Showing posts with label ampuni dosaku. Show all posts
Showing posts with label ampuni dosaku. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Kerana sayang, tak cium bau syurga..~ (2)

....Bismillahirrahmanirrahim

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
[At-Taubah: 14]

"Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline; or the dwellings in which ye delight― are dearer to you than Allah or His Messenger or the striving in His cause; then wait until Allah brings about His decision: and Allah guides not the rebellious."

"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu sukai (semuanya itu) lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan berjuang di jalan Allah, maka tunggulah olehmu sehingga Allah mendatangkan perintahNya (seksaanNya). Dan Allah tidak menunjukkan kaum yang fasiq itu."

Ini sambungan dari post lepas yang mana kisah pertama telah dikongsikan berkaitan seorang anak lelaki yang hampir 'derhaka' kepada ibunya sendiri dek sayang dan meletakkan seluruh kepercayaan (menurut) kepada teman wanita. Kali ini, berdasarkan ayat yang telah dituliskan di atas, mungkin ramai yang dapat mengagak tentang apakah yang cuba diterangkan oleh At-Taubah: 14 ni. Hurm, begini.....mencintai atau mendahulukan semuanya lebih dari Allah sendiri / mengetepikan Allah s.w.t. Inilah yang dikatakan dayus...

*******
 Kisah 2
Pagi-pagi lagi, Azri dah keluar dari rumah, meminta diri secepat yang mungkin tapi masih dalam keadaan serba tenang. Tangan ibu ayah disalam. Lalu, dipanggilnya kakak dan adiknya yang sejak dari semalam dah diatur perjanjian untuk menemaninya bertemu kekasih hati yang sedang menunggu di kampus. Hari itu bukanlah bertujuan untuk memperkenalkan kekasih hati pada kakak dan adiknya, untuk apa, satu famili sudah pun mengetahui akan hal itu. Hari itu hari untuk membantu kekasihnya berkemas dan mengangkat barang-barang berkenaan kerana kekasihnya akan berangkat pergi ke Kelantan, praktikal selama beberapa bulan. Tak dapat dibayangkan bagaimana rasanya berjauhan dengan kekasih hati. Risau. Sedih. Kemungkinan rindu juga.Susah berjauhan, pada fikiran Azri. Apa lagi, kekasihnya itu sering menjadi perhatian orang ke mana pun dia pergi, pasti ada yang berkenan. Mana tak bingung.

Selesai berkemas, Azri sempat meluangkan masa bersembang dengan kekasihnya sedang kakak dan adiknya bersembang dengan mak serta kakak kepada kekasihnya itu. Sempat juga terlihat si gadis menepuk belakang dan lengan Azri dengan mesra sambil bergurau. Entah apa yang lucu sangat sampai bertepuk-tepuk badan begitu. Azri tak membalas, membiarkan saja diperlakukan begitu. Tapi, ada sepasang mata yang sakit melihat kelakuan sebegitu, hati mendidih panas, tapi dibiarkan. Beberapa buah bas tiba. Sampai masa untuk bertolak ke Kelantan.

Alahai....sayu sungguh suasana perpisahan yang sementara hari itu. Sedar-sedar, kekasih Azri menangis. Sayu untuk meninggalkan dan berjauhan dengan keluarga dan Azri barangkali. Lalu, disalamnya tangan Azri, cium tangannya di hadapan semua; maknya, kakaknya, kakak Azri dan adik Azri. Sedih benar. Azri hanya berani menepuk lengan kekasihnya yang agak berisi, bertindak memujuk "Dahlah, tak ada apa pun, praktikal elok-elok". Sekali lagi, sepasang mata yang memerhati dari tadi terasa sakit sungguh, hati dah membara pun.

Sepanjang perjalanan balik, hati si pemerhati berbungkam. Malamnya, selesai saja Azri makan malam, semua orang sudah naik tidur, kakaknya datang mendekatkan diri, duduk betul-betul di hadapan Azri. "Boleh aku tanya sesuatu?". Azri seperti dapat mengagak apa soalan kakaknya, hanya mengangguk. "Boleh jelaskan apa makna semua tadi tu? Dari awal sampai habis,". Azri faham.

"Bukan apa, wak. Aku faham kau tak suka apa yang terjadi tadi. Tapi kan, wak, aku buat macam tu sebab aku tahu apa rasanya bila seseorang tu hilang ayah sejak kecil. Tak berkesempatan dah nak bersalam dan cium tangan ayah. Dia pernah kata kalau cium tangan aku tu buat dia teringat ayah dia. Sampaikan dia terasa tangan aku ni macam tangan ayah dia. Aku...".

"Cukup!", pintas kakak Azri. "Wak, walau apa sekalipun alasan kau, semuanya SALAH! Nak aku bagitahu apa salahnya? Pertama, kau dengan dia bukan muhrim. Kedua, kau dengan dia belum berkahwin, bahkan belum bertunang, hanya pacaran. Ketiga, kau lupa hukum Allah? Keempat, kau jauh lebih baik memahami erti butir-butir perkataan dalam Al-Qur'an sebab kau belajar Bahasa Arab tinggi, dan pada masa yang sama, menghafaz supaya tak lupa semua tu. Cuba kalau aku minta kau keluarkan dalil-dalil berkenaan yang mengatakan perbuatan-perbuatan kau tadi salah, mudah sangat bagi kau kan?". Kakak Azri bersuara tegas tapi jauh dalam lubuk hati berasa kasihan kerana adiknya tak mampu menepis ujian sebegitu.

Terus-terusan kakak Azri timbulkan persoalan dengan harapan Azri berfikir lebih jauh sedikit. "Apa hukumnya bersentuhan dengan perempuan bukan muhrim? Terang-terang haram kan. Kalau tak sengaja, boleh dimaafkan lagi. Apa hukumnya bersentuhan dengan perempuan bukan muhrim tambah lagi dengan sengaja? Berdosa kan. Wak, aku tak banyak ilmu macam apa yang kau dah belajar. Kau ambil bidang Qur'an dan Sunnah, pada hemat aku, kau tahu banyak dari aku. Cuba kau kata aku salah dalam hal ni. Kata lah aku salah,". Azri hanya menggelengkan kepala, "Kau betul, wak...".

"Wak, aku memang marah bila tengok kau buat macam tu. Tapi aku sayang kau, kau adik aku. Pada aku, kau ada ilmu tentang hal-hal macam tu. Setakat hukum, haram halal, dosa pahala, hadis-hadis, ayat-ayat Qur'an, kau selalu jadi rujukan dalam keluarga kita. Tapi bila kau buat macam tu, kau tak terasa ke kau dah mempermainkan hukum Allah..? Allah dah kata haram, kau buat. Tak ke namanya melawan atau ingkar tu? Tambahan, kau tak terasa hina ke bilamana kau ada ilmu yang tinggi, tahu bahawa satu-satu perkara tu dilarang, tapi kau buat juga, bukan ke tarafnya lebih teruk dan lebih hina dari orang yang jahil? Aku tak ingat hadis tu, tapi aku tahu hadis tu pernah sebut macam tu....". Azri mengangguk sambil mengiyakan bahawa hadis itu ada menyebut tentang hal itu.

"Aku tak tahu sama ada kau boleh terima nasihat aku atau pun tak. Terpulang....Cumanya aku harap kau lepas ni boleh berfikir. Sekurang-kurangnya aku dah menegur. Aku tak nak esok-esok aku kena tanya sebab apa tak tegur kau sedangkan aku nampak perbuatan tu. Aku tak nak bersubahat dengan kau dengan mendiamkan hal ni. Kau pilihlah antara dua, kemuliaan pandangan dariNya  dengan ilmu yang kau ada atau nak menjaga hati buah hati kau...terpulang...".

*******

Kenapa kita selalu nak menjaga hati manusia lainnya dan mengabaikan laranganNya?? Allah sayang kita, kenapa Dia dibalas begini?? Sungguh tak patut....

Kisah Azri tadi, alhamdulillah...dia dah dapat atasi masalah tersebut. Menurutnya, pada mulanya kekasihnya mahu bersalam lagi, tapi Azri hanya buat-buat tak nampak huluran tangan kekasihnya, kononnya dia sedang asyik memandang sekeliling. Sekali lagi dihulur, Azri hanya mematahkan "Eh, tak perlulah...". Walaupun kelihatan masih menjaga hati kekasihnya, mungkin itu lebih baik, tak bersentuhan.

p/s: Pesanan buat diri sendiri juga...a'uzubillah....

Bukan berniat membuka aib orang dan mendedahkan kehebatan diri, tetapi sekadar berkongsi perkara yang pernah berlaku dalam hidup. Bukankah tanggungjawab kita membetulkan keadaan yang menyimpang dari ajaran agama kita? Bukan berfikiran ekstrem tetapi merasakan niat menjaga kesucian ajaran Islam yang menjadikan perbuatan dan teguran menjadi tegas. Setiap manusia punya jiwa pendakwah bagi yang benar-benar mahu perjuangkan dakwah. Tapi diri selalu ingat bahawa tak semua orang boleh dididik dan ditegur dengan cara tegas, bermakna secara lembut juga amat digalakkan cuma biar lidah lembut tapi nada tegas. Setiap orang mengetahui cara berurusan dengan orang lain di sekelilingnya. Hati diletakkan hanya untukNya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa........

Sunday, October 10, 2010

When only the best will do..~ (2)

"A person is upon the religion of his close friend, so beware whom you befriend." [Abu Daawood and At-Tirmithi]

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." [Al-Zukhruf:67]

Manusia adalah makhluk yang hidup berkumpulan dan bermasyarakat. Manusia perlu berkawan, berkenalan dan berinteraksi. Manusia tidak boleh mengasingkan diri dan bersikap seperti kera sumbang. Walaupun begitu dalam berinteraksi dan mencari kenalan, manusia yang beriman perlu mempunyai pedoman yang tertentu. Mereka perlu mengenali hakikat orang yang mereka berinteraksi dengan mereka. Mereka wajar memahami perbezaan antara apa yang dipanggil sebagai kenalan, teman, rakan atau sahabat. Jadi dengan kefahaman yang jelas tentang perbedaan perkataan-perkataan tersebut mereka boleh berinteraksi dengan cara dan etika yang betul dan sesuai.

Kenalan ialah figure yang anda kenali dalam apa jua kesempatan. Ia belum tentu boleh menjadi rakan atau sahabat. Ia adalah peringkat perkenalan pertama ; di mana manusia terdedah dengan pertemuan yang di rancanng atau tidak dirancang.

Manakala teman pula ialah mereka yang menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara. Ia mungkin kenalan anda atau insan yang berpotensi untuk menjadi rakan atau sahabat atau mungkin juga berpotensi menjadi musuh anda. Ia lebih merujuk kepada fungsi menemani seseorang dalam situasi tertentu.

Rakan ialah figure yang anda selalu berinteraksi dengannya samada kerana jawatan atau tempat seperti rakan sejawat, rakan setempat tinggal dan sebagainya. Lumrahnya terdapat pertemuan dan perulangan interaksi dengannya kerana pekerjaan atau kerana lokasi dan kejiranan.

Manakala sahabat pula ialah orang yang anda mempunyai hubungan yang sangat akrab dengannya; dimana anda dapat mengharapkan pertolongannya ketika berhadapan dengan kesulitan. Sahabat adalah rakan karib yang dapat membantu anda. Sahabat mempengaruhi sikap seseorang. Sahabat mempunyai martabat yang lebih khusus dan tinggi dalam hiraki perkenalan. Sahabat adalah bagaikan cermin untuk anda dapat membetulkan kecacatan diri, penampilan rupa diri, mendapat kritikan dan teguran yang membina dan sebagainya.

Sahabat adalah harta dan senjata bagi seseorang.

- Sumber: http://ibnuzain.blogspot.com

~ nak jadi sahabat lah ~











Location: UIA & Popeye, Wangsa Walk.

"Sorry..."
It's like a habit..
Keep saying the same whenever there're mistakes..
I know it's hard to be accepted..
I don't wanna be a player..
I don't know how to play with words..
I don't know how to cheat..
I don't know how to lie for good..
I don't know how to say 'yes'..
I don't know how to pretend..
I don't know..
-firm-

All I know is that,
I missed a thing..
But it's okay...
Soon..

Lost the way long time ago..
This is no joke..
I'm entering a phase with no hope..
Start fresh..
And again, I'm sorry..
-not your fault-

~ i'll lead the way ~

p/s: Thanx to you, girls - Mum, Hani, and Yus..Today was a great day seriously!!! After this, 'hanging out' would be in the list.."Dinner Schmucks" was great! Moral of the story, appreciate whom we have with us right now, and 'biar orang bagi racun, kita tetap bagi madu'..- Selaras dengan ajaran Qur'an, balas ketidakbaikan dengan kebaikan - :) (^_^)V Bowling will be next..-looking forward it-

~ keep believing in hikmah..alhamdulillah ~

Sunday, September 26, 2010

Cinta Fatamorgana...~

Aku tertarik dengan beberapa ayat dalam tajuk ni..Walaupun ditujukan untuk golongan tua, tapi rasanya tak salah untuk ambil info nya sebab sunnatullah itu ialah kita juga akan merasa tua satu masa nanti..Itupun kalau dipanjangkan umur dan diberi kesempatan merasainya..insyaAllah..

*******

"Pada usia tua, kita tetap punya hati. Dan selagi kita punya hati, selagi itulah ada cinta. Dalam satu hati, tidak boleh ada dua cinta. Setua mana pun kita, pasti ada satu cinta yang bersemi dan mendominasi dalam hati."

"Apakah cinta yang seharusnya ada dalam hati wanita atau lelaki tua? Tentulah cinta Allah. Sebab semakin tua semakin dekat perjalanan menuju Allah. Kematian itu ertinya pulang menemui Allah. Dan itu juga bererti pulang menemui cintanya yang sejati dan abadi."

"Apabila usia telah tua, semua nikmat yang bersifat lahiriah dan fizikal mula dicabut sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur. Nikmat makan, nikmat sihat, nikmat tidur,...dll menjadi semakin menurun."

"Segala kemanisan dan kelazatan dunia mula dicabut perlahan-lahan menjelang usia tua agar manusia beransur-ansur beralih kepada kelazatan rohaniah pada episod-episod terakhirnya dalam hidup....Satu persatu "kesayangan" kita sudah diambil, maka usah berpaling lagi daripada Allah. Rebut dan nikmati cintaNya sebagai bekalan di akhirat nanti."

"Apabila kelazatan dunia semakin hambar dan tawar, itu petanda detik berpindah ke alam akhirat sudah dekat. Sediakan bekalan dengan cepat!"

"Inilah sudut pandangan yang patut ada dalam setiap hati orang tua. Ketika segala-galanya menjauh, datanglah mendekat kepada Allah. Kau tidak ada apa-apa lagi, kuatkan pecutan hatimu menuju Ilahi. Jangan dilalaikan lagi oleh cinta yang lain."

"Sungguh bijak syaitan menipu. Angkara dan strategi yang tidak pernah berhenti....Bermodalkan cinta yang "dikitar semula", syaitan masuk untuk menyesatkan manusia. Mata si datuk yang seharusnya sudah merasakan kesejukan wuduk dan ketenangan solat, sudah dilekakan untuk mengerling si kekasih lamanya. Masa untuk menatap al-Quran semakin luput apabila asyik berpaut di skrin telefon bimbit untuk membaca "ayat-ayat cinta" yang berputik kembali."

"Dunia menipu. Cinta memperdaya....Panas yang membahang disangka air. Lalu kita berebut-rebut mengejarnya. Nampak indah dari jauh, tetapi apabila didekati kosong makna, kontang rasa...."

"...Ah, pesona cinta tetap sama! Jika diburu berdasarkan nafsu, percayalah...selagi belum dapat memang indah, tetapi apabila sudah dapat, segala-galanya akan pudar. Apa yang diburu akan menjemukan apabila sudah berada dalam genggaman."

"...Ingat, kebaikan yang mampu kita lakukan pada usia tua hanyalah momentum yang dibina sejak usia muda...Sesiapa yang rajin beramal ibadah sewaktu muda, kerap kali akan mewarisi tabiat yang baik itu apabila telah tua. Jadi rajinlah dan istiqamahlah dengan membuat kebaikan, mengerjakan solat, membaca al-Quran sekarang, agar hati itu terisi..."

"Bagi remaja yang asyik memburu cinta terlarang sekarang ini, beringat-ingatlah. Jangan kita terpaksa memburu cinta palsu hingga ke akhir hayat. Kita akan diletihkan, ditipu dan dihancurkan oleh cinta itu berkali-kali."

"Usia muda terbuang, usia tua tersia-sia. Jangan begitu, orang Mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang sama dua kali..."

"Manusia tidak akan letih memburu cinta. Itulah hakikatnya. Alangkah malangnya jika yang diburu tanpa jemu itu hanya kebatilan."

"Jika ditanya, mengapa ada cinta yang sehodoh dan sebodoh ini? Jawabnya mudah, cinta itu mengikut keadaan hati seseorang. Lebah akan menyeri sari pati bunga. Lalat akan menghurung bangkai. Jika hati itu terisi dengan cinta Allah, ia akan mencari dan memburu kebaikan..."

""Retua" yang memburu cinta terlarang ialah mereka yang kosong jiwanya. Dalam hatinya belum ada kemanisan iman. Lalu ia mencari dan terus mencari...Akhirnya kekosongan itu diisi oleh cinta palsu...hati yang kosong akan bertambah kosong. Sunyi, sepi, sayup-sayup ada suara yang berdetak di hati, "Ah, rumah kata pergi, kubur kata mari...""

"Ah, tidak sudi dia ke sana! Takut dan benci mati. Lalu dalam keadaan itu, syaitan membisikkan cinta lama. Burulah kebahagiaan itu selagi usia masih ada!..."

"Apabila usia telah tua, ertinya Allah telah memanggil. Bersedialah untuk pergi. Pergi bukan untuk berpisah tetapi untuk bertemuNya. Di sana ada cinta yang lebih bahagia dan lebih sempurna. Jangan terkesima lagi dengan cinta fatamorgana!"

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Soal Cinta, SOLUSI Isu No. 22, m/s 48-49

*******

Andai Allah mahu beri petunjuk kepada kamu, maka akan terpampanglah segala lukisan dunia..Kamu akan melihat pokok itu lukisan, tak seperti biasa kamu lihat dulu..Kamu akan lihat pemandangan langit seperti apa yang dilukis atas kertas, warnanya tak seindah yang pernah kamu kagumi dulu..Sekitar kamu kelihatan plastik semuanya..

Kamu akan benci kepada bunyi-bunyian yang tak bermanfaat: mengumpat, marah yang tak menentu, lagu-lagu yang kosong maknanya, tawa yang keterlaluan..Kamu akan rasa udara yang kamu hirup itu sedikit dan bagaimana kalau ia tiada?? Kamu juga mungkin berpeluang menyaksikan kecelakaan dan kematian di hadapan kamu pada ketika dan waktu itu..Maka terimalah petunjuk itu..-memori Ramadhan 1430 H-

Tujuan dijadikan apa yang di langit dan di bumi adalah untuk kita berfikir tentang asal usulnya, supaya bertambah iman..mudah-mudahan..

Dari hal mimpi
Ada seorang wanita cantik menghampiri, bertubuh sederhana, kulit wajahnya putih mulus, matanya sepet dan kecil, rambutnya lurus keperang-perangan sesuai dengan orangnya yang berkulit cerah, sempurna sifat, berpakaian baju kurung putih berbunga merah-pink lembut, sesuai jugak dengan orangnya yang nampak lembut..Tapi aku lari..Dia merayu "Ke mana awak nak pergi? Jangan tinngalkan saya..Tolonglah..jangan tinggalkan saya.."..Aku tetap berlalu pergi..Aku lihat dia hanya berdiri sambil tersenyum di sana..-mengharap aku datang semula agaknya tapi takutlah...-

Sakinah...namanya Sakinah..-mmm..sedap betul bunyi nama tu, mesti maksud dia pun best..err..tapi apa makna sakinah ya?? ('.')?-

~ hurm..makcik dah tua, nak.. ~

Sunday, September 19, 2010

Wahai hati..~ :)

~ listening to Kitaro's peaceful melody...

Bergembiralah selalu, hati... :)

Ramai yang tahu, hati adalah salah satu organ dalam badan kita, tapi itu secara zahirnya. Batinnya, ramai yang tahu, tak ketinggalan juga, ramai yang tak tahu bahawa hati adalah tempat persinggahan terakhir selepas menggunakan pancaindera dalam menilai sesuatu perkara sekaligus mengenepikan hak pemikiran yang waras. Sebab itulah, barangsiapa yang mampu menggunakan kedua-dua keistimewaan ni dengan sewajarnya, maka dia mampu menepis cubaan yang silih berganti.-insyaAllah-

Kenapa menuju ke arah yang menggembirakan, menyeronokkan, dan mengasyikkan? Kenapa pula menuju ke arah yang menyedihkan, menyakitkan, menghibakan, memilukan, dan mengecewakan? Ingat...Sebagai seorang manusia biasa, tak ada sesiapa yang meminta hal yang demikian, kan? Kadang-kadang, datangnya tanpa diundang. Tapi fikirkan pula dari mana mulanya kalau bukan kita yang memberi ruang untuk semua itu terjadi. Begitulah...pasang surutnya hati..

Sepatutnya kalau sekiranya kita bijak, pilihlah yang mampu membahagiakan hati. Ingatlah pada apa saja, kepada siapa saja, tentang apa jua yang mampu buat kita tenang semula. Seeloknya jauhkan fikirkan tentang "kenapa" yang tak berkesudahan.

Marah pun tiada gunanya. Malahan kita bertambah 'sakit'.

Oleh itu, sukanya saya memanjatkan rasa syukur atas kurniaan Ilahi dengan kehadiran insan-insan tersayang yang banyak mengajar satu erti untuk setiap sesuatu yang biasa kita lalui dalam hidup, iaitu erti pengorbanan. Banyak orang tetapi mereka berkongsi satu pengorbanan. :) Alhamdulillah...bahagia hati ini..

Ibu bapa tercinta serta adik-adikku sayang..

Roommate yang banyak mendengar: Puteri Nurul Jehan, Suhana, dan Wan Shahira..

Sahabat-sahabat: Mumtaz Farhana Mohd Fauzi, Farah Izzah Mohd Faudzi, Nur Ashikin Ibrahim (Ekin), Norlihidayu Rosli, Khairiah Adilah Juha, Rabiatul Adawiyah Salleh, Yusniza Yusoff, Muhammad Farhan Aminuddin, Muhammad Dhamiri Darmawi, Nurul Faatihah Sulaiman, Amirul Hafiz Sulaiman, Syed Kamil Syed Md Nasser, Mahadi Salleh, Zuhaili (Elly), Siti Khairunnisa Bakri, Suria Salha, Fatin Nadhirah, Afiqah Tajuddin, Ahmad Muslim Abdul Rahman, Sih Sayekti Ngadimun, Shuhadak Shokri (seorang sahabat baru), Muhd Zaim Zainuddin, Muhammad Amir Husayni Zainal, Muhammad Hanif Alimin, Farhana Amani Kamal, kak Asniza Mamat (my lovely counselor - Matric PEERS), Aisah, Rafaei Mohd, Mohd Azizan A. Bakar..

Apa pengorbanan mereka?

Bertanyakan khabar, berkongsi cerita dan pengalaman, ambil berat tentang kita di waktu kita sakit, setia menggembirakan kita di waktu kita bersedih...dengar bunyinya seperti biasa pada kita kan? Tapi adakah biasa sekiranya kita tiba-tiba mendapat tahu bahawa keadaan mereka lebih 'parah' daripada kita? Ada di antara mereka yang mempunyai masalah kesihatan, baru kehilangan insan tersayang (meninggal dunia), mempunyai masalah keluarga, mempunyai masalah peribadi, dsb nya..

Inilah erti pengorbanan yang pada saya cukup besar maknanya..

Wahai hati...bergembiralah kerana kita tak bersendirian..Janganlah kamu, wahai hati, berprasangka buruk terhadap hati-hati yang lain kerana belum tentu penilaianmu benar belaka..Di kala kita bergembira, mungkin ada yang derita..Di kala kita bersedih, mungkin ada yang lebih sedih dan lebih memerlukan daripada kita..Satu hari, pasti akan kamu rasakan bagaimana rasanya hati-hati yang sedang derita itu..dan pasti akan kamu ketahui di mana silapnya..serta belajar mengahadapinya..Lebih-lebih lagi apabila tiba giliran kamu yang akan BERKORBAN (merasai saat sukarnya melakukan pengorbanan ketika hati kamu sedang dihimpit pilu) untuk menggembirakan hati-hati lainnya..Jika berjaya, maka kamu takkan pernah merasa sia-sia..

Dengan cara itu, tenanglah segala-galanya..Bergembiralah, wahai hati...


~ :) ~

p/s: Missing lil cute cousins Farwiza Adlina, Farhana Zafirah, Farisha Irdina, and Fariha Dayana..

Monday, September 6, 2010

None other than..~


On the way back,
listened to Suria.fm..
So many people sent Eid greetings..
Hoping that theirs would be read on air..
-hmm-
Why don't they just use SMS, MMS, or even call..??
Why do they love the hard way..??

On the way back,
passed by a Muslims' graveyard..
A van was just arrived..
1 man in white cloth with turban - perhaps an imam..
The rest were wearing songkok and kopiah..
Carrying a body covered with batik..
-hmm-
This is Ramadhan, few days left for Syawal..
Our brother had just passed away..
~ semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, ameen... ~

At the mosque, just near to my house..
A young imam gave a short tazkirah, but beneficial in a way..
He ended his tazkirah with a story..

"Sebelum kita mengakhiri tazkirah ini, sukanya saya berkongsi satu kisah yang dipetik dari satu hadis (hadis disebut, tapi tak berapa dengar, suara budak-budak lagi jelas kedengaran).."

"Ada seorang hamba Allah ini mahu mendekatkan dirinya dengan Allah. Jadi, apa dia buat? Dia mengambil keputusan meninggalkan kampungnya dengan tujuan mengelak hal-hal duniawi dan menambahkan kekhusyukan ibadat kepada Ilahi. Dia pergi ke satu kawasan yang tiada satu pun manusia tinggal di situ. Bermulalah harinya pada hari itu untuk menjadi seorang hamba yang taat beribadat."

"Melihatkan keadaannya itu, Allah Yang Maha Pemurah telah menghidupkan tempatnya dengan menumbuhkan pokok supaya lelaki itu dapat makan dari buahnya. Allah Yang Maha Pemurah telah meniupkan angin dari segenap sudut supaya lelaki itu berasa selesa dengan persekitarannya. Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan segala rezeki dan keperluan yang cukup untuk hambaNya itu."

"70 tahun berlalu, lalu Allah memerintahkan malaikat Izrail untuk mencabut nyawa hamba itu. Allah memberikan khabar gembira, 'Masuklah kamu ke dalam syurgaKu dengan rahmatKu'. Akan tetapi lelaki itu berkata, 'Tidak! Aku tidak mahu masuk ke syurgaMu kerana rahmatMu. Aku mahu masuk syurga kerana amal ibadatku'. Seraya itu, Allah memerintahkan malaikat memasukkannya ke dalam neraka. Di pintu neraka, maka lelaki itu bertanya kehairanan 'Kenapa aku dimasukkan ke dalam neraka? Sedangkan seumur hidupku penuh dengan amal ibadat. Semua hal dunia aku tinggalkan semata-mata untuk mendekatiMu'."

"'Kerana engkau takbur! Kami telah kurniakan engkau syurga dengan rahmatKu, akan tetapi engkau meminta menghitungnya dengan amal ibadatmu'. Lalu, ditunjukkan kepada hamba itu timbangan amalannya selama 70 tahun di dunia. Amal ibadatnya tidak dapat menolongnya masuk ke syurga, malah tidak cukup dan terlalu sedikit."

"Bila Rasulullah s.a.w menceritakan akan hal ini kepada sahabat-sahabat baginda, bertanya seorang kepadanya, 'Jadi, ya Rasulullah, apakah kamu juga sama halnya (banyak beribadat tetapi amal ibadatnya masih terlalu sedikit jika ditimbang)?'. Jawab Rasulullah s.a.w, 'Ya'."

Imam mengakhiri tazkirah..

"Jadi jelas tak di situ? Kita sebenarnya memerlukan rahmat Allah. Kalau kita rasa ibadat kita banyak di dunia tapi bila ditimbang nanti, sangat sedikit dan tidak menjanjikan kita syurga. Oleh itu, rahmat Allah itu penting. Sebab itu golongan yang mendapat rahmat Allah itu adalah golongan yang sangat-sangat beruntung. Rahmat itulah yang memberatkan neraca kita nanti. Maka, kejarlah rahmat Allah itu."

When I was praying "...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...",
then I wonder why it doesn't sound something else..??
Why don't we say "..semoga rohnya dicucuri (something else) Allah..",
instead of 'rahmat'..
Now I understand...

~ if there's somebody out there really need to know this, please share ~

By the way,
if they don't know what 'rahmat' is..
Tell them that it is..
'limpahan kasih sayang Allah yang tak berbelah bagi kepada hamba-hambaNya yang soleh'..
So that they'll understand..
There is none other than His rahmat that can saves us in the Hereafter..

~ little effort for da'wah ~

Saturday, September 4, 2010

Jadikan aku seperti yang kau inginkan..~


Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu.

Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, mahukah engkau ku pakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mahu bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam..... , kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justeru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak ada kesudahannya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-NYA? Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, ALLAH sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. DIA sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-NYA. Tapi jangan khuatir, kita pasti kuat karena ALLAH tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi mahukah kita berserah pada kehendak ALLAH, membiarkan DIA bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-NYA?

Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Inilah aku, ya ALLAH, perbuatlah sesuai dengan yang KAU kehendaki."

"semoga Allah memberkati setiap langkah kita"


By: Abdul Aziz Ar-Ra'uuf (1 September 2010/ 11:52pm)
Forum Silaturahmi dan diskusi kehidupan dalam pandangan Islam

Friday, May 21, 2010

It's not that beautiful..~ Astaghfirullahal 'azim ~


Unexpected..
Maybe that's the precise one..
Rencana Allah, tak siapa mampu halang..
Yes..Thank you, thank you, thank you..
But deep inside, it's not that beautiful..
This is just temporary..
Why didn't I just realize it?

I'm grateful..
All thanks to You, Ya Rabb..
But this hurts me..
Something inside hurt so bad..
No intent to hurt and get hurt..
But that's the only..out of honesty..
- astaghfirullahal 'azim -

This hurts me..
As who I am..
As what am I actually looking for..
As why I am here..
Taste these things..
Although the bitter overrides the sweet, I'm grateful..
Nisa, my lovely naqibah, mungkin betul bila dia kata, "Ini mungkin satu cara Allah nak tarbiyyah kita.."..
I can't deny it..
- astaghfirullahal 'azim -

I do really need that patience..
So much..
I pray may Allah grants me that only precious thing..
Which can save me..
From any misbehave or mislead..
Along my way to my wishful ending..
- ameen -

~ thinking and wondering, let the floor clear, let me be alone ~

Saturday, December 12, 2009

Pondering....



Sepinggan Dosa Berulam ‘Pahala’

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.

Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.

Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.

Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…

Assalamualaikum WBT.

Terdiam ustaz membaca email ukhti.

Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama.

Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.

Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.

Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.

Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.

Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.

Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.

Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.

Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.

Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.

Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.
Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.

Salam dan doa dari ustaz.

ABU SAIF


Membaca bukan sekadar suka-suka. Aku tertarik dengan kata-kata dalam balasan email ustaz ni. Tarikan antara lelaki dan wanita itu sendiri sudah menjadi satu bukti maksiat. Senang sangat nak dapat dosa, tapi susah nak cari pahala...Kadang-kadang kebaikan yang semudah dan seringkas berwudhu' itu yang mana dengan berwudhu' sahaja, kita dah dapat pahala, itu pun sangat susah orang nak buat..hmm..

~ Allahualam ~