Tak ada yang bernama 'kebetulan' melainkan semuanya dah tertulis. Sejenak mencari sesuatu untuk ditatap dan di'explore' tapi ketemu yang lain pula. Dan 'kebetulan', kata-kata indah itu betul-betul mengusik. Apatah lagi berada dalam keadaan yang memang sebenar-benar persis lagu bertajuk "Tuhan, Berikan Aku Cinta" alunan Ayushita, seorang penyanyi dari Indonesia. Dan 'kebetulan' pula, merupakan salah satu lagu tema "Ketika Cinta Bertasbih"......waahhh.....Hampir menangis saja...'Kebetulan', masih sedang mengikuti kisah ni dari novelnya Habiburrahman El-Shirazy.
Jom hayati sekejap ya liriknya...
Tuhan Berikan Aku Cinta
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini...hampa...
*
Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku...hina...
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta..
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan...beri aku cinta...
Nyanyian: Ayushita
*******
Teringat kata-kata Hamka...
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi...membangkitkan semangat."
Sejenak itu juga, terlintas satu thought yang simple ((mungkin))...
Cinta pada Tuhan, cinta pada manusia, cinta pada kebendaan, cinta pada pekerjaan, cinta pada haiwan, cinta pada hobi, cinta pada cita-cita, cinta pada........macam-macam.....Kalau cinta kita terlalu istimewa, peliharalah tanggungjawab kita yakni amanah kita. Tuhan mana yang mengajar kita erti tanggungjawab kalau bukan Allah S.W.T. Agama mana yang mengajar hamba-hambanya bertanggungjawab secara halus selain agama Islam syumul ini. Belajarlah bertanggungjawab pada diri sendiri dahulu; kata-kata dan perbuatan. Di mana ada cinta, selagi ada cinta, di situ ada tanggungjawabnya.
Makanya, eloklah selalu disediakan ubat hati, persediaan di awal, pertengahan mahupun di penghujung, melewati ujian berat berkaitan cinta. Biarlah sentiasa terpelihara dan diredhai serta dihujani rahmat dariNya...insyaAllah...
p/s: Terasa dekat sungguh jiwa dengan Indonesia. Ada juga rasa rindu pada arwah Tok Bapak. Andai Tok Bapak masih hidup, tentu kaki ini berpeluang jejak tanah Pachitan, Jawa Timur. Tapi, siapa saja yang akan aku jumpa, kerana Tok Bapak berhijrah sebatang kara ke Malaysia....Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Hj. Saroh bin Dayat...-ameen-
No comments:
Post a Comment