*******
flower fragile
"Aku harap dia faham..Bukan aku menolak mentah-mentah tanpa cuba sedaya-upaya terima dia..Dan bukan pula kerana rimas dengan usahanya..Aku betul-betul hargainya..Diri aku yang bermasalah..Perlukah aku cakapkan/ tuliskan kelemahan aku di sini..? Yang aku biar tersembunyi dalam diri selama ini..Memang sangat menyedihkan bila cinta + nafsu bersatu..Pada ketika itu, kita mungkin akan cuba dapatkan penjelasan, "Jadi, atas sebab apa kita bersama selama ni?", "Jadi, maknanya selama ni awak tak ada perasaan cinta kat saya?", dan macam-macam persoalan..Kenapa kita selalu kalah pada nafsu..? Kotorkan diri dan hati dengan nafsu? Kenapa? Kenapa kita sanggup kotorkan fikiran dengan cinta nafsu? -hurm- Kadang-kadang kita tak sedar kita ke arah maksiat melebihi ke arah destinasi sebenar - perkahwinan..Apalah gunanya tujuan ber'couple' sebelum kahwin digunakan untuk memenuhi keinginan yang macam itu..? Aku terasa betapa kotor, jijik dengan diri, perasaan, akal, dan hati aku sendiri..Dalam mencari erti sebenar cinta, aku tahu sangat susah untuk berubah..Tapi lama-lama rasa benci dengan cinta nafsu..benci sangat... -mungkin Allah mendengar segala-galanya, ya, Dia dengar-
~ listening to 1 Litre of Tears...((instrumental theme)) & Always Be There - Maher Zain...
Sejauh ini...aku baru di'kenal'kan dengan 'cinta' yang betul-betul membawa erti "cinta" yang sebenar..Rupa-rupanya "cinta" ini adalah salah satu bukti kehebatan Allah, salah satu sifat Allah yang ditiupkan ke dalam ruh setiap insan..Kadang-kadang manusia silap.."Cinta" itu satu perasaan yang suci..Sama macam iman, "cinta" bukanlah satu benda yang boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan..Setiap insan ada "cinta" itu cumanya tahap cinta saja berbeza..Mungkin salah satunya ialah cinta nafsu..Dan yang paling agung ialah cinta hakiki - kepada Allah..Tapi adakah manusia sedar...bahawa Allah bukanlah cipta "cinta" untuk diriNya semata-mata - maknanya bukanlah cinta yang kita ada ini WAJIB ditujukan kepada Allah semata-mata..Allah malah menggalakkan kita berkasih-kasihan dengan semua orang di dunia ini - keluarga, sahabat handai, rakan-rakan, dan lain-lain.. -subhanallah- Tapi, kenapa kita selalu rasa semua ini susah? Kenapa tak terfikir jadikan/ bahagikan cinta ini sama rata? -antara Allah dan manusia- Kenapa mesti ada fikiran yang terlalu ekstrem dan kenapa mesti terlalu jumud (kolot)? "Apa guna berkaum tua, apa guna berkaum muda. Berkaum Muslimin saja lebih baik" [HAMKA] -terlalu banyak perkara yang berkaitan dengan kata-kata ini..jadi, fikir-fikirkanlah-
Dalam pengertian "cinta" aku, aku hanya faham satu..Cinta yang jauh dari nafsu itulah yang dikatakan cinta yang tulus..Bermakna sama ada kita, ketika sujud menyembah Allah mahupun ketika menyayangi seseorang, cinta itu disalurkan tanpa mengharap apa-apa balasan..hanya kerana keikhlasan hati..Aku tahu cinta kepada Allah tak boleh disamakan dengan cinta kepada manusia..cumanya aku nak katakan niat dan caranya begitulah..Buat sesuatu tanpa minta apa-apa balasan..Tapi Allah...selalu beri yang terbaik buat hamba-hambaNya walaupun mereka selalu lupakan Dia..Manusia? Mampukah manusia buat begitu - betul-betul memberi seperti apa yang Allah beri? Terus-terang...TIADA..Masa bersendiri, masa gembira, masa sedih, masa sukar, masa senang..semuanya kita dengan Allah..merasai kehadirannya dalam hati..
Tentang cinta kepada manusia, memadailah mencintainya kerana Allah..Dia juga makhluk Allah..Cuma berlainan jantina..Lelaki dan perempuan, sama-sama perlukan kasih sayang.."Cinta" yang sebetulnya ialah apabila kita terpaut dan tertarik kepadanya tanpa kita sedar..kita tak tahu apa sebabnya..Dalam hati terlalu mencintainya.. -susah nak digambarkan dengan kata-kata- Yang pasti, ia menutup segala pintu maksiat..Mungkin benar apabila ada pepatah (memetik kata-kata Umar r.a) mengatakan, "aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..Jika engkau menghilangkan agamamu, maka hilanglah cintaku padamu"..Tapi, ramai yang tak mampu mendalami ertinya, malah, ramai juga yang silap dalam membuat perhitungan..Cinta yang sebetulnya ialah apabila tiada "sebab" atau "kerana" - terhadap perkara-perkara yang dapat ditafsirkan melalui pancaindera, seperti "dia cantik - hidung mancung, mata bulat" dll..Aku mungkin bukan pakar tapi cinta yang betul-betul cinta ialah apabila ianya sukar diungkapkan..Sama seperti mendapat hidayah dan petunjuk Allah, bilamana hati kita terdetik (setelah berusaha mencari petunjuk) dan merasa sesuatu tetapi kita tak dapat terjemahkan melalui kata-kata..Semuanya penuh tanda tanya..Oleh sebab itu, sujudlah...Dia (Allah) mengetuk pintu hatimu...Hasilnya, walaupun bermacam-macam persoalan timbul, ianya cuma di akal..di hati kamu/ kita sebaliknya..dikurniakan rasa tenang, bersyukur, dan redha...
Andai dia bukan untukmu...biarlah dia pergi..Bukankah kamu mencintainya setulus dan seihklas hati? Bermakna kamu tak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya walaupun nyawa jadi taruhan..Apa yang kamu akan dapat..? Percayalah...Hanya Allah saja yang mampu membahagiakan kamu..Cintailah Dia..Kamu mungkin akan bertemu dengan seseorang yang begitu..Perlu diingat, tak semua orang yang kelihatan baik selalunya baik, tak semua orang yang kelihatan jahat selalunya jahat..Walaupun mata buta, tapi hati tak pernah menipu ((terkadang was-was itu yang menjadikannya silap))..Jagalah hati kita baik-baik..Serahkanlah hati kita padaNya..Kerana sesungguhnya HATI INI MILIK TUHAN, BUKAN MILIK TUAN..Mudah-mudahan kita kelak ditemukan dengan orang yang menyerahkan seluruh hatinya kepada Allah..Kelak juga kita akan tahu betapa hebatnya keputusan Allah...Sujud pun belum cukup untuk panjatkan rasa syukur dengan kehadiran "cinta" ini..hurm...
Aku dan diri aku...mencintainya kerana dirinya (seadanya)..Mungkin mereka boleh berfikir apa saja tapi inilah cinta aku...Mungkin juga aku boleh kata, setelah jauh berjalan...inilah pertama kali aku rasa dan nikmati erti cinta sebenar...Daripada berat memikirkan kenapa tak berbalas, ada baiknya aku fikirkan mungkin ini tarbiyah Allah...Mungkin dengan cara ini saja, aku dapat belajar bersabar, hidup berdikari, kawal emosi, urus diri dan masa sendiri, bersikap terbuka dan memahami, mampu berfikir secara matang dan positif, dan yang paling penting, bersyukur...Daripada berat memikirkan kenapa tak disayang, ada baiknya aku fikirkan mungkin Allah sayangkan aku...Tarbiyah yang diberikan mungkin lebih berguna dan bermanfaat untuk masa akan datang sebagai persediaan..
Tapi...mana mungkin aku dapat lupakan "cinta" ini...Terlalu terkesan di hati dan diri...Moga perjalanannya dirahmati Allah selalu..Terima kasih sebab selalu marah, tegas, dan jujur...Teruskanlah perjalanan dan aku harap dia 'bertemu' dengan semua impiannya.. -ameen-
~ adapun air mata yang jatuh, itu tandanya gembira ~
I'm glad I found you..."
*******
"Setiap insan, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan. Kekurangan apapun yang dimiliki oleh pasangan, anda perlu menerima dengan hati yang benar-benar terbuka. Mungkin juga Allah SWT akan menghadiahkan banyak kebaikan di sebalik kekurangan itu."
- Majalah i, Sept. 2010, bil. 95
p/s: Thanks to the person who introduced Mini Resource Centre, Guidance & Counseling Dept to me..Thanx ya..You know what, I read about marriage, that you've suggested the mags are over there..
-fight the fear-
No comments:
Post a Comment