Pendidikan Awal Ibu: Kebaikan Susu Badan
Diskusi: "Nanti bila dah ada cahaya mata, susukan dengan susu badan ya..Elakkan guna susu formula..Jangan beri bayi atau anak yang sedang membesar puting tiruan sekalipun.."
Persoalan: Kenapa ya?
Antara kebaikan susu badan kepada bayi ialah susu ibu mudah dihadam oleh bayi..Bayi yang menyusu badan menggerakkan 44 otot rahang berbanding hanya 4 untuk penyusuan botol..Boleh membantu pertumbuhan bentuk gigi yang cantik dan cepat bercakap..Susu ibu ada vitamin dan antibodi..Bayi menyusu badan kurang dapat penyakit..Bayi akan lebih tenang..
Persoalan: Menyusu badan sampai umur anak berapa bulan atau tahun?
Sampai anak tak mahu atau berhenti dengan sendirinya..
Diskusi: "Faedahnya bukan untuk anak je, untuk ibu pun ada.."
Persoalan: Betul ke? Boleh tahu apa kebaikan untuk ibu?
Ok, antaranya..
1) Sebanyak 500 kalori dibakar untuk sesi menyusu selama 20-30 minit..
2) Masa menyusu, sejenis hormon dirembes (oksitosin) dan hormon ni membantu mengecutkan rahim dengan cepat..
3) Hormon ni jugak menyebabkan ibu-ibu merasa bahagia dan secara semulajadi wajah ibu-ibu ni kelihatan ceria dan tenang..
4) Menyusu badan mengurangkan risiko kanser rahim dan payu dara..
5) Ikatan kasih sayang menjadi lebih kuat..
No comments:
Post a Comment