Wednesday, March 3, 2010

Carilah Aku..~

March 2, 2010 (around 7.15 am)

I was in car..When I heard about this..AKHIRAT..by Ustaz Zawawi through IKIM.fm..Tazkirah 2..

Diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w meletakkan kepala baginda di atas riba Aisyah lalu terlena. Ketika itu Aisyah merenung wajah baginda dengan penuh kasih sayang. Timbul di fikiran Aisyah, berfikir, terlalu ramai wanita di dunia ini, Nabi Muhammad s.a.w memilihnya. Seorang Nabi yang dipilih Allah s.w.t di atas muka bumi untuk memimpin umat manusia, Nabi terakhir, Nabi teragung di kalangan para Nabi, memilih Aisyah seorang wanita biasa, mengahwininya ketika berumur 9 tahun, merupakan isteri tercantik dan termuda, serta terakhir. Serentak itu juga Aisyah berasa bersyukur yang teramat dikurniakan Allah Nabi Muhammad s.a.w sebagai suaminya dan berasa bangga dapat menjadi seorang isteri kepada seorang Nabi. Itulah takdir Allah yang indah buat dirinya.

Tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran Aisyah. Di dunia, dia dan Nabi hidup sebagai suami isteri. Berkasih sayang. Beribadat bersama. Berbincang bersama. Beriadah bersama. Sekiranya berjauhan, pasti saling mengingati. Aisyah bimbang, apakah di akhirat kelak, dia dan Nabi akan bersama-sama seperti di dunia atau berpisah sepertimana yang terjadi kepada Nabi Nuh, Nabi Lut, dan Firaun. Mereke beristeri tetapi Nabi Nuh dan Nabi Lut dijanjikan syurga sedang isteri-isteri mereka di neraka manakala Firaun ditempatkan di neraka tetapi Asiah di syurga.

Aisyah bimbang di akhirat kelak, dirinya dan Nabi terpisah. Apakah Nabi masih mengingatinya nanti dan mengakui bahawa dia adalah isterinya? Sebagai seorang Muslim, kebimbangan Aisyah disertakan dengan harapan hanya Allah yang tahu. Andai diikut rasa bimbang sahaja, dikhuatiri akan menjadi seorang yang pasif. Begitu juga andai diturut pengharapan yang tinggi sahaja, barangkali akan menjadi seorang yang terlalu berkeyakinan sehingga mengabaikan sama ada “pasti” atau “tidak pasti”. Walaupun nama Aisyah sudah tercatat dalam senarai isteri-isteri Nabi yang bakal mencium bau syurga, Aisyah masih khuatir. Oleh sebab itu, Aisyah memilih untuk menjadi seorang yang optimis – bimbang dan pada masa yang sama berdoa (berharap pada Allah) -.

Tanpa disedari, air mata Aisyah menitis atas pipi baginda. Terjaga Nabi dari lena dan bertanya kepada Aisyah, “Wahai Aisyah, kenapa kamu menangis?”. Mendengarkan rintihan Aisyah tentang kerisauan di akhirat kelak, Nabi lalu berkata, “Carilah aku di tiga tempat. Pertama, di tempat timbangnya amalan. Kedua, di tempat pemberian buku amal. Dan ketiga, di Siratul Mustaqim.”.

Kebiasaannya di 3 tempat yang disebutkan Nabi tadi adalah ketika di mana kebanyakan umat manusia hanya memikirkan tentang diri sendiri. Masing-masing lupa kepada kedua ibu bapa, suami, isteri, abang, kakak, adik-adik, anak-anak, saudara-mara, sahabat handai, rakan-rakan dan sebagainya. DAN Nabi akan berada di 3 tempat ini untuk memberi syafaat kepada umat manusia yang beriman kepada kalimah “Lailahaillallah Muhammadurrasulullah”.


~ asking myself, can/will I be like Aisyah Humaira’? ~

That’s the simplest story on the calm and cold morning….


……….ZzzzZ………

No comments:

Post a Comment