Tuesday, November 29, 2011

Ketahuilah...~


Semua pasti ingat detik bermula satu-satu kenangan
Bila, di mana, atas urusan apa
Manis kan?
Lagi manis bila kekalnya hubungan itu
Sampai satu tahap
Kau yang utama
Kau yang dipuja
Kau yang dibangga
Kau yang istimewa

Ya, bangga
Bertemankan kau dan dia
Tiap mata melirik
Tatkala melepasi khalayak
Ada juga satu rasa tak terkata
Bukan aku yang berkehendak
Tapi kau yang meminta
"Temankan aku..."
"Tolong aku..."
Itu yang selalu kau mahu
Tak pernah pula aku menolak

Hari ini dunia jadi saksi
Sekali terdetik satu ragu dalam hati kamu
Ketahuilah
Aku menjauh
Bukan kerana kesilapan itu
Tapi kerana
Kau tidak pernah kenal aku
Ya, kita mungkin pernah rasa
Erti manis satu persahabatan
yang sangat diagungkan dulu
Tapi....
Ketahuilah
Aku bukan lagi sahabatmu

Izinkan aku menjauh
Kau mungkin merasa terkilan
Tapi ketahuilah....
Sakit di hati masih belum terubat
Aku belum redha sepenuhnya

Izinkan aku menjauh
Mencari ruang di hati lain
Ketahuilah....
Aku percaya ini hikmah
Aku bahagia dengan mereka

Izinkan aku menjauh
Tak sanggup menanggung beban
Tak mampu bermuka biasa
Ketahuilah....
Tuduhan kalian amat pedih
Tak pernah aku rasa sepedih ini
Terima kasih, syukur pada Ilahi
Ujian mematangkan diri
Allah terus memberi
Memberi manis yang tak berganti
Pahit? Tak berbaki

Terima kasih, syukur dengan yang terjadi
Aku lebih berhati-hati
Mencari yang sudi
Percaya pada diri ini
Jujur pada diri ini
Setia pada diri ini

Biar tiada jumpa
Biar tiada berita
Benar sahabat kata,
"As long as the friendship lives in the heart, it remains forever"..
Ketahuilah...
Demi kebaikan diri
Izinkan aku undur diri

Pesan buat kalian
Jangan lagi cari cebisan-cebisan
Kenangan-kenangan
Kesenangan, perhatian
Yang pernah aku berikan
Jangan pernah kalian suarakan
"Di mana teman yang pernah ku kenal dulu?"
Ketahuilah....
Aku bukan sahabat kalian
Pesan buat kalian
Jangan diingat yang indah-indah itu lagi
Kerana ketahuilah....
Dalam kamus hidup ini
Semuanya sudah suram,
hampir luput, tinggal kelam
Pudar dalam ingatan

Ketahuilah....
Aku insan biasa
Punya hati dan perasaan
Tak mengharap balasan apa
Cuma di mana aku dalam hati kalian?
Siapa aku di mata kalian?
Maaf dipinta andai mengusik jiwa
Sekadar renungan bersama
Aku belajar dari mereka
Yang dekat pasti tersisih
Yang rapat pasti terpisah
Lillahi Ta'ala
Ukhuwah baru terbina
Lebih bermakna
Lebih sempurna

Jangan dekati aku kerana aku
Tapi dekatilah aku keranaNya
Dengan itu ketahuilah....
Hati mampu merasa
Satu kehadiran pemberian dariNya
Berbeza dengan yang biasa

Ketahuilah....
Aku bersyukur dengan hidup
Penuh nikmat
Terang bersuluh
Dibimbing gagah dan tabah
Sabar dan penuh hikmah



Pergilah kalian dari hidup ini
Aku minta diberi ruang
Menyembuh hati
Jangan pernah kembali lagi
Atau aku melukai...

Maaf.....

3 comments:

  1. Bak kata pepatah "Berkawan biar beribu, bercinta biar satu"... Kawan yg baek mmg susah nk di cari.. Dalam hidup hidup, kebanykannya, kita hanya dapat berkenalan, slps masa berlalu, sahabat pun pg entah ke mana..

    Mencari shbt yg boleh mnghargai kita mmg jelas payah.. Lagi2 shbt yg memusuhi kita.. Sabar ye.. Allah knows BEST!

    Setiap insan mmpunyai kekurangan.. tetapi suria akn mencuba untuk menjadi sahabat yg baek untuk kalian semua..

    Semoga sahabat hingga ke Syurga.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Saya ada seorang kawan..yg saya selalu takecare pasal dia. Tapi suatu hari saya amat terasa hati bila dia sanggup 'tinggal' saya untuk pergi bersama BF dia..sedangkan saya selalu ada dengan dia, saya abaikan semua sms bila dia memerlukan saya...emm..redha jela.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabarlah ya, Damiana..Tapi andai kata, bila satu hari nanti kawan baik Damiana mahu berbaik dan minta maaf, terima lah dia..Mungkin Damiana masih sedih, perlukan masa untuk be strong, explain kat dia yang Damiana perlukan sikit ruang untuk terima dia semula....

      Saya faham...Kalau perlu berkongsi bersama di ruang blog ni, boleh juga.. :) Terima Kasih sudi singgah dan Terima Kasih percayakan saya untuk luahkan semua yang Damiana rasa..Alhamdulillah...

      Delete