Thursday, May 27, 2010

Imam Syafie..~


Muhammad bin Idris As-Syafie..
Salah seorang tokoh ulama (pemikir) Islam terkemuka antara yang 4..
Lahir pada tahun 150 H..
Membesar di bawah jagaan ibu dan anak yatim..
Dibawa ke Mekah ketika berumur 2 tahun..
Hafal Qur'an ketika berumur 7 tahun..
Mempelajari bahasa syair, tentang fiqh, juga hadith, serta ilmu pengetahuan lain..
Sehingga kedudukannya di sisi ulama lain tersangat-sangatlah tinggi..
Kerana ilmunya..

Anak murid Imam Malik..
Belayar bersamanya dan belajar semua darinya..
Menyaksikan Imam Malik menyampaikan hasil tulis kitab Muatta'..
Serata Madinah..

Berpindah ke Iraq..
Imam Syafie belajar dari ahli celik pandai..
Meminta pendapat mereka..
Seorang yang cerdik, punya hujah yang kuat..
Sekelian penduduk Mekah menggelarnya "naasira al-hadith"..
Yakni "pembela hadith"..
Kerana cerdik pandai ketika itu mengikut satu hala saja, mengabaikan hadith..
Imam Syafie menjadikan ianya satu kewajipan, iaitu mengikut sunnah..
Supaya ajaran Qur'an mudah difahami..

Imam Hanbal..antara yang kagum dengan Imam Syafie..
"Tak pernah saya lihat seseorang yang lebih pandai tentang kitab Allah selain pemuda ini..Kalaulah bukan kerana dia, maka kami tak tahu tentang ilmu hadith"..
Sepertimana telah disebut:
"Tiada seorang ulama setara dengannya yang menulis dengan dakwat dan kertas, yang berjasa seperti Imam Syafie"..
Maka Imam Syafie memuliakan Imam Hanbal dan sahabat-sahabat..
"Kamu semualah yang lebih tahu tentang hadith sahih..Maka apabila ada hadith sahih lagi, beritahulah..Saya akan berguru dengannya"..
Bukan bangga melainkan kecintaan kepada ilmu..

Antara kitab ternama pernah ditulis..
Al-Ummu, Al-Musnad, Ahkamul Qur'an, Ar-Risalah fil Usul Fiqh..

Imam Syafie wafat ketika berumur 54 tahun, pada tahun 204 H..
Telah bertanya seseorang kepada ulama:
"Bagaimanakah beliau dapat mengarang buku-bukunya dengan begitu banyak sekali sedangkan umurnya pendek?"..
Lalu dia menjawab:
"Allah kumpulkan baginya akalnya kerana kependekan umurnya.."..
Radhiallahu 'ani as-Syafie..
Semoga Allah beri manfaat kepada seluruh umat manusia dengan ilmunya, akhlaknya, keikhlasannya, dan kekuatan agamanya..
-ameen-

Sedarlah..Betapa sayangnya Imam Syafie kepada umat Nabi Muhammad s.a.w..Sehingga menggali hampir keseluruhan ilmu fiqh sepanjang hayatnya..Supaya kita mendapat manfaat daripadanya..Tetapi, apa yang berlaku? Kita kata mazhab ini terlalu sukar diikuti..Mengongkong segala pergerakan, pemikiran, dan juga kebebasan..Yang sebenarnya kita mungkin tak tahu betapa mazhab ini sangat-sangatlah memelihara kesucian dan kehormatan umatnya baik dari segi agama mahupun akhlak..

Bak kata ayatul Qur'an:

"Tiada yang diturunkan ke atas kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita..." (Al-Baqarah)


~ Tiada yang jumud melainkan pemikiran dan tanggapan negatif kita..Siapa kata Islam itu susah; baik pemahaman mahupun amalan? Yang menjadikan sesuatu itu sukar adalah diri kita sendiri..Sedarlah...

No comments:

Post a Comment