Thursday, April 14, 2011

Kerana sayang, tak cium bau syurga..~ (1)

Izinkan saya memulakan tulisan dengan petikan ayat Quran, Surah Al-Imran: 14...

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالۡبَنِينَ وَالۡقَنَاطِيرِ الۡمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالۡفِضَّةِ وَالۡخَيۡلِ الۡمُسَوَّمَةِ وَالأَنۡعَامِ وَالۡحَرۡثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الۡحَيَاةِ الدُّنۡيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسۡنُ الۡمَآبِ (14)

"Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat (keinginan nafsu), seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas perak, kuda yang baik,
binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikianlah
kesukaan hidup dunia, dan di sisi Allah tempat kembali
yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."

Apa makna 'sayang'? Kalau menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Melayu - Inggeris), 'sayang' bererti 'compassion', 'affection', dan 'attach'.

Perhatikan tajuk, perhatikan maksud ayat di atas, dan perhatikan maksud Kamus DBP tentang perkataan 'sayang' ini. Punya maksud yang sama, bukan? Ya, memang tak salah 'sayang' kepada perkara-perkara yang kita sayang, orang yang kita sayang, haiwan yang kita sayang, cumanya kenapa pula "Kerana sayang, tak cium bau syurga.."?

Cuba perhatikan kebanyakan manusia sekarang. Ya, saya sendiri saksikan banyak jenis 'sayang'. Saya punya mata, saya lihatlah. Cumanya 'sayang' yang saya nampak kebanyakan orang tunjukkan bukanlah sayang yang menuju redha Allah. Itu belum termasuk panggilan seperti 'sayang', 'darling', 'hubby' (bi), dan sebagainya. Saya dengan kawan-kawan perempuan, akui ada gunakan panggilan 'darling', 'babe', 'dear', dan 'honey' tetapi anda pun tahu saya tak rasa bersalah apa-apa sebab kami sesama perempuan!

Bila difikir-fikir dan ditelaah, rupa-rupanya dalam Qur'an dah sebut pun kenapa manusia punya rasa 'sayang' begitu. Hiasan dunia yang sememangnya menguji iman kita sebagai manusia yang mempunyai fitrah pelupa, rasa ingin tahu yang tinggi, mudah terpengaruh dan mudah alpa.

Ada apa dengan "Kerana sayang, tak cium bau syurga.."? Ikuti kisah-kisah berikut yang benar-benar berlaku sepanjang 25 tahun saya selusuri hidup ini...((Saya tak pandai nak letak nama macam-macam, ada baiknya guna A, B, C saja lah ya))

*******

Kisah 1
A (lelaki) dan B (perempuan) - sepasang kekasih. 2 tahun menjalin hubungan tanpa pengetahuan orang tua masing-masing sedangkan kedua-dua keluarga, hubungan sangat rapat! Pada kali pertama A mengaku mempunyai teman istimewa kepada ibunya, si ibu agak terkejut kerana faktor umur yang terlalu jauh - A muda 4 tahun dari B. Tapi, bila melihatkan A tersangat-sangat sayang pada B, si ibu restu. Tak lama kemudian, A suarakan hasrat nak berkahwin dengan B. Si ibu terkejut lagi. Kali ini, si ibu sedaya upaya pujuk A supaya fikirkan masa depan, tumpukan perhatian pada pelajaran dahulu memandangkan umur A baru 19 tahun, B sudah 23 tahun! Perkara yang sama berlaku di pihak B. Malangnya, keluarga B menentang habis-habisan hubungan mereka kerana mereka telah mencarikan calon untuk B. Terjadilah hubungan kedua-dua keluarga renggang dek hubungan anak-anak mereka. Dingin.

Dipendekkan cerita, B menghantar SMS kepada ibu A, menyatakan sayangnya pada A. Si ibu berhati lembut, baginya bahagia anak lelakinya lebih penting dari hatinya. Redha saja yang mampu si ibu buat. Balasan SMS kepada B, si ibu hanya meminta B tumpukan perkara-perkara yang lebih penting, memohon supaya diberikan kelonggaran kepada anak lelakinya tumpukan perhatian pada pelajaran dahulu. B janji akan turuti permintaan ibu A.

Tanpa pengtahuan si ibu, B forward SMS balasan ibu A yang diterimanya kepada A. Bermula dari situ, A sangat bencikan ibunya. Apa saja yang si ibu minta tolong A buatkan, bukan saja tak diendahkan, malah diherdik si ibu, marahnya sampaikan barang-barang di atas meja ditepis jatuh. Tak dilayan langsung ibunya selama dia di rumah. A memerap di bilik, turun hanya untuk makan minum pagi, tengahari, petang, malam. Bercakap langsung tak, bertanya hal ibu jauh sekali. Entah apa kandungan mesej itu ya?

"Aku benci ibu, kak". "Sanggup ibu buat macam ni kat B". "Hari tu ibu jugak yang kata dia restu hubungan kitorang, tapi kenapa tiba-tiba dia mesej macam tu kat B?". Si kakak dah mula 'panas', mendidih dengar kenyataan adik yang paling disayangi dalam keluarga. Ditatang, disayang dari kecil, begini sekali tanggapan A terhadap ibu, benci ibu sendiri kerana seorang perempuan yang dipuja.

A salah faham, diingatnya si ibu yang memulakan mesej B, padahal B yang memulakan dahulu hantar mesej pada si ibu. Disebabkan diasak untuk tunjukkan kandungan mesej, si ibu menujukkan pada si kakak. Allah....kasihan......lembut sungguh hati si ibu...Dalam mesej itu, si ibu hanya merayu minta B supaya fokus pada pelajaran dahulu, kurangkan aktiviti berSMS dengan A supaya A pun boleh fokus belajar juga, itu saja.

Putus. Ya, hubungan mereka putus sebaik saja si kakak slow talk dengan B. Marah mungkin, kerana telah buat hubungan dua beranak berantakan. Hati si kakak pantas mengatakan B tak boleh dibuat menantu! Si ibu menderita terlalu banyak kerana perbuatannya. Hampir setiap malam beremdam air mata. Kerap masuk keluar klinik kerana darah tinggi dan stress. Tapi tak pernah dia menyumpah seranah A, malah dipujuk, disayang. A menyebelahi B, tetap salahkan ibunya. 1 minggu mengurung diri, tak makan, tak minum, kecewa teramat kerana hubungan terputus. Sepanjang ketiadaan ayah kerana bekerja, adik-beradik yang lainlah yang akan pertahankan si ibu andai A mengamuk.


"Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya telah tua atau
kedua-duanya, janganlah kamu katakan "cis" kepada keduanya dan
jangan kamu herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya
perkataan yang mulia (lemah lembut)."
[Al-Isra': 23]

Hidayah sampai jua. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Doa si ibu didengari, A tak putus-putus minta maaf kepada ibunya. B dah pun terima seseorang sebaik putus hubungan dengan A dan sudah pun mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. Hati si ibu lembut, hadir ke majlis akad nikah B kerana dianggapnya B bagai puteri sendiri, tetapi A tak ingin ke sana lagi.

p/s: Alhamdulillah, A dah sedar. Sekarang, setiap kali A mahu ke mana-mana, dia pasti salam cium tangan ibunya, dipeluk, dicium, tak henti-henti minta maaf....walaupun dah bertahun sudah.

*******

Andai A masih turutkan rasa 'sayang'nya, bencikan ibunya sendiri gara-gara satu SMS, terus-terusan berada dalam keadaan salah faham itu, tentu takkan ada peluang lagi untuknya mencium bau syurga....

~ allahualam ~

p/s: Minta dijauhkan dugaan sebegini...na'uzubillah...

Sunday, April 3, 2011

Suara Hati Seorang Ikhwan..~

Suara Hati Seorang Ikhwan untuk Seluruh Wanita Suci di Dunia....


Wanita Suci

Wanita suci..
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena itu kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku..
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun..
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi..
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, karenanya kau tak membutuhkan persamaan..

Wanita suci..
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh, karena akan membuatku mengingatmu..
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu..
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku..
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari..
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur..
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci..

Wanita suci..
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung..
Ada ingin tapi tak ada henti..
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh..
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku karena sucimu kau pertaruhkan..
Mungkin kau tak peduli..
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah..
Dan tak lebih dari wanita biasa..

Wanita suci..
Jangan pernah kau tatapku penuh..
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku..
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku seorang yang masih kotor..
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas..
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari lumpur..
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi..
Karena kau itu hanya manusia - hanya wanita..

Wanita suci..
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu..
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi..
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah..
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah..
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci..

Wanita suci..
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas..
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati..
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini..
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an tangis do'amu..

Wanita suci..
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya..
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah..
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih,
seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya..
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi..
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta,
dalam setiap denyut nadi kita..

Abdul Aziz Ar-Ra'uuf
Farum Silaturrahmi dan diskusi kehidupan dalam pandangan Islam

 p/s: Suara hati seorang akhawat.. "Lelaki suci.."..hurm....Tanya diri, berhakkah mengejar lelaki suci seperti Khadijah mendapatkan Nabi..?? - haih -