Merasa kurang?? Apa yang kurang tu?? :) "Saya tak cantik @ hensem, siapa yang nakkan saya ni", "Saya tak baik, mana nak sama dengan orang tu, baik, ustaz @ ustazah pula", mmmm....macam-macam.
Sahabat-sahabatku tersayang....
Pernah lihat otak manusia yang sebenar-benarnya? Otak itu kecil kan..? Tapi fungsi otak tu tak ada hadnya. :) Manakan tidak, cukup untuk semuanya, sebut saja; fikir, emosi @ perasaan, bahasa, tutur, perbuatan, kreativiti, imaginasi, ingat @ hafal, mmm....macam-macam....Tak sangka, kita punya otak yang TERBAIK kan? :)
Pernah dengar, kalau seseorang tu lumpuh, hilang ingatan, tak mampu bertutur dsb nya, mati begitu saja?? Tak boleh buat apa-apa dah?? Habis semua kegembiraan dia, keupayaan dia?? Pernah? Kalau begitu jadinya, memang padanlah ramai yang menyalahkan Tuhan tak adil. Harus diingat, Allah takkan tarik nikmat-nikmatNya dari kita tanpa sebab yang munasabah. Satu masa nanti, pasti akan digantikan dengan yang serupa dan yang lebih baik.
Berbalik soal otak, uniknya otak ciptaan Allah, kerana di dalamnya ada banyak bahagian-bahagian kecil yang berfungsi mengawal pertuturan kita, emosi kita, pemikiran kita, tindak-tanduk kita dsb nya. Neuroplasticity menerangkan salah satu fungsi neuron dalam otak ialah me"mimic" fungsi bahagian otak lainnya yang mengalami masalah. Kalau sebelum ini, seseorang itu mampu bertutur dengan sempurna, tetapi satu kemalangan telah menyebabkan bahagian otak yang mengawal pertuturannya rosak. Menakjubkan bila ada bahagian otak lain yang mampu menggantikan bahagian pertuturan itu walaupun tidak se'efektif' fungsi otak asal. Kesannya seseorang itu mampu berbicara tetapi mungkin tidak selancar dulu.
Sama juga dengan keistimewaan dan kekurangan diri kita. Pernah dengar orang kata, biasanya orang-orang tualah yang lebih kepada menjaga hati kita, muda-mudi dalam berbicara. Contohnya, "Tak semestinya orang cantik @ hensem akan tertarik dengan yang lawa, molek aje", "Tak semestinya yang nampak elok budi pekertinya itu, betul-betul baik, dan tak semestinya yang jahat itu, betul-betul jahat", "Yang berbeza itu lebih baik dari yang banyak persamaan"...mmm...macam-macam. Nasihat saya, ambil peringatan dari kata-kata mereka itu boleh. Tapi jangan sampai ikut betul-betul begitu begini, sekian, sekian, kata orang tua ni betul, kata orang tua ni salah, percaya itu ini.....hmm..Ok??
Dalam hidup, ada bermacam perkara di sekeliling kita yang boleh menggantikan sesuatu yang kita tak ada. Hikmah Allah ciptakan manusia itu tinggi, rendah, cantik, kurang cantik, pandai, kurang pandai, etc supaya kita bebas memilih mana yang kita suka dan selesa. Bukankah Dia Maha Adil..Cuba kalau semuanya sama, tentu bosan. Otak, kalau fungsinya terhad, tidaklah dalam Qur'an mengagungkan 'aql yang mana keupayaannya jauh mengatasi nafsu dan pancaindera. Samalah juga keadaan sekeliling, kalau semuanya sama, di mana coraknya dan warnanya hidup. Tentu tiada tawa, tiada nangis. -bersyukur-
Pasti semua orang ada prinsip masing-masing. Ikutlah rentak prinsip yang ada. Mana-mana yang kita suka dan senang. Yang memudahkan kita. Tapi mestilah berpandukan syariat. Maknanya, ikut perintah Allah dan tinggalkan larangan-laranganNya.
Izinkan saya berkongsi sedikit tentang pengisian yang saya dapat secara tak sengaja ketika di masjid Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak ((tempat adik saya belajar))....
((Antara dengar dengan tidak, maafkan sekiranya ada tersalah...)) Dimulakan dengan contoh yang berkait rapat soal perkahwinan, mungkin lebih mudah difahami. Antara persoalan yang ditimbulkan, "Pasangan tu dah berkahwin lebih 20 tahun, tapi tak ada anak pun", "Ada orang kahwin, waah, hidup bahagia, harmoni, bersama anak-anak", "Ada orang kahwin, tapi rumahtangga tak bahagia, kemudian cerai. Kahwin lagi lepas tu, cerai jugak. Begitulah kahwin-cerai saja".
Ustaz yang memberi tazkirah pada Maghrib itu berkata semuanya berkaitan dengan salah satu sifat Allah iaitu ta'luk ((tak pasti ejaannya macam mana, tapi sebutnya begitulah..maaf ya..)). Ta'luk ini beerti 'sesuai' yang mana maksudnya secara teknikal beerti Allah menciptakan sesuatu itu sesuai dengan keadaan ciptaanNya. Ia berkait rapat dengan keizinan Allah tentang sesuatu yang bakal dilakukan oleh hamba-hambaNya.
Menjawab persoalan-persoalan di atas tadi, si ustaz mengupas satu-persatu. "Pasangan tu dah berkahwin lebih 20 tahun, tapi tak ada anak pun". Ta'luk Allah menetapkan pasangan ini untuk tidak ada anak kerana banyak kemungkinan. Mungkin apabila dikurniakan anak nanti, mereka tak mampu menjaganya dengan baik, selalu marahkan anak, merasa terbeban dsb nya. Mungkin keadaan kewangan tak mengizinkan. Mungkin juga ini ujian Allah. Jadi Allah lebih tahu apa yang 'sesuai' untuk hamba-hambaNya, apa yang 'terbaik' untuk mereka, yang 'terbaik' untuk kita juga.
Kedua, "Ada orang kahwin, waah, hidup bahagia, harmoni, bersama anak-anak". Ta'luk Allah mengizinkan hal itu berlaku kerana Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya dalam mengendali segala urusan berkaitan rumahtangga dan bersedia hadapi ujian hidup yang lain. Ketiga, "Ada orang kahwin, tapi rumahtangga tak bahagia, kemudian cerai. Kahwin lagi lepas tu, cerai jugak. Begitulah kahwin-cerai saja". Ta'luk Allah menetapkan seseorang itu belum 'sesuai' untuk berkahwin kerana apa...Allah Lebih Tahu. Tetapi diizinkanNya perkahwinan itu terjadi kerana kita sedia maklum arah tujunya baik - menghalalkan hubungan suami isteri dan menghindarkan maksiat. Bila bercerai satu-satu pasangan itu, ianya bukan disebut sebagai 'ta'luk' lagi. Inilah yang dikatakan 'solehin qadim' - satu perkara yang tak diingini terjadi selepas satu perkara baik dikerjakan. Contoh, perkahwinan itu baik, tetapi bercerai pula.
Ustaz tersebut menyebut, semua ini berlaku ada hikmahnya. 2 hikmah utama; sabar dan redha. Ta'luk Allah yang berlaku pada permulaan perbuatan kita @ apa yang bakal kita lakukan, menuntut sabar dan redha. Kalau jodoh itu lambat, sabar....redha.....Kalau dah hampir nak kahwin, tiba-tiba tak jadi, sabar....redha....Kalau dah kahwin, tak ada anak lagi, sabar....redha....Kalau dah kahwin, tiba-tiba cerai, sabar....redha....Kerana dua cara ini saja dapat mendidik diri kita untuk selalu dekat dengan Dia. Itu ertinya kita hamba yang bersyukur dan selalu bersangka baik dengan ujian Dia.
"...tuntutlah rezeki dari sisi Allah dan sembahlah Dia serta berterima kasih kepadaNya..."
[Al-Ankabut: 17]
Soallah diri kita sebanyak mana pun, tanya sampai puas, kerana hakikatnya memang kita perlu berfikir sewaras-warasnya untuk dapat jawapan yang tegas dan buat satu-satu keputusan. Selebihnya mohon petunjuk dari Dia. Daripada kita bertanya "Apakah aku tak cukup baik untuk si polan, si itu, si ini?", ada baiknya kita bertanya "Apa aku dah buat dengan nikmat pemberian Tuhan ni? Sepatutnya dipelihara hati ini....((dan seterusnya))". ((contoh terdekat yang saya dapat fikir buat masa ini, huu~)) Renung-renungkan ayat ini dari Surah Al-Baqarah: 177.... :) -muhasabah- Moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar, insyaAllah.
Kekurangan itu masih ada nilai pada mata yang memandang. Di sebalik kekurangan itu, terselit bukan saja satu, bahkan seribu keistimewaan. Ada kekurangan yang dituntut untuk diperbaiki semuanya, ada yang perlu diperbaiki tetapi tak semuanya, ada yang tak perlu diperbaiki. Selidiklah semuanya... :) Be positive! -yup-
-periksa handphone-
Hmm...Dari dulu sampai sekarang, dalam banyak-banyak mesej berbentuk motivasi, kata-kata sahabat saya seorang ini penuh hikmah. Seorang yang berjaya, ya...sangat berjaya. Tak dinafikan orang sepertinya melalui perkara sama yang dilalui oleh orang lain, cuma yang berbeza, usaha dan keinginan @ impian. Dengan melihat kejayaan demi kejayaan yang diperolehinya, fahamlah saya betapa banyak pahit yang ditelan untuk sampai ke tahap sekarang. Cemburu?? Ya, sebab dia mampu jalani ujian-ujian hidup Allah beri padanya, sering tersenyum. Lali barangkali, itulah asam garam hidup. Secara tak langsung, hubungan dengan Ilahi menjadi bertambah dekat. Satu perkongsian dan pengajaran yang bermakna dari orang yang berpengalaman.
"Mlangkah itu mudah,nmun mcari arah itu yg tkadang payah..mcari jalan itu mudah,nmun mmahami destinasi itu yg susah..myusuri susur itu mudah,nmun mnuju noktah itu pasti mdatangkn lelah…dlm semua ini,mjaga istiqamah adlh susah,mnjg hti ckp payah & lelah,nmun DIA amat fhm bg hambaNYA,DIA tak minta manusia mjadi yg tbaik,hanya perlu utk mlakukn yg tbaik dlm mletakn sandarn & kyakinn pnuh kpdNYA..lantas DIA akan mguruskn yg slebihnya agar yg tbaik itu mjadi milik manusia..MOGA YG TERBAIK ITU MJADI MILIK KITA JUGA…sm0ga apa y perit pd hr nie..ada kmnsn dkmdian hr,insyaAllah :)"
- .... (15 July 2011/ 01:18)
Terima kasih...Takkan disia-siakan...InsyaAllah..Sama-sama doakan yang terbaik, mudah-mudahan..
Kesimpulan:
1) Konsep 'Otak' - Hidup seperti puzzle. Kena cantumkan bahagian-bahagian kecil sehingga lengkap gambarannya. Betul cantumannya, cantiklah gambar itu. Salah cantumannya, cacatlah ia.
2) Ta'luk Allah - 'Sesuai' Allah bukanlah bermaksud kita hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa. Contoh yang diberi di atas tadi berkisar perkahwinan. Tapi dalam konteks lain juga boleh diguna pakai. Contohnya, ada orang lemah dalam akademik, tapi dia mempunyai bakat dalam bidang penulisan, nyanyian, etc dan mampu berjaya seiring dengan orang lain.
p/s: Sila rujuk SOLUSI isu 33, "Jangan Jika Belum Waktunya" tulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Banyak konteks yang dikupas secara ringkas yang berkaitan dengan 'sesuai' @ ta'luk Allah. :)
3) Benar kata sahabat, semoga yang perit sekarang ini akan disudahi dengan kemanisan di kemudian hari. -ameen- Hanya lakukan yang terbaik dan yakin dengan bantuan serta petunjukNya..-hayati lirik lagu D'Masiv - Jangan Meyerah-
Keseluruhannya, sabar.....Masih belum terlambat untuk belajar mengimbangi hidup.. :) Yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t....
~ allahualam ~
p/s: Selamat menyambut Ramadhan kareem dan Selamat Berpuasa... :)
No comments:
Post a Comment