By reflecting myself, I found that most people tend to blame others when something goes wrong..I used to it before..But when I go to my dear Book, I started to think "ooh I've to change"..Few people in this world can repay happiness to us but there are almost all did otherwise..
To make this clear, I refer to the gender differences..I know that the thing like WHO IS MORE POWERFUL THAN THE OTHER had always been talked @ discussed..Up till they overestimate @ underestimate the genes in our body..Blame..
Yet, I really want to know since I'm a woman something about man..Something about normal man in term of responsibility..Why? Because I want to be just, understand this being, well..actually try to understand and avoid blaming..Honestly, it is to maintain relationships from now on..
Perhaps this could be the best education for me although experiencing it would be much more difficult and challenging..
********
Aku dan Kau berbeza
LELAKI

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Berlainan dengan perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERAT....
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak wajib bagi seorang isteri memberi nafkah walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga, nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? Atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Apa keistimewaannya, belum dinyatakan lagi...
WANITA

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan jika matinya disebabkan melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:-
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:-
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan:-
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin. Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.
Editor: lailatulema
********
Maybe some of us have read this somewhere..Mine would be a refresher..
Bukankah pembelajaran memerlukan sesuatu yang berulang-ulang (pengalaman)..? Ingat apa yang tertulis dalam Surah An-Nas..? Bahawa fitrah kita salah satunya adalah pelupa..Dari situlah, sama-sama mengingatkan dan mohon petunjukNya..
If that's the real things faced by a normal man, I guess it's time to learn of understanding him..-be patient- We appreciate, we care, we pray for ourselves and others..-avoid blaming-
~ As I read those, now I understand why....-to be continued in the diary- ~
No comments:
Post a Comment