Tuesday, November 30, 2010

Cold night..~

~ listening to Yi Qian Nian Yi Hou - JJ Lin.....


 


Why is it always be a cold night for me..?
Why I can't just stop from this crying things..?
So many why's I guess....


I shouldn't think this much..But they put me through these..I know that in the end I'll cry..Why do they like to see me cry? Why don't they just stop..?


This is so bad..I don't even have much strength to hold anymore..All this while, I've a perfect pretend..But how long do I have to pretend..?


Please stop....I'm not gonna turn back...Please give me a chance to smile.....Will you?


~ cold sleep for a cold night ~

Monday, November 29, 2010

Hikmah..~



Mungkin inilah hikmahnya..Dulu kita mungkin tertanya-tanya, kenapa, kenapa, kenapa..Tapi pada ketika tu, kita tak tahu apa jawapannya..Sampaikan sahabat-sahabat nasihatkan jangan terlalu fikirkan sesuatu yang di luar pengetahuan kita..Benar..

Sekalipun bersarang, kita sudah mampu lupakan hal-hal lepas..Tapi sering kali lambat laun, kita akan tahu kebenaran..Sama ada dalam tempoh yang sekejap ataupun lebih panjang..Kadang-kadang, datangnya kebenaran tu tanpa dicari..Kadang-kadang, kita yang mencari..Yang pasti, apa-apapun penemuannya, kedua-duanya (baik tak dicari mahupun dicari kebenaran itu) adalah satu kejutan -surpriseee!!

Dan, aku dah tahu apa hikmahnya..Mula-mula aku tak faham hati aku..Kenapa? Jawapan yang aku jumpa, hati milik Tuhan bukan milik tuan..Benar...Aku teruskan hidup seperti biasa..Pasrah saja..Lagipun, bukan aku tak pernah cuba..Sampailah aku jumpa hikmah yang seterusnya..

Kalau orang lain, tentu dah melenting..Tapi tadi aku hanya tersenyum..Membelek-belek tarikh, sungguh kenapa sukar untuk berlaku jujur..? Bukan mintak apa-apa, cuma jujur saja..Walaupun sebagai kawan, aku tak mintak apa-apa..Jujur saja..Itu dah lebih dari cukup..Bukan senang nak jujur kan? Jadi, aku hargai sangat-sangat dan respect pada sahabat-sahabat yang jujur sepanjang berkawan dengan aku..

Hmm...Bila tak jujur, susah nak percaya lagi..Buatlah apa saja, katalah apa saja, susah untuk aku percaya lagi..


Pesan buat rakan-rakan dan sahabat-sahabat...


Bersihkanlah hati..Sucikanlah ia..Laksanakanlah perintahNya dan tinggalkanlah laranganNya..

Hentikanlah kepura-puraan..Jujurlah dalam persahabatan..Setialah dalam perhubungan..Ikhlaslah dalam pemberian..Tutuplah segala pintu keaiban..Jagalah ikatan..Kalau bukan kita yang menjaga, siapa lagi..?

Andai hati kita berbalah, mohonlah petunjuk dariNya..InsyaAllah, jika kita benar-benar mahu hati dipimpin, Allah takkan sia-siakan..


~ allahualam ~

Sunday, November 28, 2010

Pelajari ilmu kekeluargaan..~ (3)

27 Nov 2010/ 15:30

BEAUTY & SPA (Spa Khusus untuk Wanita)

De'Wajah Beauty & Spa, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Pertama, jangan rasa takut sekiranya pertama kali memasuki atau mengenali tempat baru. Sekiranya anda dijemput masuk untuk diberi sepatah dua kata, turut saja walaupun pembantu-pembantu (therapist sebenarnya ya mereka) hanya mengajak "Masuklah dulu, tengok-tengok, marilah.." dengan senyuman. Gemuruh, memang ada tapi anda belum tahu benda baru (yang bakal menarik perhatian anda) di sebalik semua yang anda lihat di depan mata pada ketika itu.

Alatan mekap di atas meja sebelah, pelbagai jenis rempah di atas satu piring tanah liat, bau potpouri, lilin sana sini, lampu berwarna oren dim, pelbagai jenis produk di dalam rak almari kaca dan banting-banting yang tergantung serta ukiran-ukiran kayu meja, kerusi, lantai, dan cermin mungkin membuat anda rasa kurang selesa. Tentu anda terfikir "ini tempat orang-orang berada", "aku tak layak berada di sini" dan sebagainya, bukan? :)

Sedikit sebanyak anda akan cuba berkelakuan seperti orang berada, mengingat-ingat tentang etika duduk, anda mungkin lebihkan fokus pada cara komunikasi anda dengan pembantu spa di hadapan anda. Tapi dalam hati, anda sebenarnya berdebar-debar. Tak perlu...Anda hanya perlu jadi diri sendiri. :) Lama-kelamaan, anda akan berasa selesa. Mereka therapist, mereka tahu bagaimana nak dekatkan diri dengan anda. Percayalah...dalam masa beberapa minit saja, anda akan rasa seperti sudah lama kenal kesemua pembantu-pembantu spa di situ (atau mana-mana spa).

Kedua, andai anda masih terasa kekok, cuba belek saja apa-apa katalog yang diberi. Ya, pembantu yang menyambut anda tadi akan mula berbicara. Tanpa anda sedar, pembantu tersebut akan mula bertanya beberapa soalan yang anda sendiri akan jawab dengan panjang lebarnya. :) Jangan takut...bukan ada ilmu guna-guna pun, cuma anda saja yang berasa gementar, jadi begitulah caranya perbualan dimulakan. Mula-mula, anda ditanya. Percayalah...akhirnya nanti anda yang akan bertanya dengan banyak. :)

Ketiga, bila ditanya tentang apa yang anda risaukan tentang diri anda, jawablah sejujurnya. Kecantikan rupa paras, kecantikan tubuh badan, masalah kulit, masalah angin, penjagaan rambut, masalah bau badan dan macam-macam, luahkan saja apa yang terbuku di hati. Walaupun bukan masalah anda, mungkin anda datang ke spa adalah untuk survey bagi pihak ibu anda, kakak anda, adik perempuan anda, saudara-mara anda - jujur saja. Kenapa? Dengan cara ini, mudah untuk pembantu spa (therapist) mengenal pasti treatment terbaik untuk masalah-masalah tertentu. Bukan mereka memikirkan tentang gaji besar dengan mencadangkan pakej yang mahal, tetapi itulah yang disediakan di spa. Perkhidmatan terbaik beserta kualiti itulah yang ditekankan. Rawatan juga diberi perhatian.

Keempat, sekiranya ada term-term treatment seperti "ratus", "fringe", "hypo...", jangan segan untuk bertanya. Mereka takkan jemu melayan pertanyaan dan kerenah anda. Malah, mereka takkan kekok untuk menjelaskan bagaimana treatment dijalankan sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut. Tiada rahsia!

Kelima, buangkan rasa malu. Tenangkan diri anda. Cuba berbual-bual. Bertanya. Topik perbualan tak semestinya berkisar tentang masalah yang anda alami. Anda boleh juga bertanya tentang tempat tersebut, mengapa dibina sedemikian, tentang produk-produk kecantikan yang dipamerkan, tentang bajet, mungkin juga tentang jawatan kosong atau kriteria bagaimana yang ditetapkan syarikat untuk ambil pekerja. Apa saja. Tiada rahsia! Silap haribulan, anda mungkin orang pertama yang dapat update terbaru tentang promosi-promosi akan datang. :)

Keenam, mungkin anda akan rasa terkejut bila pembantu spa mengajak anda melihat keadaan sekeliling. Bagaimana rupanya suasana bilik spa ya? Ha...itu anda yang kena pergi dan tengok sendiri.. :)

Akhir.....berikan diri anda ruang untuk menikmati suasana baru. Di samping itu, teruskan usaha anda dalam mendalami ilmu tentang kecantikan dan penjagaannya. Bertanya dan terus bertanya. Ilmu yang bermanfaat adalah untuk dikongsi bersama. :) Enjoy yourself!!

*******

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Sehinggakan ada yang mengalami masalah kulit dan yang paling parah iaitu kanser. Semuanya hanya kerana mahu kelihatan cantik pada pandangan lelaki. Itu adalah fitrah wanita. Ingin diberi perhatian, pujian, dilayan bak puteri oleh lelaki pujaan. Salahkah wanita kerana itu? Tak...Cuma ke'obses'an yang keterlaluan yang membuatkan mereka asyik untuk kelihatan cantik dan menawan sehingga lupa tentang kesihatan. Itu saja silapnya.

Ramai yang terlalu risaukan tentang berat badan. Kulit yang mula bergaris halus dek usia yang semakin meningkat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang dah berkahwin dan punya anak 3-4 orang atau lebih. Semakin hari, semakin menurun tahap keyakinan diri. Manakan tidak, bentuk badan tak macam anak dara lagi. Keinginan seks menurun - bimbang apa kata suami nanti, bimbang layanan kurang memuaskan. Stress. Dan macam-macam lagi.

Wahai wanita..makcik-makcik..kakak-kakak..adik-adik..Mahu tahu sesuatu?

Wajah Beri 'Nilai Pembiakan'?

Kajian terbaru mendapati lelaki selepas berkahwin lebih tertarik pada wajah pasangan berbanding susuk tubuh isteri. Kajian yang dilakukan juga membuktikan kaum lelaki secara semula jadi akan tertarik pada tubuh wanita jika mereka hanya menjalankan hubungan 'tanpa syarat' atau hubungan jangka pendek. Selain itu, kajian dari Universiti Texas menyatakan wajah wanita bergelar isteri memberikan 'nilai pembiakan' yang lebih tinggi berbanding badan. Jadi ternyata lelaki tidak hanya memandang susuk tubuh semata-mata!

Sumber: iSihat, Bil. 36, November 2010, p. 35

*******

Wahai wanita...Jagalah dirimu seadanya. Perbaikilah dirimu ke arah yang lebih baik. Cantik kamu bukan pada rupa saja. Tapi kecantikan sebenar terbias dari cantiknya hatimu.

"And those who pray, 'Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, give us (the grace) to lead the righteous.'"
[Al-Furqan: 74]

Wahai lelaki...Kamu telah mengidamkan seorang wanita yang baik agamanya, baik keturunannya, baik hartanya, baik juga keadaannya - cantik. Bila diperkenankan, maka peliharalah seeloknya.

*******

Berbalik semula pada kisah spa, spa bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan. Jadi, saya sarankan supaya anda (wanita; baik yang berkahwin mahupun masih bujang) mendapatkan treatment sekurang-kurangnya sauna dan body massage untuk kekalkan tenaga anda. Tenaga apa? Apa kata anda cari sendiri dan jelajahlah seberapa banyak 'dunia' yang anda ingin jelajahi dan ketahui. :) Ingat...Kepuasan hanya akan diperoleh bilamana anda sendiri yang mencari untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam. Carilah jawapan untuk semua persoalan anda. Dunia moden dengan kemudahan teknologi tentu ada manfaatnya yang tersembunyi. :)

Bila dah cantik nanti, hiaslah diri dengan akhlak dan budi pekerti yang baik. Jangan lupa juga panjatkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t kerana nikmat kurniaan usia, tenaga, sempurna sifat, dan cantik. Diri bahagia, keluarga pun bahagia. Amanlah syurga di dunia. :)

Tak salah mencuba, bukan? Ikhtiar itu satu benda yang dituntut..Selebihnya, berserahlah kepada Allah s.w.t..Jadi, akhir kata "Selamat Mencuba". :)

~ allahualam ~

Saturday, November 27, 2010

60 Petua Mendapatkan Pasangan..~

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, April 24, 2010


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

~ allahualam ~

:) ~



p/s: We still have chances to be happy, right..? :)

Friday, November 26, 2010

All about Health..~ :)



 
HIGHLIGHTS

5th International Case-Mix Conference 2010

Date : 14-15 December 2010.
Venue : Park Royal Hotel, Kuala Lumpur.

Health Promotion Symposium 2010

Date : 27-28 November 2010.
Venue : Auditorium, UKM Medical Centre, Cheras, Kuala Lumpur.

http://healthconference.my/HealthConference.asp

17th National Public Health Colloquium

Date : 28-29 September 2010.
Venue : Legend Hotel, Kuala Lumpur.

Let's go and have some valuable knowledge.. :D Don't miss this opportunity!!

Thursday, November 25, 2010

Sepi yang membungkam..~


Kata orang, sepi itu mengarut
Kata mereka, sepi itu lucu
Kata pemuja, sepi itu mati
Kata rakan, sepi itu sakit
Kata handai, sepi itu perlu
Kata sahabat, sepi itu pelajaran
Kataku, sepi itu sendiri...


Kisah tak seindah drama
Perlukan pentas persembahan lengkap pasukan
Pameran dipertonton tatapan pancaindera...
Kisah tak seindah novel
Konsisten bahagia dan pilu hidup
Pengakhirannya tetap misteri...

Sepi menerjah, mereka tertawa
Sunyi membungkam, mereka bermain
Sendiri bertahan, mereka perlekeh
Apalah salahnya sepi ini...

Sepi sendiri tak siapa tahu
Meluahkan lebih baik menyimpan
Menceritakan lebih baik memendam
Menggembirakan lebih baik diteruskan
Memberi lebih baik terus memberi...

Sendiri hati keluh biarkan
Sekali sesal tak dibiarkan mengunjung
Hati tak mungkin dipatahkan
Kerana percaya,
Percaya pada Yang Esa...

Aku menulis, dikata buang masa
Aku melukis, dikata sia-sia
Aku menyanyi, dikata bakal bertemu si tua
Aku menangis, jauh sekali diseka
Sendiri...pilihan yang biasa..
Tapi bermakna...

Azam dicita pinta tenaga
Penuhkan dengan amal sepenuh jiwa
Tidaklah dengan kata-kata saja
Kekuatan dan kelapangan ku pinta
Mudah-mudahan diperkenan jua...

Hasrat hati sepi
Bertemukan putera sejati
Mampu bimbing diri, mampu lalui hari
Satu masa nanti
Kerana percaya,
Percaya pada ketentuanNya...

Perjalanan hidup penuh duri
Benarlah pesan dalam Buku Suci
Mohon diringankan beban ini
Kerana setiap manusia punya perasaan murni
Mencintai dan dicintai...

Allah Ya Rabb
Tidak putus harapan hamba
Agar diikat hati dengan satu masa
Agar diikat hati dengan satu nama
Agar diikat hati dengan satu kata
Bagi melerai dan merungkai semua
Begitu hasilnya setia
Kenyataan yang bakal menjelma
Maka perkenankanlah...
~ ameen ~

Alangkah bahagia melihat satu kepuasan jiwa
Pengubat kusut lara
Pada malap yang tak henti menyelar
Indahnya hikmah berkias seni...

Tuesday, November 23, 2010

Ibu...Ceritakan aku tentang ikhwan sejati...~

i see the world

Seorang remaja pria bertanya pada ibunya, "Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati...".

Sang Ibu tersenyum dan menjawab...

"Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya....

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di balik itu...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari jumlah ujian yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

....setelah itu, Si Anak kembali bertanya...

"Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu?"

Sang Ibu memberinya buku dan berkata.... "Pelajari tentang dia...", lalu dia pun mengambil buku itu "MUHAMMAD SAW", judul buku yang tertulis.

*******

Abdul Aziz Ar-Ra'uuf
Forum silaturrahmi dan diskusi kehidupan dalam pandangan Islam
11 Oct 2010/ 14:17

P/s: Akhwat Sejati..?? -hurm-

Hurm....~


This is truly hard..
      Bedtime stories no more..
            Looking at the hanging clock..
                  On the wall, it ticks fast on and on...

Why I got trapped in here?
      Why I got no strength handling this?
            How I got trapped in this?
                  How long I can deal with this?

Hurm...

Perhaps he knows the weakness..
      Perhaps I know mine best..
            So, what could be the best..?
                  If the time leads us this way..?

They may like shortcuts..
      But they don't realize how they'd suffer in return..
            Hurm...take a long way..
                  May cause wasting but safe in a way...

People, feelings, things, even life..
      Have a potential possiblity to change..
            Change to good, change to the worst..
                  But does that bother? YES!

The arrow shows to the North..
      A straight path no bewildered sign..
            I should make a full use of the sunlight..
                  So that I'll reach there..soon...

Still, nothing seems easy..
      As eyes see, observe, witness, etc..
             As ears hear, feel the warm breeze..
                   Reaching to the mind and heart, you can't really tell them...

Hurm....

No intent to stop..
      Only when the right time comes, I will stop..
            It's just a dilemma..
                  Crossed that triggers and tests self-efficacy consistency...

~ must be careful next time, haish ~

p/s: Please don't fall..
 

Monday, November 22, 2010

Rehlah..~

Bukit Cahaya Shah Alam, Seksyen 8

Climate House - Winter

Let's seek some time to be spent together with beloved family and friends.. :) -coz this is what I've been always wanted to do, hehe-

Copying from a page http://www.adinochang.com/archives/bukit-cahaya-shah-alam-activities-and-information.html to know more details about this place..((khazanah alam))..Living here (actually just near to this park) would be nothing if I don't get a step closer into it.. :)

So, these are some details about it:


OPENING HOURS:
Monday: Closed except for public holidays and school holidays

Tuesday to Sunday: 8am to 5pm


ENTRANCE FEES AND CHARGES:
RM3 per adult, RM1 per child (under 12 years), RM1 for senior citizens (above 55 years)

* Four Seasons House: RM3 per adult, RM1 per child (under 12 years)

RM10 for video camera license

RM3-5 for first hour for bicycle rental (depend on bike model), RM1 for every subsequent hour.

RM2 for 3 hours in swimming pool

Car park RM1 per entry


ACTIVITIES AT BUKIT CAHAYA
Here are some activities at the park:

1) Camping
2) Swimming
3) Cycling (you must rent park bicycles, own bikes not allowed)
4) Walking / jogging
5) Stay at chalets
6) Picnic
7) Barbeque
8) Cactus Garden
*9) Four Seasons Climate House (Rumah Iklim)
10) Animal park
11) Mushroom Garden
12) Bamboo Garden
13) Spice Garden
14) Orchid Garden
15) Looking at plants and animals
16) Feeding mosquitoes (hehe)
17) Fishing (RM2 charged per rod)
18) Visit paddy field and traditional rice harvesting method
19) Climb lake observation tower
20) Hiking to observation tower
21) Hanging bridges
22) Skytrex Flying Fox
23) Paintball
24) Visit and walk on top of a dam

*RUMAH IKLIM
The Four Seasons House will change in the following months:

      December to February – Winter

      March to May – Spring

      June to August – Summer

      September to November – Autumn

The display will be closed for a couple of weeks at the end of each season.

Personally I think they should just build three more buildings, and have all four seasons on display all year round.

You need to pay RM3 per adult, RM1 per child (under 12 years)

p/s: The * was marked earlier just for Climate House - I aimed for that = WINTER!!

SKYTREX FLYING FOX ADVENTURE
This new addition to the park allows you to fly up to 22 metres above the ground if you’re not afraid of heights.

There are 3 courses available:

1) Little Adventure for beginners and kids

2) Extreme Challenge

3) Big Thrill, the feature attraction

You need to book weeks in advance because it is very popular.

Visit Whoa Adventures for bookings, course descriptions, safety information and discounts.


TIPS
Here are some tips to make your visit more enjoyable:

- Set expectations. The park is huge, and there will be a lot of walking.

- Bring mosquito repellant, wear long pants and long sleeves

- You can always purchase drinks at the shops in the park, but you may want to bring your own food if you are not flexible with what you can eat

- The ground can be slippery with mud or moss, so wear shoes with good grip

Contact:
Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel : (603) – 5510 6922 / 6923
Fax: (603) – 5510 0922

p/s: Let's go.. :)

~ enthusiasm ~

Monday, November 15, 2010

Out of Sudden..~


Out of sudden..
I like Korean drama.. :) So far, 4 dramas I've watched..Even I can compare which 1 is the BEST! -wow- I never know about my own interest.. :P

- Winter Sonata
- My Girl
- A Love to Kill
- Personal Preference/ Personal Taste

p/s: I bet you'd cry a lot watching "A Love to Kill"..isk3..Thanx to roomy, Shira, for the Personal Taste.. :P

Out of sudden..
Watching doesn't mean admiring..Of course the actors and actresses are so beautiful compared to ours..But to me, still Malay man can win my heart BEST! Studying in an international university gives me an opportunity knowing many culture backgrounds..And yet, still Malay man can do BEST! :)

p/s: zhi dui ni shuo...我鬥書玉妮  ((wo dou shu yu ni))

Out of sudden..
Talking about personal taste, I used to have none.. :P But now I do have, ((after reading an article about choosing life partner))..Still, only me who knows mine..Dapat ke tak orangnya sepertimana taste nya, tak tahulah.. -allahualam- Dengan izin Allah..

p/s: Somehow, deciding taste develops after you get to know that person..

Out of sudden..
I feel happy + satisfied with my screening, selection, and decision.. :)

Out of sudden..
I think I like these funny quotes so much..

1) If nothing goes right, go left..

2) Love is Life, if you missed Love, you missed Life..

p/s: Thanx to kak Na, dear soul sister.. :)

Out of sudden..
I just love when you sent me this..-the BEST cure-

"Allah is e Protector of those who have faith: from e depths of darkness, He will lead them forth into light..." (al-baqarah: 257) :)
- .... (13 Nov 2010/ 20:13)

p/s: And other verses..Thanx ya.. :)

Out of sudden..
I think I love my friendship more than anything else..After loving my relationship with dear-lovely-parents-and-siblings..

~ May Allah keeps this happiness on and on....-ameen-

I just want to s.m.i.l.e.... (^_^)

Sunday, November 14, 2010

Bukan Ainul Mardhiah..~

Khamis, 11 Nov 2010/ 08:19

 *******
flower fragile

"Aku harap dia faham..Bukan aku menolak mentah-mentah tanpa cuba sedaya-upaya terima dia..Dan bukan pula kerana rimas dengan usahanya..Aku betul-betul hargainya..Diri aku yang bermasalah..Perlukah aku cakapkan/ tuliskan kelemahan aku di sini..? Yang aku biar tersembunyi dalam diri selama ini..Memang sangat menyedihkan bila cinta + nafsu bersatu..Pada ketika itu, kita mungkin akan cuba dapatkan penjelasan, "Jadi, atas sebab apa kita bersama selama ni?", "Jadi, maknanya selama ni awak tak ada perasaan cinta kat saya?", dan macam-macam persoalan..Kenapa kita selalu kalah pada nafsu..? Kotorkan diri dan hati dengan nafsu? Kenapa? Kenapa kita sanggup kotorkan fikiran dengan cinta nafsu? -hurm- Kadang-kadang kita tak sedar kita ke arah maksiat melebihi ke arah destinasi sebenar - perkahwinan..Apalah gunanya tujuan ber'couple' sebelum kahwin digunakan untuk memenuhi keinginan yang macam itu..? Aku terasa betapa kotor, jijik dengan diri, perasaan, akal, dan hati aku sendiri..Dalam mencari erti sebenar cinta, aku tahu sangat susah untuk berubah..Tapi lama-lama rasa benci dengan cinta nafsu..benci sangat... -mungkin Allah mendengar segala-galanya, ya, Dia dengar-

~ listening to 1 Litre of Tears...((instrumental theme)) & Always Be There - Maher Zain...

Sejauh ini...aku baru di'kenal'kan dengan 'cinta' yang betul-betul membawa erti "cinta" yang sebenar..Rupa-rupanya "cinta" ini adalah salah satu bukti kehebatan Allah, salah satu sifat Allah yang ditiupkan ke dalam ruh setiap insan..Kadang-kadang manusia silap.."Cinta" itu satu perasaan yang suci..Sama macam iman, "cinta" bukanlah satu benda yang boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan..Setiap insan ada "cinta" itu cumanya tahap cinta saja berbeza..Mungkin salah satunya ialah cinta nafsu..Dan yang paling agung ialah cinta hakiki - kepada Allah..Tapi adakah manusia sedar...bahawa Allah bukanlah cipta "cinta" untuk diriNya semata-mata - maknanya bukanlah cinta yang kita ada ini WAJIB ditujukan kepada Allah semata-mata..Allah malah menggalakkan kita berkasih-kasihan dengan semua orang di dunia ini - keluarga, sahabat handai, rakan-rakan, dan lain-lain.. -subhanallah- Tapi, kenapa kita selalu rasa semua ini susah? Kenapa tak terfikir jadikan/ bahagikan cinta ini sama rata? -antara Allah dan manusia- Kenapa mesti ada fikiran yang terlalu ekstrem dan kenapa mesti terlalu jumud (kolot)? "Apa guna berkaum tua, apa guna berkaum muda. Berkaum Muslimin saja lebih baik" [HAMKA] -terlalu banyak perkara yang berkaitan dengan kata-kata ini..jadi, fikir-fikirkanlah-

Dalam pengertian "cinta" aku, aku hanya faham satu..Cinta yang jauh dari nafsu itulah yang dikatakan cinta yang tulus..Bermakna sama ada kita, ketika sujud menyembah Allah mahupun ketika menyayangi seseorang, cinta itu disalurkan tanpa mengharap apa-apa balasan..hanya kerana keikhlasan hati..Aku tahu cinta kepada Allah tak boleh disamakan dengan cinta kepada manusia..cumanya aku nak katakan niat dan caranya begitulah..Buat sesuatu tanpa minta apa-apa balasan..Tapi Allah...selalu beri yang terbaik buat hamba-hambaNya walaupun mereka selalu lupakan Dia..Manusia? Mampukah manusia buat begitu - betul-betul memberi seperti apa yang Allah beri? Terus-terang...TIADA..Masa bersendiri, masa gembira, masa sedih, masa sukar, masa senang..semuanya kita dengan Allah..merasai kehadirannya dalam hati..

Tentang cinta kepada manusia, memadailah mencintainya kerana Allah..Dia juga makhluk Allah..Cuma berlainan jantina..Lelaki dan perempuan, sama-sama perlukan kasih sayang.."Cinta" yang sebetulnya ialah apabila kita terpaut dan tertarik kepadanya tanpa kita sedar..kita tak tahu apa sebabnya..Dalam hati terlalu mencintainya.. -susah nak digambarkan dengan kata-kata- Yang pasti, ia menutup segala pintu maksiat..Mungkin benar apabila ada pepatah (memetik kata-kata Umar r.a) mengatakan, "aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..Jika engkau menghilangkan agamamu, maka hilanglah cintaku padamu"..Tapi, ramai yang tak mampu mendalami ertinya, malah, ramai juga yang silap dalam membuat perhitungan..Cinta yang sebetulnya ialah apabila tiada "sebab" atau "kerana" - terhadap perkara-perkara yang dapat ditafsirkan melalui pancaindera, seperti "dia cantik - hidung mancung, mata bulat" dll..Aku mungkin bukan pakar tapi cinta yang betul-betul cinta ialah apabila ianya sukar diungkapkan..Sama seperti mendapat hidayah dan petunjuk Allah, bilamana hati kita terdetik (setelah berusaha mencari petunjuk) dan merasa sesuatu tetapi kita tak dapat terjemahkan melalui kata-kata..Semuanya penuh tanda tanya..Oleh sebab itu, sujudlah...Dia (Allah) mengetuk pintu hatimu...Hasilnya, walaupun bermacam-macam persoalan timbul, ianya cuma di akal..di hati kamu/ kita sebaliknya..dikurniakan rasa tenang, bersyukur, dan redha...

Andai dia bukan untukmu...biarlah dia pergi..Bukankah kamu mencintainya setulus dan seihklas hati? Bermakna kamu tak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya walaupun nyawa jadi taruhan..Apa yang kamu akan dapat..? Percayalah...Hanya Allah saja yang mampu membahagiakan kamu..Cintailah Dia..Kamu mungkin akan bertemu dengan seseorang yang begitu..Perlu diingat, tak semua orang yang kelihatan baik selalunya baik, tak semua orang yang kelihatan jahat selalunya jahat..Walaupun mata buta, tapi hati tak pernah menipu ((terkadang was-was itu yang menjadikannya silap))..Jagalah hati kita baik-baik..Serahkanlah hati kita padaNya..Kerana sesungguhnya HATI INI MILIK TUHAN, BUKAN MILIK TUAN..Mudah-mudahan kita kelak ditemukan dengan orang yang menyerahkan seluruh hatinya kepada Allah..Kelak juga kita akan tahu betapa hebatnya keputusan Allah...Sujud pun belum cukup untuk panjatkan rasa syukur dengan kehadiran "cinta" ini..hurm...

Aku dan diri aku...mencintainya kerana dirinya (seadanya)..Mungkin mereka boleh berfikir apa saja tapi inilah cinta aku...Mungkin juga aku boleh kata, setelah jauh berjalan...inilah pertama kali aku rasa dan nikmati erti cinta sebenar...Daripada berat memikirkan kenapa tak berbalas, ada baiknya aku fikirkan mungkin ini tarbiyah Allah...Mungkin dengan cara ini saja, aku dapat belajar bersabar, hidup berdikari, kawal emosi, urus diri dan masa sendiri, bersikap terbuka dan memahami, mampu berfikir secara matang dan positif, dan yang paling penting, bersyukur...Daripada berat memikirkan kenapa tak disayang, ada baiknya aku fikirkan mungkin Allah sayangkan aku...Tarbiyah yang diberikan mungkin lebih berguna dan bermanfaat untuk masa akan datang sebagai persediaan..

Tapi...mana mungkin aku dapat lupakan "cinta" ini...Terlalu terkesan di hati dan diri...Moga perjalanannya dirahmati Allah selalu..Terima kasih sebab selalu marah, tegas, dan jujur...Teruskanlah perjalanan dan aku harap dia 'bertemu' dengan semua impiannya.. -ameen-

~ adapun air mata yang jatuh, itu tandanya gembira ~

I'm glad I found you..."

*******

"Setiap insan, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan. Kekurangan apapun yang dimiliki oleh pasangan, anda perlu menerima dengan hati yang benar-benar terbuka. Mungkin juga Allah SWT akan menghadiahkan banyak kebaikan di sebalik kekurangan itu."
- Majalah i, Sept. 2010, bil. 95

p/s: Thanks to the person who introduced Mini Resource Centre, Guidance & Counseling Dept to me..Thanx ya..You know what, I read about marriage, that you've suggested the mags are over there..
-fight the fear-

Friday, November 12, 2010

Berfikir sejenak..~

"Apa guna berkaum tua, apa guna berkaum muda. Berkaum Muslimin saja lebih baik."
- HAMKA -

- i'll leave no comment..but hoping that people would be able to think deeply about this.. :) In fact, it happened in the past, present, and not impossible for tomorrow..What are we going to do?-hurm-

- Soliciting? Bribing? And what more?

- Everything is full with agitation..Don't allow this to happen..Muslim ummah really have to ponder this words..-enjoy deep thinking-

p/s: Wishing you a happy mood for SPM, kak Na.. :) In deed, ae shi teru..Ganbette ne!!

Friday, November 5, 2010

Sokka..~


...sokka...((i see))...

When only the invocation acts as a shield..

"Allaahumma maa asbaha (amsaa) bee min ni’matin, aw bi ahadin min khalqika fa minka wahdaka la shareeka lak falakalhamdu wa laka-shukur"
[Al-Ma'thurat]

Oh Allah, whatever grace has been my share this morning (evening) or the share of any of Your creation is from You alone, without partner, so for You is all praise and unto You all thanks.

...astaghfirullahal 'azim...

Wednesday, November 3, 2010

Wonderful alarm..~

\(^_^)/

To spend some time onto selves does not really means wasting it..
This is the hikmah..
When you learn about understanding yourselves better..
It will never be the boring thing ever..
You'll smile..
And you'll say to yourself..
"Ooh..this is me..I never know myself this way.."
:)



 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (kebahagiaan) dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” [An-Nahl:97]

From the article "Di mana ku temukan bahagia", the ayat shows that the wisdom of giving ourselves space for behaving good and improving to-be-good can lead to 'kebahagiaan'.. :)
Everything starts from selves first..
When the right time comes, you'll get the answer..

Maybe some out there ask me what answer am I looking for?
The answer to know myself better..
Of course not beyond my knowledge..
It's just for self-satisfaction..

Someday, you'll walk with wide smile..
With worry no more..
Keep in mind that, it's just a story..
Simple story in which you bumped into accidentally..
And you're part of it..

Someday, it will be here..
Such a very very unique things happened within a short period of time..
Keep believeing in hikmah..
It will wipe away all tears..
Returning your hopes into a light..
Returning your dreams into a guide..
Who knows..
:)

All the Best for us!! \(^_^)/