Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah/ Awal Muharram 1432H
Kisah T.E.M.B.I.K.A.I (again)
Abah shared a story told by an ustaz from a mosque nearby sempena Maal Hijrah yesterday..
Ada seorang wanita, merupakan seorang isteri, yang juga sedang mengandung anak sulung. Dia terlalu menginginkan (mengidam) buah tembikai. Suatu pagi, dia sempat berpesan pada suaminya supaya beli buah tembikai lepas waktu bekerja. Kerana terlalu mengidam, si isteri tadi mebayangkan suaminya bakal membeli buah tembikai yang kemerah-merahan warnanya, manis rasanya, dan juicy. Tak sabar menunggu kepulangan suami. Kerana permintaan dari isteri, si suami tadi pun beli lah sebiji buah tembikai. Dibawanya pulang. Oleh sebab terlalu letih, ditinggalkan saja buah tembikai itu di dapur dan berehat di ruang tamu.
Si isteri terlalu gembira. Dalam benaknya masih terbayang-bayang buah tembikai yang merah segar, manis, dan berjus. Lalu dibelah buah tembikai itu. Dari riak gembira, serta-merta air mukanya mencuka. Kecewa. Hampa. Dilihat isi tembikai pucat warnanya, tak semerah yang digambarkan. Dirasa, tawar. Kering tak berjus.
Si isteri menerpa ke arah suami yang sedang berehat di ruang tamu. "Abang, kenapa buah tembikai tu tak sedap, tak manis, macam mana abang pilih ni? Kenapa abang tak tengok dulu, tak pilih betul-betul?", si isteri mengeluh dan merungut.
"Awak ni..Kenapalah asyik nak merungut. Awak tahu tak, saya pun mengharapkan saya dah pilih buah yang terbaik. Penjual buah tu pun mengharapkan dia jual buah yang terbaik. Jangan nak kata penjual, orang yang tanam buah tu pun mengharapkan hasil tuaian dia tu terbaik. Kita mana nak tahu kalau-kalau buah tu tak elok. Saya pun tak tahu. Yelah, isinya dalam kulit, kita tak tahu keadaan di dalam kan...", terang si suami.
Moral of the story: Redha...
*******
Menyingkap sejarah di sebalik peristiwa sempena Maal Hijrah/ Awal Muharram, banyak...Semuanya tentang pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w dan kebijaksanaan baginda dalam menguruskan usaha dakwah.
Kebanyakan kita berfikiran, Islam dah pun berkembang, dengan jayanya. Tambahan, banyak badan-badan dakwah sedang giat bergerak dalam usaha dakwah. Tapi kita silap sebenarnya, hati dan mentaliti/ persepsi kita yang perlu di'dakwah'.
Selaras dengan itu, Maal Hijrah bawa erti mengingati peristiwa pengorbanan Nabi. Maksud yang lebih mendalam sikit ialah dengan tanamkan azam baru untuk perubahan diri dari yang baik (sedia ada) ke arah yang lebih baik.
Dari kisah tembikai, kita mungkin tak mampu mengubah ketentuan Allah s.w.t. (takdir), tetapi kita mampu berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik dan hamba yang selalu mengingati serta mensyukuri nikmat kurniaanNya yang sementara dalam hidup kita. Meskipun hasilnya menghampakan di kemudian hari, redhalah...
p/s: :) Salam Maal Hijrah 1432H..
....our mood was interrupted when abang warung shouting 'air suam tarik tanak gula, satu!'....-dey! haish-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment