Thursday, January 20, 2011

Random: Oooh, begitu..~


Pertama sekali, secara jujurnya, terasa nikmat sakit yang sebenar-benar sakit. Bukanlah teruk mana pun, demam panas tapi tak pernah sebegini panas. Rasa lain. Mata membengkak, kerap ke bilik air, tidur yang terganggu dek hidung tersumbat (selesema agak teruk), rasanya tak keterlaluan kalau saya nyatakan Allah saja yang memberikan kekuatan fizikal dan mental sepanjang 3 hari ini. Cumanya ada rasa terkilan sikit bila hanya sikit saja ilmu yang masuk dalam kepala sepanjang 7 kelas. Tapi, tak apalah..Alhamdulillah..Tambahan saya selalu baca mesej-mesej dari sahabat yang banyak bagi kata-kata semangat. Bagi saya, walaupun mereka hanya berpesan, amanah tetap amanah, fardhu 'ain menjaga diri sendiri.

Teringat kata-kata abah:

Sihat & sakit tu takdir Allah, cuma kita manusia kena bhati2, bjaga2 & bsyukur atas ni'matNya.
- Abah TCINTA (22 Dec 2009/ 09:58)

Kedua, secara jujurnya, saya baru sampai separuh baca artikel berbentuk tazkirah tulisan Ustaz Zaharuddin bertajuk Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?. Hurm..Nak kata homework, tak jugak kut..Cuma lecturer bagi something untuk dibaca. Saya sangat suka dengan pembaharuan 'we can judge a book by its cover in certain matters'. :) Siapalah kita untuk menilai hati manusia lainnya. Itu kerja Allah.

Yang dimaksudkan dengan pepatah tersebut (peringkat pertama) ialah bilamana seorang Muslim (Mukmin, insyaAllah) dinilai hatinya melalui tindak tanduknya. Sekiranya bertepatan dengan hukum ditetapkan Islam, maka boleh malah HARUS disimpulkan hatinya bersih. Tetapi kalau sebaliknya (menyalahi hukum Allah), boleh disimpulkan ada sesuatu yang tak kena dengan hatinya. Allahualam...-hanya pemahaman ringkas di waktu kepala pening, maaf sekiranya bercanggah-

(peringkat kedua) Sama ada hatinya mengikut hukum Allah lillahi Ta'ala ataupun sekadar menunjuk-nunjuk, kita tak berhak menilai, hanya Dia Maha Mengetahui.. -allahualam-

Boleh baca di link ini: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=95

Bukan merasa tercabar, tetapi memandangkan artikel ni ditujukan khas buat kaum Hawa, rupa-rupanya sangat susah menjadi wanita. Susah kerana kejahilan. Susah kerana ego. Susah kerana terlalu mengikut emosi. Susah kerana terbuai keseronokan, kesenangan, pujian. Dan macam-macam lagi. Tapi dunia ini bukan saya yang punya, saya berTuhan dan Tuhan saya Allah Yang Esa. Susah macam mana pun, itu hanyalah persepsi dan mentaliti individu yang merasakan perubahan itu satu benda yang sukar. Apa-apapun semuanya berbalik pada ajaran agama, rujuk Qur'an dan Sunnah.

Saya, merasa diri masih banyak kelemahan dan perlu diperbaiki terutama bab menjaga aurat. Bukanlah bermaksud saya akan menukar penampilan luaran. Cumanya berasakan hati perlu dididik dulu. Saya khuatir, saya terlalu beri penekanan kepada diri sendiri tapi abaikan tanggungjawab pada wanita @ sahabat-sahabat wanita lain. ((sungguh terasa besar amanah bila ada yang berhampiran masih belum dapat hidayah)). -selemah-lemah iman, doakan dengan hati..tapi sampai bila harus macam ni..??-

- kena sambung baca lagi, perhaps by tomorrow done, hopefully -

Ketiga, secara jujurnya, saya terfikir tentang satu thought 'jadilah insan yang kepergiannya diiringi, kepulangannya dinanti'. Tak perlu tengok jauh-jauh. Lihat saja Nabi s.a.w. 'kepergiannya diiringi' bermaksud sejak kecil lagi baginda sudah didekati malaikat secara tak langsung, mereka mendoakan kesejahteraan baginda, dicintai para penduduk langit. Baginda bukanlah seorang yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi seperti kita zaman sekarang, tapi hati baginda suci dan akhlak baginda mulia sehinggakan seluruh makhluk 'jatuh cinta' dengan baginda kecuali shaytan. Tak kiralah ke mana baginda pergi, pasti ada yang mengiringi; sahabat-sahabat baginda, doa para mukminin, doa para malaikat, lindungan Allah, lindungan awan. 'kepulangannya dinanti' bermaksud tak kiralah Nabi s.a.w pulang sama ada dari medan perang, dakwah, baginda disambut oleh isteri-isteri tercinta, anak-anak, sahabat-sahabat, penduduk-penduduk Makkah dan Madinah, dan doa tanda kesyukuran. Paling mengharukan, saat Nabi s.a.w menghadapi sakaratul maut. Fatimah berada di sisi baginda, sahabat-sahabat baginda, para malaikat. Di sana (syurga), penghuni syurga pula menanti. Hurm....

Teringat zaman budak-budak, bila abah nak pergi kerja, kami (aku, Naim, Nazmi) berkejar-kejar salam abah, cium tangan abah, tengok ibu pun salam, cium tangan abah..Bila ibu nak pergi mengajar, kami buat benda yang sama. Jam 8 pagi - 1 tengahari terasa sangat lama. Dah mula rindu. Dah mula terintai-intai di muka pintu. Bila bayang abah ibu dah kelihatan, kami berlari-lari menjerit 'yeay, abah balik, abah balik' dan 'yeay, ibu balik, ibu balik'. Yang bestnya bila ibu abah bawak balik aiskrim ke, jajan ke, coklat ke, apa-apa je. Masa budak-budak, semua benda suka. :)

- adakah saya seorang insan yang dah mencapai tahap thought tu - kepergian saya diiringi dan kepulangan saya dinanti..?? -

Keempat, secara jujurnya, walaupun keadaan kurang sihat, walaupun ilmu tak banyak di dada, walaupun bukan manusia sempurna, benar sama sekali hidup ini untuk bersyukur.

Teringat pesan seorang sahabat:

Hdup ni uTk bsyukur. syukur pd yg mNyakiti kamu, krn dia mNabahkn hatimu. Syukur pd yg x endhkn kamu, krn dia mNgajar kamu bdikari. Syukur pd yg mNipu kamu, krn dia akn mNingktkn pgetahuan kamu. dan bsyukur pd yg ikhlas mgHulur ukhuwah, krn ia mNambah wrna hdup kita :)
- .... (10 Jan 2010/ 23:34)

Kesimpulannya, banyak hikmah di sebalik semua ni. Tapi yang nyata, semuanya tentang mendidik diri, hati, jiwa. Paling nyata, sesudah semuanya -susah atau senang-, kita pasti akan pulangkan sesuatu untuk Dia iaitu syukur dan kebergantungan yang tak pernah putus.

Pesan buat diri. Janganlah mengeluh terlalu banyak. Semua yang terjadi, mesti ada sebab. -angguk, aha...-

p/s: Kita tak sempurna tapi tak mustahil kita boleh bentuk kesempurnaan kita.. :) ~ insyaAllah ~ Thanks for shaping me this way..

Monday, January 17, 2011

Learn & Do..~


I must make sure that I learn these for survival and self-discipline..
1) Learn to be independent
2) Learn to be strong
3) Learn to be happy
4) Learn to smile
5) Learn to pray for others
6) Learn to be open-minded
7) Learn to be optimist
8) Learn to be not so sensitive
9) Learn to appreciate
10) Learn to forgive
11) Learn to forget
12) Learn to say sorry
13) Learn to understand

Most important.......

Learn to Accept the all possible stated above..For sure each has its own shortcomings..It's not that each will be done separately from each other, all will develop together, it's just the matter of degree that differentiates them..

~ insyaAllah ~

p/s: Remembered a phrase said by Nisa in last usrah: "Persahabatan ibarat Perkahwinan" ((sound scary))..Kerana kasih sayang menjadi pengikat ukhuwah antara satu sama lain..Menuju satu hala, perpaduan dan persaudaraan dalam meneruskan usaha menyampaikan dakwah..

Everybody is a gift from Allah..Therefore, I would like to say....

"I love my friends..And you're my friend..Perhaps I should say I love you..You're a gift from Him.." :)

Monday, January 10, 2011

Give it a try..~

-aha-

Let's give it a try..
A game introduced by my lil brother, Zaki..

Objective:
- to make people able to think creatively.
- to have fun in the simplest way.

Steps:
1) Think of a situation @ condition you want to figure..

Example: At a restaurant @ cafe

2) Start to think the related things there (at the restaurant)..

Example: tables, chairs, stalls, cups, people etc.

3) Make a hint..

Example: 2 tables, 1 chair, 2 people, 1 stall, 1 cup

In Malay, "2 meja, 3 kerusi, 2 orang, 2 kedai"

4) Pick one word for your friends to guess..

Example: "How many 'food' are there?" @ "'makanan' ada berapa?"

-dub dub dub-

Hehe..

5) If they can't answer it, provoke them to answer it..If they give up, DON'T let them know the answer yet..Try to give clues..((this may need explanation))

Answer: 'food' is 1, 'makanan' ada 3.. :)

Secret:
Things related to 'restaurant':-
- ta/ble = 2 syllables, me/ja = 2 sukukata
- chair = 1 syllable, ke/ru/si = 3 sukukata
- food = 1 syllable, ma/ka/nan = 3 sukukata
- peo/ple = 2 syllables, o/rang = 2 sukukata
- stall = 1 syllable, ke/dai = 2 sukukata

:)

Fun, isn't it??

Rational:
- don't give up on thinking and be simple in thinking.
- increase level of focus @ attention.
- be creative/ improve rational and logical reasoning.
- problem solving.

*******

Let's try!

Situasi: Bilik tidur..

Katil ada 2, Almari ada 3, Meja ada 2, Bilik air ada 3, Lampu ada...??

Hint: Ka/til ada 2, Al/ma/ri ada 3, Me/ja ada 2, Bi/lik/ air ada 3, Lam/pu ada..??

---------

Situation: Bedroom..

There's 1 bed, 2 wardrobes, 2 tables, 2 washrooms, how many lamps are there..??

Hint: 1 bed, 2 war/drobe, 2 ta/ble, 2 wash/room, how many lamps are there..??

-aha-

p/s: Just for fun, friends.. :)

Wednesday, January 5, 2011

Girls..Let's be the one..~ :)

~ listening to "Strange Feeling" (Instrumental theme)...


7 Sikap Wanita Disukai Lelaki

1) Keanak-anakan
Dalam batas-batas yang tertentu dan wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan bagi lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2) Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3) Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki inilah menjadi idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.

4) Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

5) Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.

6) Pandai bergaul dan Menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7) Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

Sumber: ILuvIslam, Bil. 39, 3-9 Disember/ 26 Zulhijjah 1431H - 2 Muharram 1432H

*******

"A woman is married for four reasons: her wealth, her lineage, her beauty, and her religion..."
[Sahih Bukhari]

Cont....: "Maka pilihlah yang beragama.. :)

Alangkah indahnya kesemua 7 perkara tadi disertakan dengan biasan agama. Bermaksud, ada batasan dalam semua perkara. Sejahat-jahat mana lelaki pun dambakan wanita yang baik; begitu juga sejahat-jahat mana pun wanita dambakan lelaki yang baik. Tapi, Allah dah tetapkan, perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik; dan begitu sebaliknya. :)

Jaga hati..Titik utama penilaian Allah terhadap hamba-hambaNya..Moga dengan terpeliharanya hati, terpelihara semua akhlak kita..

Girls..Let's be the one for Him and him.. :)

p/s: Pesanan buat diri sendiri juga...

Boring? No..~ :)

~ listening to 2PM - Don't Stop Can't Stop...

i believe i can

The most interesting and favorite topic, self-efficacy.. :)
The one who really close to his/ her self-efficacy is most probably be the one who really close to God..
((regardless religious background - Allah is The Only One))

Allow me to share some.. :)

1) Hockey
I was 12, school at SK Beserah, Kuantan..
Played for school..
Training session - tough..-huh, sakit pinggang-
One thing I remembered, "never miss the ball"..-hehe-
Soon I moved out, never touch even that 'stick'..
Last 28th Dec 2010, I touched the ball..haha..
-Nasib laa..Sapa suh lalu kat tempat hoki (FSC)..Salah bola tu jugak, kenapa laa landing depan i??- :P
But it's okay, good one to be remembered before I grad..

2) Tae Kwon Do
I was 13, school at SMK Paya Besar, Kuantan..
Unintentionally joined the club..
Started with white, ended with black..

At first, sorry to say, it was for fun,
since I was a follower of hip-hop who admire breakdance so much.. :)
Training, grading, tournament, and injuries, everything..
Hey, FINWEIGHT okay!! -who can really bear that pain anyway-
Tough but I enjoyed those things..
Seriously serious..

Decision made, quit unofficially..
Due to health problem..
I was 23 that time..
Perhaps it's also due to the tought I've made earlier..
"Stop as soon as I grad black belt"..
Never mind, I'm satisfied with my achievement..

3) Other
What? PKN @ PLKN..
I was 18, 1 month at Rompin's Camp, 2 months at UiTM Segamat..
Exposed to army life,
self-discipline, self-management, teamwork, get active, everything..
Arghhhh....fight with own psyche especially mental..-huh-

But, big thanks to them..
Who am I right now physically and mentally shaped by those trainings..

*******

I believe I can..
What more can be the best education other than experience??
Learn, experience..Experience, learn..((apart from reading))
My sports life is now limited to jogging,
and some light dancing (in-room only, sekali sekala syok sendiri)..
Mediums for stress relief..

Self-efficacy - the belief that one can perform in a certain manner to produce desired and designated levels of performance by considering/ challenging his abilities. How? By observing one's own thoughts, perceptions, and emotions regulatory. High self-efficacy = being able to balance/ improve those..Let's ask ourselves.. :)

With a humble thought..
When we believe we can do something,
we're building an intra-relationship with Him..
How?
We're thinking positive about ourselves..
Moreover, we're His creation..
Without we realize it, we're showing our gratitude through this body..
And the soul that lives in it..
Soul - cognition, affection, emotion, invisible processes.....

My self-efficacy has driven me this far..
Live as a human, I can't escape from competitions @ tests..
Well, hidup takkan indah tanpa ujian kan..? :)

"I BELIEVE I CAN"
"I've experienced this, so I should be careful this time"
"If others can make it (this and this), why can't I?"
Nobody can bring me down..
I believe HE's always be with me..
And HE's always do..

Allow me to share some related messages from beloved friends.. :)

"Sahabat..Hadiah dr Dia..Alhamdulillah..Jaga diri baik2 ((my name-huhu-)), demi Dia.. :)"
- K 09 Nisa (19 Dec 2010/ 23:53)

"tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorg), kecuali dgn izin Allah, dan barangsiapa briman kpd Allah, nescya Allah akn mbri ptnjuk kpd hatinya. dan Allah maha Mengetahui sgala ssuatu." (64:11) p/s: to all my dear frens, wutever temptations we have 2 face, let's face them wth high patience n hve full faith in Allah. He won't test us wth thngs tht we cannot bear n believe me the tempations n tests gven by Allah 2 us r simply the symbol of His Love 2 all of us s the chosen slaves. b strong n proceed our lives wth the new spirit of Islam. takbir! - ZIMAH ZAIWANI - :D"
- HADIS Hazimah (31 Dec 2010/ 14:17)

"When studying becomes a burden, When revision is stressful, When we feel like giving up n not study for our exams, remember these 2 verses: 1. Allah doesnt burden us with things that we cant bear. 2. Verily with every difficulty, there is relief. InsyaAllah, we'll feel better. All d best utk sem ni :)"
- K 09 Syed Kamil (4 Jan 2011/ 23:53)

:) Thank you..I will..Make me believe in myself better..Hope everything will be the same with you guys too..

~ insyaAllah ~

p/s: "So we don't stop, we can't stop..Until we reach the top!!" - 2PM..Despise ourselves never..

Sunday, January 2, 2011

2011/ 25..~

~ listening to "Creating Love" by 4minute..Personal Taste theme song..

be my everything

Sitting here, doing assignment obviously..But I can't really deny this thing..Come closer and let's take a break.. :)

We follow this calendar, so what to do, I'm now 25..hurm..without me realizing this before and even now..haih..It's hard to accept but I'm 25..living on this earth, to be specific, I'm wondering about what I've done so far throughout 24 years..hurm..

1 thing for sure I missed..
But no regret, it's okay..
Keep reminding myself, I've friends with me..
And I shouldn't worry that much..
But, the emptiness, that I should admit..
It's not that I'm a kind of picky one,
but....
I still fail and keep failing in capturing man's feelings..

I'm sorry...

As when I watched "Personal Taste",
I think I'm just like innocent, fool, petty Park Gae-In..
-sigh-
Maybe I need a Jeon Jin-Ho to tell and interpret emotion hints for me..
Live with friends; know who's the real friends and the enemies..
Put no judgement onto others, being positive, no stab back, sacrifice..hurm.. 
The good side of the drama to be taken, others NO!!

How am I supposed to start a relationship like this?
I don't even know how to win hearts..
Taste..? Hurm...-secret kut-

I missed a lot in this battle of friendship-relationship..
I wish I can balance between these two..
So that I can spend some time to love, to care, to be happy..
Learn everything about taking a good care of a relationship..
:)
Because to me, it's supposed to be 'indah'..

1 out of definite goals set since Maal Hijrah..
Looking for the One,
looking for the one,
who can be an Imam, a husband in future, a loyal friend, a place full with calmness..
Be My Everything...


~ insyaAllah ~