Monday, May 24, 2010
Pulangkanlah..~
Dalam kehidupan seharian kita, pasti akan ada satu hari di mana ketika itu kita diminta membuat keputusan sama ada 'merebut' lalu 'mengambil', atau 'merelakan' lalu 'memulangkan' kepada yang betul-betul berhak ke atas sesuatu itu.
Dimulakan dengan satu hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Setiap kelahiran (daripada bani Adam) dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah (yang menjadikannya) Yahudi, Nashrani atau Majusi." [Hadis riwayat al-Bukhari]
Lazimnya, boleh kata hampir semua orang akan menerima kehadiran baru ini dan menjaga anak-anak mereka. Cakap apa saja; kasih sayang, keselesaan tempat tinggal, kemudahan menghantar dan menjemput anak-anak ke/dari sekolah, wang perbelanjaan yang mencukupi, pakaian, makan minum, semuanya diberikan kepada anak-anak demi 'merebut' lalu 'mengambil' pemberian Allah s.w.t yang tak ternilai itu.
Tetapi ingatlah satu masa nanti, bila anak-anak membesar, mereka punya pendirian, mereka punya suara untuk didengari; baik didikan ke atasnya, maka baiklah dirinya dan begitulah sebaliknya. Ketika itu, menjadi hak kita untuk 'merebut' mereka dari terikut-ikut perihal yang tak baik. Setakat itu saja, bila tiba hal mati, maka pulangkanlah mereka dalam keadaan suci, sesuci kain bersih ketika dilahirkan, iaitu pulangkan dengan seikhlas hati.
A simple thought I got last Saturday:
"Ramai yang meminta daripada Allah s.w.t benda yang mereka nak dan suka, tetapi mereka tak jaga apa yang Allah suka.." (maaf, tak dapat cari sumber sahih tapi ini yang saya sempat 'tangkap' masa dengar radio IKIM.fm)
(cont)
Begitu juga makhluk-makhluk yang lainnya. Keluarga, sahabat, juga haiwan-haiwan peliharaan/ternakan, tumbuh-tumbuhan, apabila tiba masanya, maka relakanlah dan pulangkanlah mereka kepada yang hak. Dengan syarat setelah kita menjaga mereka dengan baik sekali mengikut cara yang disukai Allah, supaya pulangnya juga dalam keadaan seperti mana ia didatangkan kepada kita. Andai datangnya dalam keadaan serba kekurangan, maka perelokkanlah lagi ia. Pulangkanlah dalam keadaan yang lebih baik daripada itu.
Seorang insan yang kita sayang, bukanlah dari keluarga kita. Boleh jadi sahabat, boleh jadi 'adik angkat' dan 'seangkatan' dengannya, boleh jadi anak-anak buah semasa berprogram, atau ahli-ahli jawatankuasa dalam sesebuah organisasi, barangkali juga kekasih hati kita. Kenapa kita sayang? Sebab kita suka perkara indah dalam dirinya. Mana datangnya semua tu? Terbentuk dari didikan keluarga dan tak lupa kelebihan kurniaan Tuhan Semesta Alam..(mungkin dia hensem, cantik, berbudi pekerti, peramah, pemalu dsb nya). Tapi tetap kita jaga, kan? Sama jugak kucing, hamster, kuda..(kuda..??).
Jaga orang/benda yang kita sayang (refer pd statement di atas tadi) maksudnya mengikut cara yang Allah suka. Kita menitik beratkan pahala dan dosa, halal dan haram, kebaikan dan kemudaratan, kehidupan dan maksiat. Bila terpesong jalan seorang ni, maka sahabat dia mengingatkan..Begitulah..(banyak cara). Cuma nak buat susah..Lumrah hidup, umur makin meningkat dan masing-masing mula memikirkan masa depan. Andai satu masa nanti, orang yang kita sayang bukanlah untuk kita, maka 'relakanlah' dan 'pulangkanlah' dia kepada yang berhak. Bawa pulang pada yang berhak, maksudnya kepada kebenaran. Andai dia jahil, nyatakanlah kesalahan dia. Andai dia terlupa, ingatkanlah dia. Andai dia 'pergi jauh', maka doakanlah dia. Supaya 'pulang'nya dalam keadaan yang serba baik. Mungkin itulah yang diingatkan kepada kita dalam Quran:
"Praise the name of Your Lord, the Magnificient. I swear by the celestial constellations, a solemn oath if you but knew, that this Qur'an, is a glorious enlightenment, well-protected, in the form of a Book, that only the pure can touch. It is a revelation from the Lord of the worlds. Would you then look down in contempt on a scripture such as this and make your living by rejecting it?" (Surah Al-Waqi'ah: 74-81)
~Tiada yang menyentuh (menurut dan menerima kebenaran) Al-Qur'an, melainkan orang-orang yang menyucikan hati dan fikirannya dari pengaruh luar. Kemudian ditimbangnya kebenaran itu dengan neraca akal fikirannya yang suci, maka ketika itu dapatlah olehnya kebenaran itu (Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus, tafsir rasm Uthmaani).
Satu lagi peringatan kepada kita:
"Nay, seek (God's) help with patient perseverance and prayer: it is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit,- Who bear in mind the certainty that they are to meet their Lord, and that they are to return to Him.." (Surah Al-Baqarah: 45-46)
'Relakan' dan 'pulangkan' bukanlah ditujukan pada makhluk-makhluk saja, tetapi juga pada diri kita, ibadat kita, serta amalan kita. Di mana setiap apa yang dikurniakan, diberikan, dianugerahkan kepada kita, hendaklah kita 'pulangkan' dalam bentuk kesyukuran. 'Merelakan' diri kita mengikut suruhanNya, akur pada ketentuanNya, bersyukur dengan ujian dan nikmatNya. Bak kata pepatah, "Yang manis tak semestinya ditelan, Yang pahit tak semestinya dibuang"..Begitulah..Yang penting, kita sabar. Kuatkan diri kita dengan amal ibadat; solat dan puasa, amalan; bersedekah, ringan tulang dsb nya. Bersihkanlah hati kita dengan zikrullah, insyaAllah kita mampu mendapat tempat di mata juga hati Allah s.w.t..
~ peringatan buat diri sendiri juga ~
Maka kesudahannya, kitalah yang menentukan sama ada kita mahu pulang dengan keadaan baik atau sebaliknya. Sekiranya kita mahu merebut nikmat Allah s.w.t yang melimpah sehingga tak pasti kebaikan dan keburukannya pada diri kita, rebutlah dan ambillah. Tapi, cuba tanya balik, adakah kita ingat Dia yang bagi semua tu? Kita ambil terlalu banyak, sampaikan nak 'pulangkan' terlalu sikit. Allah tak minta berjuta, atau berbilion wang, atau nyawa, atau kekasih, atau apa-apa yang penting yang ada kat kita. Allah cuma minta hati kita untukNya. Tak susah. Mengucap, ucapkanlah 2 kalimah tu..(baik di hati mahupun di lisan). Solat, 5 kali sehari. Puasa, sebulan dalam setahun. Zakat, sekali setiap tahun. Haji, sekali seumur hidup. Lain-lain; jauhkan yang haram, buat sesuatu perkara mengikut cara yang sepatutnya (ikut sunnah Nabi), jauhkan perkara tak baik (maksiat) dan mana-mana yang tidak disukai Allah s.w.t.
~ Pulangkanlah mereka, Pulangkanlah kita dalam keadaan yang terpelihara sepertimana Allah s.w.t telah pelihara mereka dan kita semasa didatangkan dalam kehidupan ini..Malah lebih baik dari sebelumnya..-bersyukur-
- sekadar perkongsian biasa, allahualam...
p/s: Terima kasih..~dandy~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment