Friday, February 18, 2011

Doa buat Jodoh..~


Awak..
Awak apa khabar? Awak sihat?
Awak di mana tu?
Awak tengah buat apa?
Awak sibuk ya?
Tak apalah, saya harap awak baik-baik saja..

Awak..
Awak rajin solat tak? Baca Qur’an?
Atau awak pernah tertinggal?
Atau awak sedang membaiki solat awak keseluruhannya?
Dan membaiki bacaan-bacaan dalam Qur’an?
Saya bukan manusia sempurna..
Tapi ada baiknya membaiki dari membiarkan..
Tak apa, kita belajar ya..

Awak..
Siapa yang paling awak sayang?
Mak? Ayah? Abang? Kakak? Adik? Semua?
Kalau ya, macam mana awak tunjuk sayang awak?
Kalau tak, kenapa?
Mereka sayang awak tak?
Kalau ya, macam mana mereka tunjuk mereka sayang awak?
Kalau tak, kenapa?
Rahsia ya? Ok..
Tak apalah, apa-apapun saya harap awak penyayang dan penyabar orangnya..

Awak..
Awak baik tak?
Awak hisap rokok tak?
Awak selalu bersenam tak?
Awak jaga makan tak?
Awak rajin tak?
Awak pembersih tak?
Awak, walaupun awak lelaki, awak kena pandai urus diri..
Awak takkan ‘bunuh diri’ sendiri dengan merokok..
Kalau awak gemuk, tapi sihat, itu mungkin lebih baik..
Kalau awak rajin, bolehlah bantu-bantu saya nanti..
Tak apa, belajar sikit-sikit lama-lama akan biasa..

Awak..
Awak tinggal kat mana sekarang?
Umur awak berapa sekarang?
Kita tak pernah kenal satu sama lain kan, awak?
Kita tak pernah bercakap satu sama lain..
Kita tak pernah bertemu..
Tak apalah, mungkin belum rezeki lagi..

Awak..
Macam mana agaknya awak ya?
Kacak ke, tinggi ke, kurus ke, kuat ke?
Atau sebaliknya?
Saya tak cantik, tak tinggi, tak menarik..
Sudi ke awak terima saya nanti?
Tak apalah, saya harap saya dapat menang hati awak perlahan-lahan..

Awak..
Saya tengok ramai kawan-kawan kita dah berteman..
Awak dah ada teman?
Awak rasa sunyi tak?
Atau awak masih belum berfikir tentang tu?
Tak apalah, awak dulukan mana yang penting ya..

Awak..
Awak nak tahu..
Saya rindu awak..
Bila awak nak datang?
Nanti kalau awak dah nak sampai, beritahu saya ya..
Jangan buat kejutan tau..
Sebab saya nak kena siap-siap untuk sambut awak..
Awak ambillah masa, tak apa, saya boleh tunggu..

Awak..
Awak ada buat istikharah?
Awak ada dapat petunjuk siapa jodoh awak?
Saya ada buat tapi seringkali tersilap jawapannya..
Mungkin niat saya kurang tepat dan doa saya ditangguh dulu..
Tapi, tak apalah, saya akan terus buat sampai saya nampak awak..

Awak..
Pernah tak awak terfikir kalau kita tak sempat berjumpa nanti?
Macam mana kalau awak pergi dulu?
Macam mana kalau saya pergi dulu?
Kita akan jumpa tak di syurga nanti?
Apa-apapun, saya takkan putus berharap kita sempat bersama di syurga dunia..

Awak..
Pernah tak awak dijaga selain mak ayah awak?
Pernah tak awak menjaga orang selain mak ayah awak?
Kalau awak nak tahu, saya nak sangat jaga awak..
Dan saya nak sangat awak jaga saya..
Tak susah, cukup awak dapat didik saya jadi teman yang solehah..

Awak..
Awak nak kahwin sebab apa? Bila?
Sebab ibadah, tanggungjawab, nak teman hidup?
Atau sebab suka, mahukan anak, dan sekadar berhibur?
Yang mana satu prioriti awak?
Walaupun perancangan saya masih jauh..
Saya cuma nak awak nak tahu, saya perlukan awak..
Yang boleh bersama saya hadapi saat susah senang..
Supaya perkahwinan nanti menghadiahkan saya seorang teman..
InsyaAllah, moga-moga sampai ke akhir hayat, awak..

Awak..
Saya tak pernah kenal awak..
Saya tak pernah jumpa awak..
Saya tak pernah dengar suara awak..
Saya tak pernah bergurau dengan awak..
Tapi saya tahu awak tentu ada di sana..

Sebab tu, saya selalu berdoa..

Ya Allah… Kami hamba pelupa, ingatkanlah kami kembali kepadaMu..

Ya Allah… Temukanlah kami..
Ya Allah… Ikatkanlah hati kami..
Ya Allah… Berilah ketenangan dalam hati kami..
Ya Allah… Hindarilah kami dari fitnah dunia..
Ya Allah… Jadikanlah kami hambaMu yang soleh solehah..
Ya Allah… Satukanlah hati kami..
Ya Allah… Tingkatkanlah kesyukuran, kesabaran, keredaan kami dengan pemberianMu..

Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah...

Ya Allah… Lindungilah jodohku dari bencana..

Ya Allah… Ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosanya..
Ya Allah… Peliharalah jodohku hingga sampai waktu..
Ya Allah… Permudahkanlah urusannya..
Ya Allah… Jauhkanlah hati dan diri kami dari hasad dan takbur..

Ya Allah… Redhailah perjalanannya..

Kurniakanlah petunjuk hidayah kepadanya..
Sayangilah dia sepertimana dia menyayangiMu..

Sungguh, aku amat merinduinya…..

Ini saja yang mampu aku lakukan..

Awak..
Jaga diri baik-baik..
Saya rindu awak, esok-esok mungkin sayang awak..
Walaupun saya tak pernah tahu siapa awak..
Tak perlu terburu-buru..
Sabar saja yang mampu buat hati saya gembira..
Saya akan terus berdoa penuh pengharapan mohon petunjuk Dia..
Saya takkan pernah bosan menunggu awak..
Awak jangan risau ya..

Awak..
Kalau kita tak ada jodoh kat dunia ni..
Awak janji ya..
Awak takkan salahkan Dia..
Awak takkan rasa menyesal..
Awak takkan rosakkan diri awak..
Tak apa, sebab saya percaya pasti ada hikmah..

Awak..
Ingat ni..
Setiap kali awak ditimpa masalah, kesedihan, kemurungan, ujian..
Ceritalah pada Dia, luahkanlah semuanya..
Saya minta maaf saya tak dapat membantu..
Saya hanya manusia biasa..
Yang juga perlukan Dia….

~ allahualam ~

5 comments:

  1. subhanallah... sgt terharu dgn puisi kak nad....
    nk menangis rsnya. puisi yg ringkas tp indah uslubnya dan begitu mendalam maknanya... zmah doakan smg akak dipertemukan jodoh terbaik di dunia, dan berkekalan hingga ke syurga. tabah akak dalam penantian cinta yg penuh dgn ujian ini...:)

    ReplyDelete
  2. blog ni sangat2 best kandungan nya. especially post ni. sy follow ya :) salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  3. Err...Oh, ok ok..Terima kasih, Nur Sulastri..Sekadar menulis yang biasa2..Salam perkenalan juga ya.. :)

    ReplyDelete
  4. musicnya sangat menyentuh... saya suka. kalau boleh tau music ini judulnya apa ya? saya pengen mainkan dgn piano. thx

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum w.b.t...Ya ukhti Sefi..Maaf ya terlewat balas komen kamu ini..Saya sudah lama tidak buka blog ini..Maaf ya, teman..

    Music ini hasil tangannya Yiruma..Korean.. :) Tajuk untuk yang ini ialah KISS THE RAIN..Silalah bila2 lihat di YouTube ya.. Maaf atas keterlewatan ini..

    ReplyDelete