Thursday, January 20, 2011
Random: Oooh, begitu..~
Pertama sekali, secara jujurnya, terasa nikmat sakit yang sebenar-benar sakit. Bukanlah teruk mana pun, demam panas tapi tak pernah sebegini panas. Rasa lain. Mata membengkak, kerap ke bilik air, tidur yang terganggu dek hidung tersumbat (selesema agak teruk), rasanya tak keterlaluan kalau saya nyatakan Allah saja yang memberikan kekuatan fizikal dan mental sepanjang 3 hari ini. Cumanya ada rasa terkilan sikit bila hanya sikit saja ilmu yang masuk dalam kepala sepanjang 7 kelas. Tapi, tak apalah..Alhamdulillah..Tambahan saya selalu baca mesej-mesej dari sahabat yang banyak bagi kata-kata semangat. Bagi saya, walaupun mereka hanya berpesan, amanah tetap amanah, fardhu 'ain menjaga diri sendiri.
Teringat kata-kata abah:
Sihat & sakit tu takdir Allah, cuma kita manusia kena bhati2, bjaga2 & bsyukur atas ni'matNya.
- Abah TCINTA (22 Dec 2009/ 09:58)
Kedua, secara jujurnya, saya baru sampai separuh baca artikel berbentuk tazkirah tulisan Ustaz Zaharuddin bertajuk Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi?. Hurm..Nak kata homework, tak jugak kut..Cuma lecturer bagi something untuk dibaca. Saya sangat suka dengan pembaharuan 'we can judge a book by its cover in certain matters'. :) Siapalah kita untuk menilai hati manusia lainnya. Itu kerja Allah.
Yang dimaksudkan dengan pepatah tersebut (peringkat pertama) ialah bilamana seorang Muslim (Mukmin, insyaAllah) dinilai hatinya melalui tindak tanduknya. Sekiranya bertepatan dengan hukum ditetapkan Islam, maka boleh malah HARUS disimpulkan hatinya bersih. Tetapi kalau sebaliknya (menyalahi hukum Allah), boleh disimpulkan ada sesuatu yang tak kena dengan hatinya. Allahualam...-hanya pemahaman ringkas di waktu kepala pening, maaf sekiranya bercanggah-
(peringkat kedua) Sama ada hatinya mengikut hukum Allah lillahi Ta'ala ataupun sekadar menunjuk-nunjuk, kita tak berhak menilai, hanya Dia Maha Mengetahui.. -allahualam-
Boleh baca di link ini: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=95
Bukan merasa tercabar, tetapi memandangkan artikel ni ditujukan khas buat kaum Hawa, rupa-rupanya sangat susah menjadi wanita. Susah kerana kejahilan. Susah kerana ego. Susah kerana terlalu mengikut emosi. Susah kerana terbuai keseronokan, kesenangan, pujian. Dan macam-macam lagi. Tapi dunia ini bukan saya yang punya, saya berTuhan dan Tuhan saya Allah Yang Esa. Susah macam mana pun, itu hanyalah persepsi dan mentaliti individu yang merasakan perubahan itu satu benda yang sukar. Apa-apapun semuanya berbalik pada ajaran agama, rujuk Qur'an dan Sunnah.
Saya, merasa diri masih banyak kelemahan dan perlu diperbaiki terutama bab menjaga aurat. Bukanlah bermaksud saya akan menukar penampilan luaran. Cumanya berasakan hati perlu dididik dulu. Saya khuatir, saya terlalu beri penekanan kepada diri sendiri tapi abaikan tanggungjawab pada wanita @ sahabat-sahabat wanita lain. ((sungguh terasa besar amanah bila ada yang berhampiran masih belum dapat hidayah)). -selemah-lemah iman, doakan dengan hati..tapi sampai bila harus macam ni..??-
- kena sambung baca lagi, perhaps by tomorrow done, hopefully -
Ketiga, secara jujurnya, saya terfikir tentang satu thought 'jadilah insan yang kepergiannya diiringi, kepulangannya dinanti'. Tak perlu tengok jauh-jauh. Lihat saja Nabi s.a.w. 'kepergiannya diiringi' bermaksud sejak kecil lagi baginda sudah didekati malaikat secara tak langsung, mereka mendoakan kesejahteraan baginda, dicintai para penduduk langit. Baginda bukanlah seorang yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi seperti kita zaman sekarang, tapi hati baginda suci dan akhlak baginda mulia sehinggakan seluruh makhluk 'jatuh cinta' dengan baginda kecuali shaytan. Tak kiralah ke mana baginda pergi, pasti ada yang mengiringi; sahabat-sahabat baginda, doa para mukminin, doa para malaikat, lindungan Allah, lindungan awan. 'kepulangannya dinanti' bermaksud tak kiralah Nabi s.a.w pulang sama ada dari medan perang, dakwah, baginda disambut oleh isteri-isteri tercinta, anak-anak, sahabat-sahabat, penduduk-penduduk Makkah dan Madinah, dan doa tanda kesyukuran. Paling mengharukan, saat Nabi s.a.w menghadapi sakaratul maut. Fatimah berada di sisi baginda, sahabat-sahabat baginda, para malaikat. Di sana (syurga), penghuni syurga pula menanti. Hurm....
Teringat zaman budak-budak, bila abah nak pergi kerja, kami (aku, Naim, Nazmi) berkejar-kejar salam abah, cium tangan abah, tengok ibu pun salam, cium tangan abah..Bila ibu nak pergi mengajar, kami buat benda yang sama. Jam 8 pagi - 1 tengahari terasa sangat lama. Dah mula rindu. Dah mula terintai-intai di muka pintu. Bila bayang abah ibu dah kelihatan, kami berlari-lari menjerit 'yeay, abah balik, abah balik' dan 'yeay, ibu balik, ibu balik'. Yang bestnya bila ibu abah bawak balik aiskrim ke, jajan ke, coklat ke, apa-apa je. Masa budak-budak, semua benda suka. :)
- adakah saya seorang insan yang dah mencapai tahap thought tu - kepergian saya diiringi dan kepulangan saya dinanti..?? -
Keempat, secara jujurnya, walaupun keadaan kurang sihat, walaupun ilmu tak banyak di dada, walaupun bukan manusia sempurna, benar sama sekali hidup ini untuk bersyukur.
Teringat pesan seorang sahabat:
Hdup ni uTk bsyukur. syukur pd yg mNyakiti kamu, krn dia mNabahkn hatimu. Syukur pd yg x endhkn kamu, krn dia mNgajar kamu bdikari. Syukur pd yg mNipu kamu, krn dia akn mNingktkn pgetahuan kamu. dan bsyukur pd yg ikhlas mgHulur ukhuwah, krn ia mNambah wrna hdup kita :)
- .... (10 Jan 2010/ 23:34)
Kesimpulannya, banyak hikmah di sebalik semua ni. Tapi yang nyata, semuanya tentang mendidik diri, hati, jiwa. Paling nyata, sesudah semuanya -susah atau senang-, kita pasti akan pulangkan sesuatu untuk Dia iaitu syukur dan kebergantungan yang tak pernah putus.
Pesan buat diri. Janganlah mengeluh terlalu banyak. Semua yang terjadi, mesti ada sebab. -angguk, aha...-
p/s: Kita tak sempurna tapi tak mustahil kita boleh bentuk kesempurnaan kita.. :) ~ insyaAllah ~ Thanks for shaping me this way..
Labels:
Allahuhafiz...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment