Monday, December 26, 2011

Mengingati dia sekejap waktu..~

Nak bercinta tapi tak berani. Takut? Takut apa? Kan kita ada hak nyatakan rasa suka pada orang yang kita suka. Kan? Ulangkaji semula, "ye ke..?". Teringat kisah Nabi s.a.w cadangkan sahabat baginda supaya pergi nyatakan rasa suka kepada seorang wanita selepas sahabat itu berkenan dengan wanita itu. Jadi, macam mana nyatakan rasa suka tu? Jumpa dia sendiri-sendiri, kata "Saya suka awak"? Amboi mudahnya....-gelakkan diri sendiri- Sama ada dia kata "Ya" atau "Tak", malu tu bertandang juga dalam diri. Malu sebab dah terkata suka, malu sebab dia terima, malu sebab dia tolak...Segan? LAGI lah....Tapi kan, kita tersalah tafsir maksud Nabi s.a.w tadi...hanya kerana kecetekan ilmu di dada.

-lepas dengar tazkirah pendek Ustaz Azhar Idrus di YouTube, boleh google saja, banyak video ustaz-

Benar dibolehkan suarakan rasa suka pada seseorang, tapi dengan syarat mahu kahwin dengan dia. Macam mana nak kata suka? Maksud Nabi s.a.w tadi, pergi jumpa keluarga wanita itu, nyatakan hasrat hati, dan pinang anak mereka. Kalau ikut contoh yang Ustaz Azhar Idrus beri ((lucu juga)), katakanlah sewaktu seorang lelaki berhasrat untuk nyatakan rasa suka kepada seorang wanita, kedua ibu bapanya ada di rumah - ibunya sedang jemur kain di halaman, anaknya sedang duduk di tangga depan rumah, datang si lelaki mendekati si wanita dengan berkata "Saya suka awak". Jadinya, si ibu mendengar, jadi saksi. :)

Bila dah ada rasa suka, tentu nak keluar-keluar berjalan-jalan ke, kan? Kalau ikut istilah Barat 'dating'. Tapi Islam tak anjurkan berdua-duaan. Boleh keluar sama-sama, tapi dengan syarat ditemani mahram. Kalau ikut cadangan Ustaz Azhar Idrus, bawa sekali mak ayah si perempuan berjalan-jalan ((lucu)). :) Hikmahnya, boleh dengar celoteh ustaz di YouTube. Saya tak ingat tajuk yang spesifik, sebab semalam, banyak video ustaz yang saya dengar. ;) -tamak sekejap-

"Bercinta sebelum kahwin", TAK BOLEH. Tegas bunyinya. Tersentap juga hati. Berkasih sayang sebelum kahwin, hukumnya HARAM. Kerana menurut ustaz, dikhuatiri membawa kepada 'berkhayal'. Membawa juga kepada "Zina Hati"....Allah......Kalau ikut kata ustaz, contoh yang diberi, dunia sekarang membenarkan sesiapa saja berhubung melalui telefon bimbit. Katakanlah dua orang, lelaki-perempuan saling bertukar gambar melalui MMS, bila dah tengok, tentu timbul pula rasa "Jom jumpa!", bila dah jumpa, lagi advance, dan tentu menyusul aktiviti-aktiviti lain pula. Sejauh mana kita yakin, lepas jumpa sekali, takkan jumpa lagi? PASTI akan ada pertemuan kedua, ketiga......seterusnya..Hati dah 'belok'.. 

Hmm...Kadang-kadang, tak terlepas juga dari ujian sebegini. Dunia serba canggih, SMS sangat mudah pula dikirim, mesej-mesej yang berbalas tersimpan elok dalam Inbox, sampaikan bila rindu-rinduan, buka saja dan baca, mengingat semula semuanya. Allah..tanpa sedar, mula berkhayal yang indah-indah. Walaupun bukan berkhayal yang melampaui batas, tetap juga dianggap 'berkhayal'. Hmm.......baru terfikir, hati siapa yang nak dijaga sangat? Kenapa mesti takut dia merajuk kalau terlewat balas mesej dia? Hmm, macam-macam soalan dalam benak. Cuba muhasabah semula.....

Mengingati dia sekejap waktu. Bila kita menyimpan perasaan pada seseorang, tentu tak nak lekang untuk tahu khabar dia di sana. Bergurau. Memuji. Tak sedar waktu berjalan cepat. Tersenyum sendiri, tanpa kita sedar, orang di sekeliling cakap apa pun, ibarat angin saja. Mereka kehairanan, kita dibuai kebahagiaan palsu. Kita dengan dunia kita. Tak mungkin dia hilang dalam ingatan satu saat pun! Amboi! Belum jadi suami/ isteri, dah begitu? Habis tu, Allah nya ke mana? Mak ayah ke mana? Hukum hakamnya ke mana?

Baru ingat akan dosa. Sedihnya jadi begini.......Jangan disalahkan orang lain, salahkan diri sendiri.

Mereka mengingati 'si dia' yang Tersayang..

Tak dinafikan terasa semua indah. Tapi peranan 'si dia' sangat penting dalam menepis yang tak baik. Kalau salah seorang sentiasa ingatkan temannya, "Ingat Allah", apa-apa sikit, "Ingat Allah", insyaAllah, di lain waktu, akan ada rasa segan dalam diri teman itu bila dia mahu berhubung dengan temannya. Bergurau, ada batasnya. Kalau salah seorang buat silap, betulkan dan pastikan dijelaskan baik-baik, paling penting, jangan pernah ungkit lagi lepas tu!!

Memang telefon bimbit selalu ada berhampiran, bila-bila saja boleh SMS. Tapi, dengan menjadikan 'batas' sebagai peringatan, dalam situasi 'menjaga perasaan/ hati mengikut syariat', pada pandangan hamba yang biasa, itu adalah perlu. Cuba nyatakan, SMS itu kalau dah berbalas SEKALI, berapa banyak lagi yang menyusul? BERKALI-KALI walaupun ringkas saja. -tampar diri sendiri- Kalau atas alasan romantik, sengaja tak mahu SMS untuk cambahkan rasa rindu......hmm.........-akan dipertimbangkan-

Mungkin bukan saya seorang saja berbuat begini, tapi hakikatnya memang tak ramai yang buat begini. Belajar daripada dua orang sahabat Muslimah, ((Nak sebut nama? Tak perlu kut..)) A selalu sedekah Al-Fatihah buat orang yang dirindui, disusuli Surah Yusuf. B pula rajin baca ma'thurat sebelum tidur, entah apa yang dibaca, kumat-kamit bibirnya, doa mungkin dikirim buat yang tersayang. Siapa kata, SMS saja boleh sampaikan rasa sayang? DOA itu lebih terkesan di hati si penerima di sana. Sepanjang pemerhatian saya, mereka berdua tak pegang telefon bimbit pun sebelum tidur, hanya untuk set alarm. Kagum!! Setianya mereka sehinggakan si lelaki yang biasanya memulakan SMS dahulu, baru mereka akan balas, tapi itupun hanya 2 - 3 SMS, dah selesai (berhenti), tunggu pula 1 - 2 minggu seterusnya, waaaahhhh!! Saya mempunyai 'xifu' di depan mata, tapi kenapa tak boleh contohi mereka? -tampar lagi diri sendiri-

Cara mengingati 'dia'..

"Hidup ini semuanya tentang belajar". Belajar. Saya sedang belajar.

Belajar mendoakan 'dia' di sini setiap kali sebelum tidur. Saya mungkin pernah mengenali 'dia', mungkin tidak pernah. Apapun, Allah Lebih Tahu apa yang di dalam hati manusia, perasaan manusia. Jangan mudah berprasangka.

Teringat pula satu post sahabat di Facebook yang berbunyi......:

Jodoh Itu Rahsia ALLAH, Sweet Kan ALLAH, DIA Nak Bagi Kejutan Dekat Kita..

☻♥☻
/█\/█\
...

...SEKUAT mana saya SETIA...

... SEHEBAT mana saya MERANCANG...

...SEJAUH mana saya MENUNGGU...

...SEKERAS mana saya BERSABAR...

...SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...


Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang..Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.
 
- hasbunallah wa ni'mal wakil -
 
 
Sungguhpun begitu, selalu teringat satu perkongsian Ustaz Che Mat...


لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
"Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa"


Moga Allah selalu berikan insan-insan (keluarga, sahabat-sahabat, seluruh umat Islam) yang saya sayang dengan perkara yang terbaik dalam hidup mereka..-ameen-
 
"Kan kte kan sahabat, :)", watching short film TOMATO untuk kali yang ke dua.. ^_^ Mari-mari belajar dari short film ni!
 

Kalau ada pun 'dia' dalam hidup, saya mahu mengingatinya sekejap waktu, mengingati DIA sepenuh masa..InsyaAllah...

Moga Allah ampun dosa....

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat dan patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur"
[As-Sajdah: 15]

p/s: 'Berkhayal' diikuti susunan jadual, goal yang mahu dicapai dalam 4 tahun dari sekarang! InsyaAllah, jumpa nanti.. :)