7 Sikap Wanita Disukai Lelaki
1) Keanak-anakan
Dalam batas-batas yang tertentu dan wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan bagi lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
2) Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
3) Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki inilah menjadi idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
4) Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
5) Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.
6) Pandai bergaul dan Menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
7) Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
Sumber: ILuvIslam, Bil. 39, 3-9 Disember/ 26 Zulhijjah 1431H - 2 Muharram 1432H
*******
"A woman is married for four reasons: her wealth, her lineage, her beauty, and her religion..."
[Sahih Bukhari]
Cont....: "Maka pilihlah yang beragama.. :)
Alangkah indahnya kesemua 7 perkara tadi disertakan dengan biasan agama. Bermaksud, ada batasan dalam semua perkara. Sejahat-jahat mana lelaki pun dambakan wanita yang baik; begitu juga sejahat-jahat mana pun wanita dambakan lelaki yang baik. Tapi, Allah dah tetapkan, perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik; dan begitu sebaliknya. :)
Jaga hati..Titik utama penilaian Allah terhadap hamba-hambaNya..Moga dengan terpeliharanya hati, terpelihara semua akhlak kita..
Girls..Let's be the one for Him and him.. :)
p/s: Pesanan buat diri sendiri juga...
No comments:
Post a Comment