Tuesday, August 31, 2010

Apa yang tinggal untuk hari itu..?~


Bila dikira-kira dihitung-hitung hari-hari dalam bulan mulia, Ramadhan ini terasa sekejap sangat. Sedar-sedar dah nak dekat penghujung. Mungkin aku terasa macam ni sebab aku dah besar panjang, dah biasa pun boleh jadi faktor penyebab. Kadang-kadang bila teringat balik zaman budak-budak dulu, hehe..Abah kata "tulah, jenuh duk pujuk awak sume dulu..Kejap, kejap, kejap je lagi berbuka lah padahal lambat lagi time nya"..Ibu cuma gelak kecil, geli hati agaknya teringat kami kecil-kecil dulu. Kalau zaman dulu canggih, mau je aku simpan gambar-gambar kami dulu-dulu dalam softcopy tapi apakan daya, gambar-gambar dalam album terpaksa dibiar luput dan cair warnanya. Akhirnya tinggal kosong. Tapi aku percaya, memori takkan pernah luput (kalau dijaga dengan baik). InsyaAllah.

Sekarang aku dah besar, kata ibu bila anak perempuan dah besar, lawa. Bila anak lelaki dah besar, handsome. Kalau kami rasakan kami taklah setanding yang lain, tetap ibu abah akan kata "siapa yang tak pandang anak sendiri"...hmm..Terasa terharu.

Sekarang aku dah besar, aku fikir aku seronok bila belajar benda baru. Lakukan perkara yang wanita-wanita dewasa buat. Kalau dulu, aku tengok ibu menyapu kat ruang tamu guna penyapu lidi, aku tolong tapi masa tu kudrat aku hanyalah seorang kanak-kanak. Penyapu lidi pun lagi panjang dari tubuh ini. Kalau dulu, aku tengok ibu alihkan kerusi meja untuk menyapu di bahagian bawahnya, aku tolong tapi tenaga aku setakat manalah sangat. Nasib baik ibu abah beli kerusi yang ada roda, bolehlah gagah-gagah tolak ke sana ke mari. Kalau dulu, aku tengok ibu panjat kerusi untuk cabut langsir dan basuh. Aku teringin nak tolong tapi tinggi aku pun tak melepasi tinggi ibu, terkilan. Kalau dulu, aku paling suka bahagian mengemop, tapi ibu tak bagi. Mungkin ibu tahu, aku bukan nak mengemop tapi meluncur atas lantai yang licin. Kalau dulu, aku selalu tengok ibu masak tapi dapur terlalu tinggi. Bila ibu tak ada di rumah, aku cuba-cuba main masak-masak. Aku ingat lagi benda pertama aku masak ialah telur dadar tanpa garam, tanpa minyak, telur semata-mata. Rasa macam hangit sikit tapi tak apalah. Aku dan adik lelaki aku makan je. Masa Ramadhan, curi-curi makan dan minum susu di bilik dengan adik. Masa tu adik aku baru seorang. Memori takkan pernah luput kan? :)

Sekarang aku dah besar. Belajar berjauhan dari keluarga, kononnya nak belajar berdikari. Aku belajar duduk asrama masa umur 18 tahun. Mula-mula homesick juga. Tak pandai basuh baju pun. Masa sekolah dulu tahu basuh kasut je. Macam-macam benda yang aku rasakan susah. Nak pergi kelas lagi, nak bahagi-bahagi waktu discussion lagi, nak buat kerja 'rumah' lagi. Tapi lama-lama okay. Alhamdulillah.

Sekarang aku dah besar. Dah lalui berbagai-bagai ujian. Dari kenal kawan, sampailah kenal sahabat. Dari kenal kawan, sampailah kenal teman. Dari kenal kawan, sampailah kenal teman istimewa. Dulu jenis aku suka diam-diam. Malu kononnya tapi bila aku tengok lama-lama orang yang aku suka dimiliki orang lain, terfikir jugak, mana silapnya. Rupa-rupanya kita kena cari. Sikit-sikit aku dapat belajar apa peraturan berkenal-kenalan yang dianjurkan agama. Kata orang, kalau bulan biasa, kita mungkin suka seseorang didorong nafsu. Jadi tahanlah dulu perasaan kalau rasa perasaan tak membawa kita ke mana-mana. Baru sekarang aku kenal erti istikharah, hajat, dan petunjuk dariNya. Rasanya tak rugi buat istikharah setiap kali Ramadhan. (Solat sunat yang lain pun digalakkan kerana kita sedia maklum Ramadhan bulan mulia, boleh jadi dosa-dosa kita yang dahulu dihapuskan, mudah-mudahan).

Sekarang aku dah besar. Bermacam-macam masalah sosial berlaku. Tak perlulah aku tengok jauh-jauh. Cukuplah pada apa yang ada di sekeliling, yang dekat dengan aku. Kenapa mereka jadi macam ini? Salah didikan ibu bapa kah? Atau salah sendiri? Kalau ikut ilmuan agama, iman tipis. Kalau ikut ibu bapa, guru yang salah didik anak-anak mereka di sekolah. Kalau ikut anak-anak, mak ayah yang salah. Kalau ikut pandangan masyarakat, budak itu sendiri yang dah tak betul samalah macam perangai mak bapak dia. Hmm..anak-anak cerminan ibu bapa. Ramadhan lah hari mulia untuk bermaaf-maafan, masa yang sesuai untuk berubah, cari keampuananNya.

Sekarang aku dah besar. Bermacam-macam masalah rumahtangga yang aku lihat berlaku. Tengok sajalah yang dekat, tak perlu pergi jauh. Kata orang, bila kita nak ambil sesuatu sebagai pengajaran, ambillah sesuatu yang datangnya dari pengalaman. Bila belek-belek Qur'an, rupa-rupanya sejarah-sejarah banyak yang dah berlaku yang kita boleh ambil pengajaran, iktibar, dan pedoman. Bukan hanya pada dosa pahala, tapi pada akhlak pun ada. Kalau dulu, bila aku dengar lelaki kata nak cari perempuan yang baik saja, pasti ada suara sumbang mencelah "Kau tu memilih sangat, macamlah nanti kau dapat perempuan yang baik macam malaikat". Kalau dulu, bila aku dengar lelaki kata nak cari perempuan yang cantik dan baik, pasti ada suara sumbang berkata "Kau ni cerewet laa, kalau ada perempuan yang macam kau nak tu, nasib baiklah kau. Zaman sekarang, yang cantik pun jahat laa. Yang baik pun sama. Kau jugak yang menyesal nanti". Tapi bila fikir-fikir balik, aku takkan terkejut kalau ada lelaki yang cakap macam itu.

9:1; 1:9

9:1 - Perempuan lebih ramai dari lelaki.
1:9 - Lelaki lebih sedikit dari perempuan.

9:1 - Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal.
1:9 - Lelaki mempunyai 1 emosi dan 9 akal.

Hmm..Memandangkan bilangan lelaki yang sedikit dan wanita yang ramai, tak hairanlah kalau lelaki menjadi seorang yang cerewet dalam memilih. Apa yang aku lihat sekarang, perkara pikat-memikat kurang terjadi di kalangan yang muda-mudi tetapi kalangan mereka yang berkahwin. Yang jelas nyata, masing-masing mengikat janji setia sebagai suami isteri kerana suka sama suka. Tapi bila anak-anak dah masuk 4-5 orang, kenapa janji dulu semakin dilupakan. Malahan suami mahupun isteri dah mula berani tinggikan suara depan pasangan masing-masing di depan khalayak ramai. Kalau dulu, kononnya aib dan maruah keluarga akan dipertahankan walau diuji sekuat tornado pun tapi apa dah jadi sekarang?

Suami yang baik, sabar, tak mudah melenting selalu diambil kesempatan oleh isteri. Sampailah satu masa, bila hatinya berubah kepada yang lain, sungguh itulah ujian berat buat isteri. Ujian supaya si isteri muhasabah tentang dirinya, layanannya, tutur katanya, dan hatinya. Tapi apa yang jadi sekarang, isteri lebih suka mendedahkan keburukan suami supaya suami nampak lebih salah. Menaburkan kata-kata nista. Sehingga mengaibkan suaminya depan adik-beradik suaminya sendiri. Apalah gunanya menang sokongan adik-beradik suaminya kalau tak menang hati suaminya. -Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suaminya-

Suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab seringkali dijadikan mangsa dan alasan untuk isteri mencari lelaki lain. Ini kerana suami jenis ini sangat sayangkan anak-anak, ambil berat tentang anak-anak, makan minum dan pakai anak-anak. Tapi tak bermakna dia abaikan isterinya. Apa yang terjadi, kesempatan ni digunakan isteri berkenal-kenalan dengan lelaki lain yang juga suami orang. Apalah gunanya dapat lelaki yang sedia baik, tapi tak bersyukur. Sekurang-kurangnya suami itu tidak berlaku curang.

9:1 - Wanita selalu turutkan emosi apabila membuat keputusan, merancang, berkata-kata tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Wanita yang baik akan menggunakan emosi sewajarnya dengan melatih diri bersabar, menangis bila perlu, mencari Dia di kala susah senang, berfikir tentang baik buruk perbuatannya ke atas dirinya, suaminya, keluarganya.

1:9 - Lelaki selalu turutkan akal untuk 1 benda, nafsu. Menggunakan segala kemewahan, menjerat wanita dengan kata-kata indah, menjanjikan kehidupan terbaik semuanya kerana mahu dilayani nafsu. Apakah masih ada wanita yang 'buta' di luar sana? Sebaliknya lelaki yang baik akan menggunakan akal mereka sewaras mungkin. Memikirkan sedalam-dalam mungkin masa depannya dan keluarganya. Merancang sesuatu dengan teratur dan teliti. Mencari Dia bila berada dalam ujian desakan nafsu yang meronta-ronta dek perbuatan wanita. Menahan pandangan yang sia-sia. Dan berusaha menjadi lelaki yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, dan keluarga.

Mustahil semua orang sempurna. Tapi tak mustahil untuk menjadi seorang yang sempurna. Belajar menerima keadaan diri juga merupakan satu pembelajaran bukan satu kekurangan.

Ingatlah satu perkara, Allah itu Maha Adil. Belum tentu sifat marah yang kita ada, ada juga pada orang lain. Belum tentu sifat sabar yang kita ada, ada juga pada orang lain. Kalau marah lawannya marah, di mana kesudahannya? Kalau sabar lawannya sabar, di mana kesudahannya? Kalau marah lawan sabar, bagaimana? Bukankah itu satu perkara yang dikatakan pelengkap? Kebanyakan kita tak menghargai harga dan nilai semua itu. Lebih baik anggap apa yang ada pada kita ini satu kelebihan daripada satu kekurangan. Pandai-pandailah kita membahagikan semua itu mengikut keperluan situasi dan masa. Bukan membabi-buta dan sembrono.
- Jangan jadi terlalu mengikut tanpa mempersoal; jangan pula jadi terlalu mendominasi dan bersikap diktator; Islam anjurkan keseimbangan -

Ingin aku suarakan hasrat kepada mereka, berbaiklah. Takutlah dengan azab Allah. Di bulan mulia ini, hiasilah hari-hari dengan kemesraan dan kebahagiaan nikmat kurniaan Allah yang tak terhingga ini. Janganlah apabila semuanya ditarik, baru tersedar akan semua silap padahal ketika itu memang sudah betul-betul terlambat. Tuhan kurniakan akal, gunalah sebaiknya. Maka apa lagi yang tinggal untuk hari itu..kalau bukan penyesalan berpanjangan.

- Satukanlah mereka -

~ Hidup ini ibarat melalui hutan yang tebal untuk sampai ke tamannya ~

Thursday, August 26, 2010

Salient..~


As I stay stronger than before, I've tried..
But why they keep me down, always..?

As I stay firmer than before, I've tried..
But why they keep me frust, always..?

As I stay to be the leader, I've tried..
But why they chose to be subordinates solely, always..?

As I stay to be the subordinate, I've tried..
But why they chose me to be their leader, all the time..?

As I stay to facilitate, I've tried..
But why I was the one to act, always..?

As I stay to ease, I've tried..
But why they're becoming lazier and took advantage on me, always..?

As I stay to be the one to make a decision, I've tried..
But why they're just follow without questioning, always..?

As I stay to prepare and asked them to prepare, I've tried..
But why in the end I'm the only one to prepare those, always..?

Please...
Don't do this to me..
As a stranger, I don't ask more than just an acknowledgement..
As a friend, I don't ask more than just a friendship..
As a good friend, I don't ask more than just a trust..
As a subordinate, I don't ask more than just a team..
As a leader, I don't ask more than just a promising teamwork..
As a girl, I don't ask more than just being understanding..
As a woman, I don't ask more than just a respect..
As a person, I don't ask more than just a time and chance..
As a servant of Him, I don't ask more than just being humble and moderate..

Please...
Don't do this to me..
I'm not an angel..
I do sometimes angry, moody, frust etc..
I just need some space, some time, some thing,
someone to calm me..

Please...
I admit that I'm far too 'sick' right now..
Emotional distress..What else you guys wanna know?
Incongruency in achieving my goals..What else you guys wanna know?
Health problem..What else you guys wanna know?
I'm sick...
Please stop these sicknesses...

But you guys didn't listen to me..
You guys failed to read my face expression..
You guys failed to listen to my voice..
You guys failed to see my weak body..
You guys failed to get into me..
I never knew that there are lots of people who have no empathy at all..
It's kinda weird things..
To see you guys smiling with no feeling of guilty..
To see you guys joking with no feeling of experiencing..
To see you guys saying with no feeling of acting..
To see you guys relaxing while we've lots to do..
To see you guys ignoring instead of helping..
To see you guys taking things easy without being serious..
To see you guys wasting time rather than thinking for a solution..

Why?

At this moment, I realized that I'm not a perfect person to judge..
You guys can do whatever you want..
But I will always keep believing that Allah is with me..

"Anger makes you smaller, while forgiveness forces you to grow beyond what you were." -- Cherie Carter-Scott, "If Love Is a Game, These Are the Rules"

~ "Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat mengawal kemarahannya." [Hadis Rasulullah s.a.w]. Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w dan berkata, "Berilah wasiat kepada aku". Sahut Nabi s.a.w: "Janganlah engkau marah". Kemudian ia mengulangi pertanyaan itu beberapa kali. Sabda baginda: "Janganlah engkau marah". [Riwayat al-Bukhari]. "...Dan hendaklah mereka memaafkan dan meredakan. Tidakkah kamu suka sekiranya Allah mengampuni dosa kamu, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Penyayang." (An-Nur: 22)

"...Say: "All things are from God."...Whatever good (O man!) happens to you, is from God; but whatever evil happens to you, is from your (own) soul,..." (An-Nisa': 78-79)

"If they believe and lead a righteous life, the reward from God is far better, if they only knew." (Al-Baqarah: 103)

"And whosoever fears Allah [and keeps his duty to Him], He will make a way out for him [from every difficulty]. And He will provide him from [sources] he never could imagine..." (At-Talaq: 2-3). ~ The wise man seeks to benefit from wise opinions; he never despairs or gives up thinking and trying. ~

p/s: Please change..If you guys choose to be like this till the end, you're not gonna survive in the real world next..

Monday, August 16, 2010

Dear Diary..~



Dear Diary,

Today we've learnt new lesson..

Perubahan perlukan keikhlasan dan pengorbanan..Perubahan ke arah kebaikan ibarat meyusuri jalan yang sempit, panjang perjalanannya, penuh duri serta liku-liku tapi pengakhirannya kejayaan..Perubahan ke arah kejahatan ibarat melalui jalan yang luas, pendek perjalanannnya, penuh dengan kesenangan yang bersepah tapi pengakhirannya kekufuran..
-- Monday, 16 August 2010/ 19:35


~ yok jalan sepak batu~

Tuesday, August 10, 2010

Could it be..? ~


Could it be white + yellow?
Could it be smile along the way?
Could it be both sit at the front?
Could it be people like these? Or whispering with unsatisfaction?
Could it be happiness waiting?
Could it be a big celebration?

Me...
Could it be Yes?

You..
Could it be Yes? I think so..

Somehow..
Only one I think I don't know..
Could it be us..?
Could it be?

~ nervous ~

Friday, August 6, 2010

Funny + Make sense..~ :)

*******

1) Watermelon
My uncle, known as Wak Din, is someone who love to think and test anybody on creativity..He's 4-5 years older than my dad, I guess..He's full with jokes..But none of them is 'zero'..Just like this "Watermelon" thing.. :)

Wak Din: Ni tau tak macam mana tai-chi tu punya step? Dia ada rahsia tu..Bila dah tau rahsia tu, alaaah..rupa2nya kacang (senang) je..-petik jari-

Abah: Hah! Apa dia rahsianya tu, bang Din? Kami nak tau jugak ni..-tersengih-

Wak Din: Tembikai!-serius-

((semua orang tercengang))

Betul! Tak percaya? Ha..cuba tengok ni baik2..-berdiri, ready nak buat demo-

Mula2 dapatkan kedudukan selesa untuk stabilkan badan, bukak kaki sikit..Lepas buat sikit latihan nafas, mulakan angkat dua2 tangan ke atas..Perlahan2 bayangkan tembikai yang bulat n besar..-sambil gerakkan tangan buat isyarat bulat n besar, dari atas sampai bawah-

Lepas tu, bayangkan kita belah buah tembikai tu kepada dua bahagian..-angkat tangan ke atas semula sambil buat isyarat 'membelah'-

Dah belah, tak tahu nak buat apa lagi, tak apalah, kita sedekahkanlah dua bahagian tadi kat orang ya..Satu sebelah kanan, satu sebelah kiri..-sambil buat isyarat 'memberi' ke sebelah kanan dulu, dan kemudian ke kiri- [kalau tengok2 balik, senang cakap, isyarat 'memberi' tu serupa macam kita bau baju yang kotor n busuk, n terus campak ke tepi]

((Serentak gempak satu rumah, pakat gelak ramai2 dek rahsia Wak Din))

Abah: Lepas tu?

Wak Din: Itu dululah buat masa ni..Hafalkan n praktis dulu..Nanti baru boleh kongsi rahsia lain pulak..-tersengih- [escapism applied]

:P

*******

2) Dengue (Denggi)
Kes denggi semakin meningkat..Hampir seluruh rakyat Malaysia mati kerana wabak2 berbanding kes2 lain..Dengan itu, kita seharusnya mengambil tindakan segera melawan nyamuk Aedes..

Abah: Buang air untuk menghalang pembiakan nyamuk Aedes n kurangkan kes denggi..-enthusiast-

p/s: It's true and makes sense, right? Somehow the use of the words 'buang air' carried another meaning...-emm- :P

*******

3) TV

Abah: Awak ni, kak Na, asyik tengok TV je..Bila nak belajar? Asyik tengok kartun je..-start to nagging-

Kak Na: Ye, jap2..

Abah: Abah dulu, tak ada pun tengok benda2 macam ni..Sbb zaman abah dulu mana ada benda2 tak berfaedah gini (referring to the cartoon)..-serius-

((tergelak kecik kak Na, me too))

p/s: Sometimes serious things can be funny..


Jokes should be something we can benefit, learn, share, and enjoy etc..In fact, jokes can make people close to each other..Perhaps the natural ones which burst out spontaneously would be effective in a way..To me, not all in our life are serious all the time, not all are funny at all times..We can enjoy both depends on what it should be.. :) So far, life is great!

~ Make you smile ~


Comments by ZingerBug.com

Monday, August 2, 2010

Dedication..~



~ Thanks to dearie lovely sister..Muchas gracias hérmana..Tu én corazon.. ~

Sunday, August 1, 2010

Pelajari ilmu kekeluargaan..~ (1)

Pendidikan Awal Ibu: Kebaikan Susu Badan

Diskusi: "Nanti bila dah ada cahaya mata, susukan dengan susu badan ya..Elakkan guna susu formula..Jangan beri bayi atau anak yang sedang membesar puting tiruan sekalipun.."

Persoalan: Kenapa ya?

Antara kebaikan susu badan kepada bayi ialah susu ibu mudah dihadam oleh bayi..Bayi yang menyusu badan menggerakkan 44 otot rahang berbanding hanya 4 untuk penyusuan botol..Boleh membantu pertumbuhan bentuk gigi yang cantik dan cepat bercakap..Susu ibu ada vitamin dan antibodi..Bayi menyusu badan kurang dapat penyakit..Bayi akan lebih tenang..


Persoalan: Menyusu badan sampai umur anak berapa bulan atau tahun?

Sampai anak tak mahu atau berhenti dengan sendirinya..


Diskusi: "Faedahnya bukan untuk anak je, untuk ibu pun ada.."

Persoalan: Betul ke? Boleh tahu apa kebaikan untuk ibu?

Ok, antaranya..

1) Sebanyak 500 kalori dibakar untuk sesi menyusu selama 20-30 minit..

2) Masa menyusu, sejenis hormon dirembes (oksitosin) dan hormon ni membantu mengecutkan rahim dengan cepat..

3) Hormon ni jugak menyebabkan ibu-ibu merasa bahagia dan secara semulajadi wajah ibu-ibu ni kelihatan ceria dan tenang..

4) Menyusu badan mengurangkan risiko kanser rahim dan payu dara..

5) Ikatan kasih sayang menjadi lebih kuat..

Pérdona me..~



~ Te kiéro mucho dé mas péro...si és a puro dolor... ~