Wednesday, September 1, 2010
Condong..~
Pagi tadi sempat tengok tafsir Al-Qur'an..hmm..Terasa macam susah nak interpret sebab ada satu analogi@metafora dan ada pulak penjelasan menyokong ayat-ayat dari surah lain..
Di muka "isi kandungan", tertulis Surah As-Shaff dan perkara-perkara yang disentuh dalam surah tersebut..Aku tertarik pada satu perkara berbunyi condongnya hati seseorang berdasarkan iman dan amalnya..
Cek As-Shaff: 5, bilamana Nabi Musa a.s bertanyakan kepada pengikut@umatnya "Kenapa kamu semua menyakitiku sedangkan kamu tahu aku juga adalah utusan dari Allah, salah seorang rasul untuk kamu"..Kemudian Allah menutupi ayat tersebut dengan berkata "...jika mereka condong, maka Allah condongkan lagi hati mereka...kerana sesungguhnya mereka itu golongan fasiq"..
Apa kaitannya dengan kisah Nabi Musa a.s dan apa pula yang dimaksudkan dengan "condong"?
Bila Nabi Musa a.s bertanya begitu , jelaslah menunjukkan yang pengikut@umatnya tidak percaya dengan wujudnya nabi Musa a.s sebagai utusan Allah. Dalam hati mereka penuh ragu-ragu. Sudahlah ragu-ragu, menolak kebenaran pula. Maka Allah tambahkanlah (condongkanlah) lagi keraguan dalam hati mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar hidup dalam keraguan dan tergolong dalam golongan orang-orang yang fasiq.
Bagaimana pula berkaitan dengan kenyataan condongnya hati seseorang berdasarkan iman dan amalnya tadi?
Baila hati penuh ragu-ragu, maka apa yang dikerjakan berada dalam keadaan syubhah. Kita gagal bezakan baik buruk, halal haram, dan dosa pahala. Kerana permulaannya ragu-ragu dan menolak kebenaran (takabbur), maka tiadalah petunjuk dariNya. Malangnya bila hal ini terjadi, kita menyalahkan Tuhan kerana menjadikan kita begini, membiarkan kita bergelumang dosa, melahirkan kita dalam keadaan bodoh, dan sebagainya.
"Condong" itu permulaannya datang dari hati sendiri. Sebagai Muslim, kita percaya hati adalah mata utama, akal adalah yang kedua. Bila keputusan kita "tak nak" dan kita mengabaikan semua suruhanNya, hati kita sikit-sikit jadi gelap. Itulah keputusan kita. Sedangkan Allah sudah terang-terangan berikan kita pilihan; baik atau buruk, kaya atau miskin, berilmu atau jahil, senang atau susah, sakit atau sihat, gembira atau sedih, tidur atau bangun, gelap atau terang, kecil atau besar, putih atau hitam, etc. Malahan kita boleh pilih kedua-duanya mengikut kesesuaian keadaan. "Condong" itu datang dari kita, bukan Dia.
Tipis iman seseorang, semakin tak tentu arah amalannya. Semuanya samar-samar. Ibarat tiada manual untuk dirujuk. Boleh jadi ibarat anak hilang ibu, merata-rata rayaunya, menangis tak keruan.
Sebagai kesimpulannya, penulis tafsir membuat analogi begini. Lihat saja orang yang malas berusaha. Apa yang mereka dapat? Adakah mereka berjaya? Tidak. Tunjukkan bukti jika ada manusia yang berjaya di dunia ini tanpa usaha sedikit pun. Pendek kata kita dapat hasil atas apa yang kita usahakan. Jika kecil usahanya, kecillah hasilnya dan begitulah sebaliknya. Surah Al-Fathir menjelaskan Allah berhak menunjuki sesiapa yang mencari kebenaran dengan penyelidikan (sesiapa yang dikehendakiNya) dan menyesatkan mereka yang mengabaikan@menolak kebenaran (sesiapa yang dikehendakiNya).
Hmm..Jauhilah rasa sangsi, ragu-ragu, dan jahil. Kalau itulah kesannya pada kita, mohonlah dijauhkan. Semua tak terkecuali dari diuji dengan rasa ragu-ragu begini. Termasuk aku.
Tapi sekiranya kita yakin dengan Dia, insyaAllah ragu-ragu itu akan hilang dan Allah permudahkan semuanya. Biarlah kita ragu-ragu sama ada amalan kita diterima atau tidak, ibadat kita cukup atau tidak, ke syurga kah atau ke neraka kah kita, dah cukup mantap kah iman ni, kerana benda-benda ni boleh membawa kita dekat kepadaNya. Bukannya betulkah si polan akan berkahwin dengan janda/duda, betulkah mereka berpisah, betulkah si polan mampu keluarkan permata dari tangan, betulkah ajaran ustaz ni, betulkah.....macam-macam a.k.a 'gosip'..
- Hanya setelah berusaha sehingga berkali-kali kegagalan betul-betul membuntukan kita, maka barulah disebut takdir -
~ Be a man, don't be a ghost ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment