaan kesedihan. Maklumlah, anaknya yang pergi dulu mengadap Ilahi.

Sambil2 sembang2 bertanyakan perjalanan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, aku melihat ayah aku membuat catatan (quatation).

Korek liang lahat: RM 250.00
Upah Mandi :RM 50.00
Membaca talkin : RM 60.00
Van Jenazah : RM 20.00
Keranda/kebumi : RM 500.00
Sembahyang jenazah:RM 5.00 X 250 orang: RM 1250.00
Upah angkut orang sembahyang: RM 800.00

Jumlah keseluruhan: RM 2930.00

ITULAH PERBELANJAAN yang terpaksa dikeluarkan oleh ayah aku. Alhamdulillah, kami adik beradik menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban ayah.

Apa yang aku musykilkan ialah bila aku bertanya ayah aku, apa yang aku belajar semasa kursus pengurusan jenazah di surau aku dulu ialah,Apabila berlaku sebuah kematian maka adalah menjadi tanggungjawab (farhdu kifayah) kepada yang masih hidup untuk melaksanakan perkara2 berikut:

1. memandikan
2. mengkafankan
3. Menyembahyangkan
4. Mengkebumikan.

Ayah aku menjawab, memang dah macam ni nak buat macam mana...Masa arwah tokwan hang dulu tak macam ni..semua secara sukarela kecuali korek liang lahat, mandi mayat, papan keranda. Tak tau silap tang mana! Takpalah kita niat sedekah kat depa panggu arwah..

Aku pun diamlah, malas nak cakap2 lebih2 takut terguris hati ayah aku..

so....macam mana kat tempat korang? boleh share kat sini.... Bayangkan dalam satu bulan, berlaku dua kematian dalam sesuatu keluarga, bermakna RM 2930.00 X 2= RM 5860.00 yang harus dicari dalam masa singkat...."

Hurm...melihat pula satu laman web rasmi Masjid Putra Nilai di Negeri Sembilan tentang kos perbelanjaan untuk pengurusan kematian.

KOS PENGURUSAN JENAZAH
1) Kain kapan : RM 200.00
2) Tukang mandi : RM 100.00
3) Pembantu : RM 100.00
4) Talqin : RM 50.00
5) Masjid : RM 50.00

Total RM 500....

Mencari lagi info yang boleh dirujuk. Tapi, yang ini lain sikit. Ianya keratan akhbar yang mengetengahkan pengalaman seorang sukarelawan bernama Arbakyah, 55 tahun, yang bekerja menguruskan jenazah. Apapun, tajuknya yang menarik, iaitu "RM 730 kos urus mayat normal". Perhatian: 'mayat normal' yang dimaksudkan ialah mayat yang masih sempurna anggota tubuhnya ((mati dalam keadaan biasa - bukan kerana kecelakaan)) dan kos tersebut adalah peruntukan bagi mengurus mayat lelaki. Perempuan?? Sila baca http://smktdh1975.wordpress.com/badan-agama/kos-pengurusan-jenazah-20072008/

Berbalik pada luahan yang pertama tadi, mungkin betul bila beliau mengajak untuk berkongsi tentang bajet pengurusan kematian di tempat masing-masing. Sama macam kos perbelanjaan perkahwinan, tengok saja maskahwinnya, berbeza-beza mengikut negeri, perlu dilihat pada taraf juga; puteri raja, orang kenamaan etc. Begitu juga kos kematian, yang mana berbeza-beza mengikut tempat. Bukan negeri.

Pada pandangan saya, sepanjang pemerhatian saya tentang kos kematian ni, semuanya bergantung kepada kesudian pihak masjid yang bertoleransi menetapkan kadar perbelanjaan. Sepanjang google, tak ada pula saya terbaca tentang kos kematian yang perlu mengikut kadar tertentu seperti naik turunnya harga petrol dan gula, tak ada pula sebarang akta atau hukuman sekiranya kos yang ditentukan terlalu tinggi belanjanya, tiada tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ada aduan tentang bajet kematian yang melampau perbelanjaannya. Rasanya belum ada apa-apa berkaitan aduan yang melibatkan bajet kematian.

Kenapa pihak masjid Kampung Baru meletakkan RM 180? Kenapa di Yan, Kedah, sampai mencecah RM 2 K? Kenapa di Kuala Lumpur RM 730/ RM 780? Hanya pihak-pihak tertentu saja yang tahu.

Hukum melaksanakan tugas mengurus jenazah adalah fardhu kifayah, WAJIB...http://www.scribd.com/doc/24678683/Tuntutan-Fardhu-Ain-Dan-Fardhu-Kifayah Mungkin ada yang lakukan semuanya kerana Allah. Mungkin ada yang lakukan kerana wang. Mungkin ada yang lakukan kerana terpaksa sehingga meminta wang sekiranya mahu kerja diuruskan. Macam-macam...Allah saja yang Tahu apa yang tersembunyi dalam hati kita dan hati mereka. Jika fardhu 'ain adalah amanah yang ditetapkan untuk setiap individu ke atas dirinya sendiri - wajib, maka fardhu kifayah boleh dikatakan amanah sekumpulan ramai orang ke atas orang lain dalam kelompoknya (bergantung kepada kepakaran dan pengalaman/ ilmu yang ada) - wajib. Seeloknya, segala berkaitan bantuan, biarlah ikhlas dan keranaNya...


Bila tarikh kita lahir? Semua orang tahu walaupun baru dijangka-jangka. Bila tarikh kita mati? Semua orang tak tahu. Saya pun tak tahu bila saya akan mati. Tak ada tanda-tanda saya sakit, umur masih muda, banyak terleka, lalai dan sebagainya. Alangkah ruginya saya kalau saya tak manfaatkan kematian datuk saya, sahabat saya, haiwan peliharaan saya kesemuanya untuk tujuan beringat-ingat...Alangkah ruginya saya kalau saya tak manfaatkan waktu yang ada untuk bekerja keranaNya..Alangkah ruginya saya kalau saya meremehkan soal-soal wajib seperti solat, puasa, zakat, dan haji, berbuat baik pada ibu bapa, rakan-rakan dan saudara Muslim yang lainnya, menjaga diri dan pancaindera.....rugi...rugi....

Pada pandangan manusia biasa, mati itu percuma saja. Tapi pada pandangan manusia yang berfikir dan punya keteguhan iman serta keyakinan jitu, kematian adalah satu permulaan untuk kehidupan yang sebenar-benarnya. Mahar yang perlu dibayar untuk meraih rahmatNya dan syurgaNya adalah amalan kita di dunia.


Satu kata-kata yang pasti daripada Nabi s.a.w bilamana baginda bersabda:

"Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, Sekiranya singgahan itu terselamat, Maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas itu adalah lebih sukar lagi" [Riwayat At-Tarmizi]

http://www.scribd.com/doc/21881569/TINTA-JUMAAT-ISU-11-30-OKTOBER-2009

-allahualam-

p/s: Kalau boleh, biarlah jadi seorang yang mampu bayar kos mati di dunia dan juga di akhirat nanti...Moga dipermudahkan..-ameen-

Saturday, May 21, 2011

Bersabar 'menuju' perkahwinan..~

"Macam mana ni? Saya masih belum ada calon."

"Tak boleh macam ni. Kena cepat-cepat cari seorang ni! Dah dapat, tak nak tangguh-tangguh dah, nak ajak kahwin."

"Dia terlalu baik, saya jahat, saya tak layak untuk dia. Lagipun, ramai kawan-kawan dia yang lebih sesuai untuk dia. Siapalah saya ni..."

"Saya suka dia, dia pun pernah akui dia suka saya. Tapi, saya sedikit terkilan bila dia asyik minta tempoh untuk masuk meminang. Alah, masuk jelah meminang dulu. Sekurang-kurangnya saya tahulah, saya ni confirm akan kahwin dengan dia nanti."

"Entahlah....saya tak tahulah kenapa sikap dia macam tu bila setiap kali saya sebut pasal kahwin. Hm, saya takut saya dipermainkan, dia tu ramai peminat. Entah-entah dia layan semua, katakan cinta, sayang pada mereka macam dia kata pada saya."

"Bila cakap pasal kahwin je, dia terus diamkan diri, ubah topiklah, itulah, inilah. Adaaa je alasan dia."

"Kalau awak tak lamar saya akhir tahun ni jugak, kita putus! Saya cari yang lain!"


Hm, banyak sungguh luahan keluh kesah yang boleh juga dikatakan berbunyi putus asa, mengancam, keliru, berburuk sangka, terlalu kelam kabut, tak yakin (ragu-ragu), dan sebagainya. Minta maaf kalau saya katakan luahan-luahan di atas ini banyak datangnya dari perempuan atau wanita. Saya perempuan, saya juga tak terlepas dari melalui dan memikirkan benda yang sama.

Tetapi, perlu diingat, bukanlah bermaksud seorang lelaki itu berdalih kerana dia tak sukakan kita, ada teman yang lain, ataupun bermaksud memainkan perasaan kita. Barangkali, mereka (lelaki) berdalih kerana merasakan belum masanya untuk berbincang soal nikah yang dianggap serius. Dan barangkali juga, bagi lelaki yang betul-betul beriman, mereka berdalih kerana merasakan itu adalah satu tanggungjawab yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam berbagai aspek. Apatah lagi, ianya akan menjadi bekalan ibadat dan itu bakal disoal di akhirat nanti. Kerana seorang lelaki yang bergelar anak, suami, bapa, dan ketua, dialah pemimpin keluarganya (ibu bapa dan adik-beradik), keluarga sendiri (isteri dan anak-anak), ketua di tempat kerja (walaupun dasarnya dia orang bawahan). Paling penting, pemimpin dalam institusi keluarganya (juga keluarga kedua-dua pihak selepas berkahwin).

Macam nilah ya...Mungkin ada antara kita yang perempuan ni terlalu turutkan emosi. Tapi, tak apa, fitrah perempuan. Cumanya tak salah kan kalau kita ambil langkah yang positif dalam memahami golongan lelaki ni.


Sungguh!
Perkahwinan itu telah diistilahkan sebagai satu medium yang membolehkan pasangan suami isteri mengambil keseronokan di antara satu sama lain berdasarkan cara-cara yang dibenarkan syara' (Mohd Saleh, 2009). Bunyinya indah. Mungkin sebab tu, ramai perempuan beriya-iya nakkan saat bersama suami. Mana taknya, semuanya ditanggung halal; boleh berjumpa anytime, boleh berdating, boleh shopping, tengok wayang sama-sama. Siap pimpin tangan lagi. Peluk-peluk, cubit-cubit pun dah tak perlu nak segan-segan, pedulilah apa kata orang. Kan? Begitu kan? Hm, kalau begitulah kata akal celik kita, lebih baik beristighfar...Perkahwinan bukan untuk seronok-seronok, tetapi untuk beribadat kepadaNya. Adapun, sunnah Nabi itu adalah ibadat seperti yang telah diriwayatkan:

"Ada empat perkara yang menjadi sunnah para rasul iaitu malu, berwangi-wangian, bersugi, dan berkahwin." [Riwayat Tirmizi]

Gambaran perkahwinan yang kita bayangkan tadi bukanlah hanya akan dikecapi kita berdua dengan suami. Perlu diingat, yang ketiga, yang keempat dan seterusnya bakal hadir - cahaya mata. Apa kita mampu bayangkan keindahan mula-mula itu berkekalan bila yang ketiga dan yang keempat itu menyusul? Ingat...perkahwinan bukan melibatkan suami - isteri sahaja, tapi seluruh keluarga kedua-dua belah pihak. Fikir-fikirkanlah dan fahamilah lelaki....

Sungguh!
Perkahwinan memerlukan belanja yang sewajarnya mengikut kesesuaian dan persetujuan pihak lelaki dan wanita. Ha, di sinilah bermulanya detik getir dalam hidup lelaki. Mula memikirkan kata-kata orang, menerima tekanan psikologi, diasak dan diejek kerana kelemahan yang ada. "Kau nak bagi anak orang makan apa? Pasir?", "Janganlah kahwin dulu, kang naya bini kau". Para wanita sekalian, lelaki bujang bekerjaya selalunya ada apa dengan mereka? Kereta, motor, bukan? Ada juga yang tak ada kemudahan itu semua, pergi-balik kerja naik kemudahan awam. Jimat. Kereta dan motor perlu diservis dan boleh dikatakan seminggu, 2 kali isi tangki. Itupun kadang-kadang, tinggal RM 200-300 saja dalam tangan, nak dikirim pada keluarga di kampung, nak berkira-kira untuk belanja sendiri, sewa rumah, simpan di bank. Perkahwinan ibarat berlipat kali ganda duit yang perlu digunakan. Manakan tidak, hantaran, mahar, kad undangan perkahwinan, tempahan baju pengantin, persiapan pelamin dan majlis, tempahan makanan, bayaran sewa dewan, segala-galanya. Belum masuk lagi kereta atau motor persendirian. Lelaki kebiasaannya akan merasa ego tercabar memikirkan kekurangan yang ada. Bekerja kuat. Dapat gaji tiap-tiap bulan, simpan. Kadang-kadang sampai ikat perut tak makan. Berbelanja sekadarnya. ((Pengalaman sahabat yang bernama Mohd. Azizan A. Bakar yang mana berat badannya susut banyak kerana bekerja keras kumpul duit untuk tunaikan janji menikah isterinya - walaupun bukanlah kerana didesak berkahwin. Alhamdulillah, selamat diijab kabul 13 Mac 2011 lalu di Kedah)).


Mahar, iaitu harta atau manfaat yang mempunyai nilai harta yang diwajibkan oleh syarak ke atas lelaki memberi kepada wanita sebagai haknya disebabkan sesuatu perkahwinan yang sah (Mohd Saleh, 2009) seperti firman Allah dalam Surah An-Nisa': 4:

4:4

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan maskahwinnya sebagai satu pemberian..."

Boleh juga rujuk Surah an-Nisa': 24. Mahar adalah wajib. Namun, jenis dan kuantiti mahar bebas ditentukan oleh lelaki kerana ianya berbentuk pemberian ikhlas kepada wanita yang dinikahinya. Setelah berkahwin, wajib pula memberi nafkah kepada isteri. Kalau seseorang itu terlalu istimewa pada kita, tambahan sudi menjadi teman kita sehidup semati, adakah teddy bear saja memadai? Adakah teddy bear itu bermanfaat untuknya pada keesokan harinya? Apa faedahnya tatap dan peluk teddy bear itu setiap hari? Mampu buat kita lebih ingat Tuhan kah? Nak didik anak-anak dengan teddy bear kah? Bolehkah dibuat tukar ganti dengan wang untuk membeli keperluan lain? Fikir-fikirkanlah dan fahamilah lelaki....

Sungguh!
Perkahwinan itu diGALAKKAN dalam Islam. Kerana salah satu tujuannya, menghindari zina. Jadi, perkahwinan ini wajib lah? Ramai yang salah sangka. Mungkin disebabkan 'wajib' inilah yang membuatkan ramai wanita berasa kesal kerana tak menggunakan masa yang ada masa di kampus dulu untuk mencari teman lelaki. Mungkin sebab 'wajib' ini jugalah yang membuatkan para wanita berlumba-lumba mengira usia dan waktu sesuai untuk berkahwin. Sebab 'wajib' jugalah, ada di kalangan wanita mengenepikan pandangan keluarga yang merasakan cara pemikiran orang tua mereka kolot. "Zaman dah lainlah. Sekarang ni, masih belajar ke, masih muda ke, terpulanglah kat diri sendiri nak kahwin. Yang kahwinnya, aku, bukan mak bapak aku". Boleh jadi ini bisik hati kecil wanita.

Harus diingatkan, perkahwinan ini ada hukum-hukumnya. Bila satu-satu perkahwinan itu menjadi wajib, harus, sunat, makruh, dan haram. Bila pula keadaan perkahwinan itu dikatakan afdhal berkahwin dan bila pula tak afdhal berkahwin. Tentang hukum-hukum ini, ada baiknya kita baca sendiri, menambah pengetahuan sendiri. Sebagai cadangan, carilah buku berkaitan perkahwinan khususnya dan baca dengan teliti.

Kalau ada lelaki yang berdalih, alasannya mudah. Belum bersedia. Kerana apa? Barangkali mereka tahu bahawa perkahwinan hanyalah digalakkan, bukan wajib. Bagi yang betul-betul beriman, ianya satu galakan untuk merebut dan meraih redhaNya. Belum bersedia sekarang, ya! Tapi akan dilaksanakan satu saat nanti, dengan izin Allah.

Sungguh!
Perkahwinan memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan kedua-dua lelaki dan perempuan (suami-isteri). Jika tadi, baru membayangkan keindahan perkahwinan. Kemudian, susah payah mencari dan mengumpul wang untuk perbelanjaan perkahwinan. Kemudian, nafkah pula. Bagi duit saja cukupkah untuk menjamin kebahagiaan suami-isteri? Fitrah manusia, cuba nyatakan siapa yang tak mahukan kasih sayang dan perhatian dari pasangan? Jika berdua, mungkin boleh membahagikan waktu melayan kerja dan si dia. Tapi, bila dah bertambah ahli keluarga, pembahagian kasih sayang dan perhatian menjadi sesuatu yang rumit. Tak hairanlah kalau suami mahupun isteri mencari orang lain untuk bersuka-ria. Mana perginya kemanisan berkongsi masalah dan cerita? Mana perginya bahu untuk mengadu? Mana perginya kesepakatan? Mana perginya anak-anak, makan minum, pakai, pendidikan semuanya? Mana perginya hobi memasak, mana perginya hobi bersiar-siar bersama keluarga? Sudahnya...bibik kan ada...Hm, fikir-fikirkanlah....


Sedarkah kita, wanita, kita terlalu sibuk menghitung hari memasuki hari bahagia, memakai gaun indah bak bidadari, disaksikan ribuan tetamu melihat diri kita sebagai permaisuri hari, bangga dipinang seorang lelaki sebagai suri, ingin merasai apa yang orang-orang sebelum kita rasai, iaitu sebuah nikmat perkahwinan. Tapi, sedarkah kita, di sebalik semua itu, lelaki lebih banyak memendam rasa dan seribu rahsia tentang kesukaran mencari rezeki, menanggung beban dan tekanan emosi, tapi digagahi juga. Mereka tak pernah rasa lega walaupun ikatan sudah diumumkan sah, malah makin bertambah kuat bekerja. Kerana setiap satu hari ibarat satu saat pada mereka. Menyediakan bekalan wang, pakaian, makan minum menjadi keutamaan - nafkah zahir. Setiap kelahiran zuriat, mungkin menjadi berita gembira buat kita (wanita) dan mereka (lelaki), tetapi kegembiraan mereka lebih bersifat sementara. Kerana bakal melalui ujian yang lebih berat dalam bekerja bersungguh-sungguh demi mencari rezeki. Kalau dulu, mulut hanya satu yang perlu disuap tapi kini, ada dua, mungkin esok tiga, empat...

Sungguh!
Perkahwinan itu akan menjadi mudah kalau sekiranya kedua-dua pihak lelaki dan perempuan benar-benar bersedia menghadapinya dengan ikhlas kerana Allah. Bersedia di sini bermaksud kukuh dari segi kewangan, faham tanggungjawab suami-isteri, dan menerima perkahwinan sebagai ibadat mencari redha Allah. Kerana hakikatnya sebuah perkahwinan itu, kita dikurniakan seorang sahabat yang setia, jujur, ikhlas menemani saat senang dan susah, bersama-sama memimpin satu sama lain agar selalu mengingatiNya, bersama-sama sahut cabaran menjaga amanah pemberian Tuhan, mendidik generasi keturunan Nabi supaya menjadi khalifah yang benar-benar memahami 'dunia' Islam. Keturunan inilah yang akan meneruskan usaha memimpin generasi yang seterusnya. Baik didikan yang diberikan, maka baiklah agama dan akhlaknya, dan begitulah sebaliknya.


Kalau benar seorang lelaki itu bersedia bernikah dengan kita, tak terasakah satu penghormatan telah diberikan? Setelah dia melalui berbagai-bagai kesusahan dan kepayahan demi untuk memiliki kita? Bukan saja untuk memiliki, bahkan untuk menjaga sampai akhir hayat. Setelah kita tahu semua kesusahan yang terpaksa mereka lalui, masihkah kita ingin duduk goyang kaki menunggu mereka beri wang belanja, masihkah kita ingin merungut dengan hadiah yang tak seberapa di hari jadi, masihkah kita ingin mengira kekurangan dalam rumah (perabot etc.), masihkah kita ingin marah setiap kali mereka pulang kerja lewat sedikit dari waktu biasa, masihkah kita ingin ragu-ragu dengan kesetiaan yang diberikan, masihkah kita ingin bermasam muka, masihkah....ah, banyak...Persoalannya, masihkah kita rasa kurang?

Janganlah jadi seperti seorang kenalan (rakan kepada sahabat saya) yang memutuskan pertunangannya dan berkahwin dengan seorang lelaki yang baru dikenali sebulan. Akibatnya, hidup terumbang-ambing kerana ketidakmatangan diri dalam menimbangkan satu keputusan. Yang dia mahu, hanya berkahwin. Apapun, dia patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya, suaminya tidak menceraikannya. Walaupun suaminya itu bengis pada matanya, dia harus sedar, itulah lelaki pilihannya. Mudah-mudahan Allah beri kelembutan dalam hati suaminya, ameen...

Jadi, fahamilah mereka iaitu lelaki...Hati banyak diusik rasa was-was syaitan yang sentiasa mahukan hidup manusia porak peranda. Maka dengan itu, perbanyakkanlah doa moga Allah sentiasa lindungi mereka dan permudahkan urusan mereka.

Jadilah seperti seorang kakak (kenalan kepada sahabat saya) yang menanti jodohnya dengan sabar walaupun dilukai sebanyak tiga kali sebelum lelaki tersebut meminangnya. Keyakinan yang ada dalam hati membuatkan dia tabah dan redha menerima lelaki itu seadanya.



Bersabarlah dalam menanti jodoh. Bersabarlah 'menuju' perkahwinan. Isilah waktu yang ada dengan ilmu berkaitan perkahwinan secukupnya, fahamilah isi tanggungjawab kita. Dengan itu, sabar telah terdidik tanpa kita sedar. Bawalah diri ke arah yang baik, jangan beri satu ruang pun syaitan bisikkan rasa kecewa, putus asa, dan yang bukan-bukan, pokoknya perlu banyak berdoa. InsyaAllah, Allah permudahkan satu masa nanti. Layak tak layak, itu urusan Allah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita.

Sabarlah untuk sekejap waktu...

-allahualam-

Tuesday, November 30, 2010

Cold night..~

~ listening to Yi Qian Nian Yi Hou - JJ Lin.....


 


Why is it always be a cold night for me..?
Why I can't just stop from this crying things..?
So many why's I guess....


I shouldn't think this much..But they put me through these..I know that in the end I'll cry..Why do they like to see me cry? Why don't they just stop..?


This is so bad..I don't even have much strength to hold anymore..All this while, I've a perfect pretend..But how long do I have to pretend..?


Please stop....I'm not gonna turn back...Please give me a chance to smile.....Will you?


~ cold sleep for a cold night ~

Tuesday, November 23, 2010

Hurm....~


This is truly hard..
      Bedtime stories no more..
            Looking at the hanging clock..
                  On the wall, it ticks fast on and on...

Why I got trapped in here?
      Why I got no strength handling this?
            How I got trapped in this?
                  How long I can deal with this?

Hurm...

Perhaps he knows the weakness..
      Perhaps I know mine best..
            So, what could be the best..?
                  If the time leads us this way..?

They may like shortcuts..
      But they don't realize how they'd suffer in return..
            Hurm...take a long way..
                  May cause wasting but safe in a way...

People, feelings, things, even life..
      Have a potential possiblity to change..
            Change to good, change to the worst..
                  But does that bother? YES!

The arrow shows to the North..
      A straight path no bewildered sign..
            I should make a full use of the sunlight..
                  So that I'll reach there..soon...

Still, nothing seems easy..
      As eyes see, observe, witness, etc..
             As ears hear, feel the warm breeze..
                   Reaching to the mind and heart, you can't really tell them...

Hurm....

No intent to stop..
      Only when the right time comes, I will stop..
            It's just a dilemma..
                  Crossed that triggers and tests self-efficacy consistency...

~ must be careful next time, haish ~

p/s: Please don't fall..
 

Sunday, November 14, 2010

Bukan Ainul Mardhiah..~

Khamis, 11 Nov 2010/ 08:19

 *******
flower fragile

"Aku harap dia faham..Bukan aku menolak mentah-mentah tanpa cuba sedaya-upaya terima dia..Dan bukan pula kerana rimas dengan usahanya..Aku betul-betul hargainya..Diri aku yang bermasalah..Perlukah aku cakapkan/ tuliskan kelemahan aku di sini..? Yang aku biar tersembunyi dalam diri selama ini..Memang sangat menyedihkan bila cinta + nafsu bersatu..Pada ketika itu, kita mungkin akan cuba dapatkan penjelasan, "Jadi, atas sebab apa kita bersama selama ni?", "Jadi, maknanya selama ni awak tak ada perasaan cinta kat saya?", dan macam-macam persoalan..Kenapa kita selalu kalah pada nafsu..? Kotorkan diri dan hati dengan nafsu? Kenapa? Kenapa kita sanggup kotorkan fikiran dengan cinta nafsu? -hurm- Kadang-kadang kita tak sedar kita ke arah maksiat melebihi ke arah destinasi sebenar - perkahwinan..Apalah gunanya tujuan ber'couple' sebelum kahwin digunakan untuk memenuhi keinginan yang macam itu..? Aku terasa betapa kotor, jijik dengan diri, perasaan, akal, dan hati aku sendiri..Dalam mencari erti sebenar cinta, aku tahu sangat susah untuk berubah..Tapi lama-lama rasa benci dengan cinta nafsu..benci sangat... -mungkin Allah mendengar segala-galanya, ya, Dia dengar-

~ listening to 1 Litre of Tears...((instrumental theme)) & Always Be There - Maher Zain...

Sejauh ini...aku baru di'kenal'kan dengan 'cinta' yang betul-betul membawa erti "cinta" yang sebenar..Rupa-rupanya "cinta" ini adalah salah satu bukti kehebatan Allah, salah satu sifat Allah yang ditiupkan ke dalam ruh setiap insan..Kadang-kadang manusia silap.."Cinta" itu satu perasaan yang suci..Sama macam iman, "cinta" bukanlah satu benda yang boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan..Setiap insan ada "cinta" itu cumanya tahap cinta saja berbeza..Mungkin salah satunya ialah cinta nafsu..Dan yang paling agung ialah cinta hakiki - kepada Allah..Tapi adakah manusia sedar...bahawa Allah bukanlah cipta "cinta" untuk diriNya semata-mata - maknanya bukanlah cinta yang kita ada ini WAJIB ditujukan kepada Allah semata-mata..Allah malah menggalakkan kita berkasih-kasihan dengan semua orang di dunia ini - keluarga, sahabat handai, rakan-rakan, dan lain-lain.. -subhanallah- Tapi, kenapa kita selalu rasa semua ini susah? Kenapa tak terfikir jadikan/ bahagikan cinta ini sama rata? -antara Allah dan manusia- Kenapa mesti ada fikiran yang terlalu ekstrem dan kenapa mesti terlalu jumud (kolot)? "Apa guna berkaum tua, apa guna berkaum muda. Berkaum Muslimin saja lebih baik" [HAMKA] -terlalu banyak perkara yang berkaitan dengan kata-kata ini..jadi, fikir-fikirkanlah-

Dalam pengertian "cinta" aku, aku hanya faham satu..Cinta yang jauh dari nafsu itulah yang dikatakan cinta yang tulus..Bermakna sama ada kita, ketika sujud menyembah Allah mahupun ketika menyayangi seseorang, cinta itu disalurkan tanpa mengharap apa-apa balasan..hanya kerana keikhlasan hati..Aku tahu cinta kepada Allah tak boleh disamakan dengan cinta kepada manusia..cumanya aku nak katakan niat dan caranya begitulah..Buat sesuatu tanpa minta apa-apa balasan..Tapi Allah...selalu beri yang terbaik buat hamba-hambaNya walaupun mereka selalu lupakan Dia..Manusia? Mampukah manusia buat begitu - betul-betul memberi seperti apa yang Allah beri? Terus-terang...TIADA..Masa bersendiri, masa gembira, masa sedih, masa sukar, masa senang..semuanya kita dengan Allah..merasai kehadirannya dalam hati..

Tentang cinta kepada manusia, memadailah mencintainya kerana Allah..Dia juga makhluk Allah..Cuma berlainan jantina..Lelaki dan perempuan, sama-sama perlukan kasih sayang.."Cinta" yang sebetulnya ialah apabila kita terpaut dan tertarik kepadanya tanpa kita sedar..kita tak tahu apa sebabnya..Dalam hati terlalu mencintainya.. -susah nak digambarkan dengan kata-kata- Yang pasti, ia menutup segala pintu maksiat..Mungkin benar apabila ada pepatah (memetik kata-kata Umar r.a) mengatakan, "aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..Jika engkau menghilangkan agamamu, maka hilanglah cintaku padamu"..Tapi, ramai yang tak mampu mendalami ertinya, malah, ramai juga yang silap dalam membuat perhitungan..Cinta yang sebetulnya ialah apabila tiada "sebab" atau "kerana" - terhadap perkara-perkara yang dapat ditafsirkan melalui pancaindera, seperti "dia cantik - hidung mancung, mata bulat" dll..Aku mungkin bukan pakar tapi cinta yang betul-betul cinta ialah apabila ianya sukar diungkapkan..Sama seperti mendapat hidayah dan petunjuk Allah, bilamana hati kita terdetik (setelah berusaha mencari petunjuk) dan merasa sesuatu tetapi kita tak dapat terjemahkan melalui kata-kata..Semuanya penuh tanda tanya..Oleh sebab itu, sujudlah...Dia (Allah) mengetuk pintu hatimu...Hasilnya, walaupun bermacam-macam persoalan timbul, ianya cuma di akal..di hati kamu/ kita sebaliknya..dikurniakan rasa tenang, bersyukur, dan redha...

Andai dia bukan untukmu...biarlah dia pergi..Bukankah kamu mencintainya setulus dan seihklas hati? Bermakna kamu tak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya walaupun nyawa jadi taruhan..Apa yang kamu akan dapat..? Percayalah...Hanya Allah saja yang mampu membahagiakan kamu..Cintailah Dia..Kamu mungkin akan bertemu dengan seseorang yang begitu..Perlu diingat, tak semua orang yang kelihatan baik selalunya baik, tak semua orang yang kelihatan jahat selalunya jahat..Walaupun mata buta, tapi hati tak pernah menipu ((terkadang was-was itu yang menjadikannya silap))..Jagalah hati kita baik-baik..Serahkanlah hati kita padaNya..Kerana sesungguhnya HATI INI MILIK TUHAN, BUKAN MILIK TUAN..Mudah-mudahan kita kelak ditemukan dengan orang yang menyerahkan seluruh hatinya kepada Allah..Kelak juga kita akan tahu betapa hebatnya keputusan Allah...Sujud pun belum cukup untuk panjatkan rasa syukur dengan kehadiran "cinta" ini..hurm...

Aku dan diri aku...mencintainya kerana dirinya (seadanya)..Mungkin mereka boleh berfikir apa saja tapi inilah cinta aku...Mungkin juga aku boleh kata, setelah jauh berjalan...inilah pertama kali aku rasa dan nikmati erti cinta sebenar...Daripada berat memikirkan kenapa tak berbalas, ada baiknya aku fikirkan mungkin ini tarbiyah Allah...Mungkin dengan cara ini saja, aku dapat belajar bersabar, hidup berdikari, kawal emosi, urus diri dan masa sendiri, bersikap terbuka dan memahami, mampu berfikir secara matang dan positif, dan yang paling penting, bersyukur...Daripada berat memikirkan kenapa tak disayang, ada baiknya aku fikirkan mungkin Allah sayangkan aku...Tarbiyah yang diberikan mungkin lebih berguna dan bermanfaat untuk masa akan datang sebagai persediaan..

Tapi...mana mungkin aku dapat lupakan "cinta" ini...Terlalu terkesan di hati dan diri...Moga perjalanannya dirahmati Allah selalu..Terima kasih sebab selalu marah, tegas, dan jujur...Teruskanlah perjalanan dan aku harap dia 'bertemu' dengan semua impiannya.. -ameen-

~ adapun air mata yang jatuh, itu tandanya gembira ~

I'm glad I found you..."

*******

"Setiap insan, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan. Kekurangan apapun yang dimiliki oleh pasangan, anda perlu menerima dengan hati yang benar-benar terbuka. Mungkin juga Allah SWT akan menghadiahkan banyak kebaikan di sebalik kekurangan itu."
- Majalah i, Sept. 2010, bil. 95

p/s: Thanks to the person who introduced Mini Resource Centre, Guidance & Counseling Dept to me..Thanx ya..You know what, I read about marriage, that you've suggested the mags are over there..
-fight the fear-

Friday, November 5, 2010

Sokka..~


...sokka...((i see))...

When only the invocation acts as a shield..

"Allaahumma maa asbaha (amsaa) bee min ni’matin, aw bi ahadin min khalqika fa minka wahdaka la shareeka lak falakalhamdu wa laka-shukur"
[Al-Ma'thurat]

Oh Allah, whatever grace has been my share this morning (evening) or the share of any of Your creation is from You alone, without partner, so for You is all praise and unto You all thanks.

...astaghfirullahal 'azim...